Posts

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU

Image
INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU . Budaya selfie memang tengah melanda seluruh umat manusia di dunia. Tak kira kecil besar, tua muda,miskin kaya.. Orang sekarang suka berselfie dimana mana sahaja dalam apa saja emosi & keadaan. Tak kira suka & sedih. Ketawa & menangis. Dengan orang hidup mahupun mayat @ jenazah. Tak kira di shopping complex atau di tanah perkuburan. Trend berselfie ni memang tiada sempadan macam dapur cik mat gebu jugak katanya. hehehe Selfie Aku pun suka selfie jugak cuma tak suka sangat nak upload kat media sosial sekarang ni. Ada la sikit2 upload ikut keperluan. Macam nak tunjuk testimoni produk yang aku pakai ke.. Tapi memang selfie yang sipi sipi je la. Memang tak lengkap nampak seketoi2 muka aku. tapi aku bukan la pakar selfie sangat. Takat tadah muka dengan front camera kemudian clik button snap. Tu je la aku mampu. Cuma aku pastikan berselfie dalam keadaan cahaya yang cukup supaya nampak la pori2 kat muka aku ni dengan je...

CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH

Image
CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH . Bau bau ramadan tak jauh sangat. Time ni mungkin ada yang dah salin macam2 resepi nak masak untuk juadah bersahur & berbuka. Aku pun bulan puasa kebanyakkan masak sendiri je sebelum ni. Masak macam biasa je sebab bagi aku ramadan bukan bulan makan makan selama 30 hari. Makan macam biasa sudah la. Nak membazir sangat tu dah kenapa, ye dak? Aku antara manusia yang tak pandai sangat masak kuih muih selain cekodok. Entah la.. nak kata tak reti pun tak tau la sebab aku tak pernah cuba nak membuatnya. Aku suka masak masakan berat2 macam lauk pauk. Tapi bulan puasa ni rasanya aku na start mengasah bakat masak kuih muih pulak la. Jadi aku rasa nak masak kuih paling senang ni dulu. Aku pernah makan kuih keria yang lembut sangat. Tapi lupa pulak beli kat mana. Sejak tu rasa macam jatuh cinta pulak dengan kuih keria. Alah.. kuih keria pun tak tau ke? Macam donut tapi dia guna keledek. Jadi ada rasa ubi. Kalau donut rasa tepung je. Bila tengok r...

MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM

Image
MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM .  Ni bukan la dengki dengan orang kaya. Sebab kalau kritik orang kaya atau public figure memang akan di tuduh dengki. Bermakna golongan macam ni kita kena angguk2 je tak kira la depa salah atau betul. Tapi zaman sekarang Perdana menteri Malaysia pun selamba je kena hentam, apalah sangat pengasas produk popular bergelar jutawan. Asalkan kritikan tu berasas & ada bukti. Alah.. bukan nak maki hamun pun. Kritik je takkan tacing kot sampai ke court kot.. Alkisahnya tadi tengok Dato Aliff Upload gambar dia sedang bersila atas lantai KLIA bersama beberapa individu lain menikmati durian musang king tanpa rasa bersalah terfikir jugak aku. Tak beragak langsung dia ni punya nak tunjuk betapa kehidupan dia walaupun bergelar jutawan sangat low profile. Bagus la.. Walaupun jutawan tak demand nak makan kat tempat high class.. Tu patut di puji. Cuma yang tak bagusnya dia makan durian tak kena pada tempatnya. Ta...

BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING

Image
BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING . Kalau sesiapa yang ikuti aku kat Facebook maybe ada ternampak aku up status berkenaan aku dapat warning letter dari badan pengurusan bangunan kat sini dengan tuduhan dalam surat tu... aku membela binatang peliharaan yang tidak di benarkan walaupun aku tak bela apa2 pets selain pets tak di undang cicak, lipas & semut je. Lipas tu selalu je aku bunuh tanpa belas kasihan sehingga dia tak berani lagi bertandang kat rumah aku secara terang terangan. Kalau seludup2 masuk tu ada la. Cicak pulak aku tak sampai hati nak bunuh.. aku nak halau secara berhemah pun tak tau macam mana jadi aku biar je la. Setakat sekor dua tu nanti pupus la tu hahaha. Semut yang paling susah nak slow talk sampai kena sorok gula dalam peti ais. Nak berkasar tak sampai hati.. Hari2 la aku dok pujuk suruh dia pergi bina penempatan dia kat tempat lain. Alhamdulillah dah semakin kurang... Ni la muka2 yang aku dok bagi makan. Tak kesian ke? Berbalik ki...

INI SEBAB ANDA MESTI DISABLE AUTO DOWNLOAD DI WHATSAPP

Image
INI SEBAB ANDA MESTI DISABLE AUTO DOWNLOAD DI WHATSAPP . Trend sekarang adalah whatsapp. Tempat orang ber chit chat. Ada personal ada dalam group. Macam2 group whatsapp ada sekarang & ramai jugak jadikan group whatsapp untuk berkomunikasi dengan family. Adik beradik aku pun ada group whatsapp. nak2 lagi masing2 bukan selalu berjumpa dah. Jadi group whatsapp salah satu cara memudahkan kita berhubungan & berkumpul jugak la. Aku bukan jenis suka sangat berbual kat group whatsapp.. Cuma ada 2 group je aku banyak berbual. Dua2 group ni ahli tak sampai 10 orang. 1 group family aku tapi bukan hari & setiap jam pun dok menyembang & satu lagi group geng masa aku belajar kat kolej cap ayam dulu. Dua2 group ni semua perempuan. Tu la group aku menyembang tapi bukan setiap hari pun aku aktif. Nak2 lagi whatsapp aku install kat Tab tua aku ni. Kejab2 whatsapp hang.. Salah satu faktor aku malas nak ber whatsapp jugak. hahaha Bila majoriti orang ada whatsapp maka berlakulah satu...

AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC

Image
AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC . Sebab isu lawak tak kena tempat pasal perempuan & cangkul tu aku tengok Amran fans sekarang dah semakin suram. Lawak2 sarcasm dia semakin tak menjadi. Mungkin stress di hentam kiri kanak depan belakang kot