Posts

SNAKE BRAND COOLING POWDER PALING MUJARAB UNTUK GATAL & ALERGIK

Image
SNAKE BRAND COOLING POWDER PALING MUJARAB UNTUK GATAL & ALERGIK .  Masalah alergik & gatal pada tangan bermula masa aku pregnant. Aku ingat benda tu sebab alahan kot.. Almaklum hormon orang mengandung ni kan berubah tapi berlarutan sampai anak aku dah dekat 5 tahun ni. Makin menjadi jadi bila musim panas. Almaklum la el nino. Bila panas kulit berpeluh. Bila pakai baju lengan panjang ni semakin menjadi jadi gatalnya. Malam paling terasa miang gatal2 tu. Dah try makan ubat. Habis sepapan pun still gatal2 tu tak hilang. Snake brand cooling powder. Buruk dah sikit tin dia almaklum dah lama beli Mengaru sampai berparut la tangan aku. Dah macam tatoo laki aku cakap. Aku redha je la kena kutuk macam tu sebab memang kalau laki sendiri kutuk aku dah tak ada perasaan sangat nak touching. Kami laki bini kutuk mengutuk tu macam satu hiburan je dalam rumah ni. Tapi bab gatal tu paling buat hati aku tak tenang. Kebetulan kat rumah aku memang ada bedak snake brand ni laki aku beli....

RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR

Image
RAMAI PERTIKAI KEMENANGAN NEELOFA SEBAGAI BINTANG PALING POPULAR . Semalam aku sempat jugak menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 ni. Sempat lagi sambil tengok sambil update senarai pemenang ABPBH 29. Dah alang alang tengok maka jadikan sumber entri di blog la. Nak2 lagi blog aku blog rojak.. Suka hati aku la nak tulis pasal apapun. Memang tak ada niche tertentu blog aku cuma lebih di kenali blog cerita seram. Sebab banyak jugak aku share kisah seram kat sini. Bila dok tengok ABPBH 29 secara live kat tv3 semalam.. ada kemenangan tu aku bersetuju & rasa layak retis tu menang & ada yang aku rasa macam tak layak pun dia menang tapi bila fikir balik anugerah ni berdasarkan undian. tak kira la undian peminat atau dia undi diri sendiri.. Yang pasti siapa banyak undi dia la menang. Tapi ada sesetengah kategori aku bersetuju jugak dengan pemenang dia macam kemenangan Wings sebagai artis duo/berkumpulan popular tu.. Sapa tak kenal wings kot. Dari dulu sampai sekarang t...

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 29

Image
SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 29 . Sebab Anugerah Bintang Popular BH 29 ni aku tengok jadi boleh la update. Almaklum la hari ni melepak je kat rumah so ber mood sikit nak layan rancangan anugerah macam ni. Jadi sempat la aku tengok sapa menang sapa kalah. Yang kalah orang malas nak ambil tau tapi yang pasti artis yang menang akan lebih menyerlah lepas ni. Mesti banyak job depa dapat. Almaklum menang anugerah katanya.. Jadi tanpa membebel bebal meh kita tengok retis mana bertuah di anugerahkan paling popular tahun ni dalam Anugerah Bintang Popular BH 29.. Artis baru wanita popular - Mira Filzah Artis Baru lelaki popular - Sufi Penyanyi Wanita popular - Adira Penyanyi lelaki popular - Aizat Penyampai Radio Popular - Dj Lin Artis Versatil Popular - Ifa Raziah Artis kolabrasi/duo/berkumpulan Popular - Wings Artis Komedi Popular - Abam Artis Youtube Popular - Siti Nordiana Pengacara Tv popular - Neelofa Artis Trending Popular - ayda Jebat Online personalit...

VIDEO KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK

Image
VIDEO KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK . Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter di sarawak. Kita sedia maklum Semalam para penyelamat berjaya menemui mayat pertama mangsa nahas helikopter tersebut. Beliau adalah Datuk Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Jenazah mangsa telah selamat di kebumikan semalam. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang orang beriman. Hari ni tengok berita terkini pagi tadi katanya para penyelamat berjaya menemui dua lagi mayat. Bermakna ada lagi 3 mangsa masih hilang. Apapun kita doakan yang terbaik pada mereka yang masih hilang. Doakan keluarga mereka di beri kekuatan & kesabaran untuk menerima kemungkinan yang bakal berlaku. Turut menaiki pesawat malang itu adalah Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, Suami dato Noriah  Asmuni Abdullah...

GAMBAR ASYRAFF MUSLIM DUKUNG ANAK BERSAMA 2 ISTERI MAKAN DI LUAR

Image
GAMBAR ASYRAFF MUSLIM DUKUNG ANAK BERSAMA 2 ISTERI MAKAN DI LUAR . Sejuk hati bila kita tengok mereka yang berpoligami hidup macam tu. Isteri - isteri boleh duduk semeja.. boleh keluar beriadah sama sama sebab bukan semua mereka yang mengamalkan poligami mampu buat semua tu. Ada yang berpoligami berpuluh tahun tapi tak mampu nak menyatukan isteri isteri dia. Jangankan nak tengok muka.. hidu bau madu pun dia dah naik angin. Semalam pun aku tengok wanita hari ini, tajuk topik tak ingat tapi isu bermadu jugak la. Panel jemputan tu seorang yang di madukan tanpa rela. Di madukan bertahun tahun tanpa pengetahuan. Bila dah tahu of course la bini mana tak mengamuk. Nak2 lagi dia tahu dari mulut madu dia sendiri yang datang jumpa dia bawa anak & mengaku sebagai isteri kedua si suami. Kalau aku pun rasa kaki tak jejak kat lantai dah time tu. Sampai sekarang dia tak ada hati nak berbaik dengan mana2 madu dia. Sebab selepas tu suami dia akan kahwin lagi. Kira 3 bini la suami dia ada. Pere...

MAYAT PERTAMA NAHAS HELIKOPTER DARI BETONG KE KUCHING DI TEMUI

Image
MAYAT PERTAMA NAHAS HELIKOPTER DARI BETONG KE KUCHING DI TEMUI . Semalam kita di gemparkan dengan kehilangan satu pesawat  jenis Eurocopter AS350 yang membawa orang kenamaan dari Betong ke Kuching hilang kira2 jam 4.12 petang. Dalam pencarian mula2 yang di temui cuma cebisan pesawat yang di percayai milik Helikopter yang di naiki mereka. Tadi pasukan penyelamat berjaya menemui satu mayat wanita di tebing hulu 15 kilometer Sungai Batang Lupar kira-kira jam 12 tengah hari. Mayat di temui tersangkut di tebing sungai. Bermakna lagi 6 orang mangsa masih belum di temui. Kita doakan semoga yang masih hilang di temui dalam keadaan selamat. Walaupun berkemungkinan mangsa2 tu masih hidup sangat tipis.. kita doakan la yang terbaik buat mereka. Semoga ahli keluarga mangsa yang menanti dengan penuh debaran di beri kekuatan & ketabahan dalam menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku. Kadang2 trauma jugak kan bila terdengar atau terbaca berita2 kemalangan pengangkutan udara ni...

AWAS LELAKI! JANGAN BIAR 7 PERKARA NI MENGAIBKAN ANDA DEPAN AWEK

Image
AWAS LELAKI! JANGAN BIAR 7 PERKARA NI MENGAIBKAN ANDA DEPAN AWEK .Lelaki sekarang mengayat memang power. perempuan sombong, muka ketat pun boleh tersenyum simpul. Trend 'pick up line' sekarang katanya. Contoh awak cuci muka pakai air gula ke? muka awak manis sangat.. Gitu la contohnya ayat pick up line lelaki zaman sekarang. Perempuan mana tak cair macam aiskrim tengah panas bila tetiba lelaki cakap macam tu kat dia, kan? Memang kepakaran kebanyakkan lelaki adalah mengayat walau masa sekolah budak sains sekalipun kepakaran dia mengayat tu lahir secara semulajadi. Tak payah ambil course bagai.. Dia mampu menyusun kata kata yang buat perempuan melentok liuk macam lalang kena tiup angin sepoi sepoi bahasa. Kira jiwa seni seorang lelaki ni memang sejak lahir dah ada kot. hahahaha Tapi bahaya juga kalau kita jadi perempuan yang senang terlentok liuk dengan ayat ayat lelaki ni. Dia mengayat guna ayat 'pick up line' pun dah kita rebah atas riba dia bayangkan dia guna ay...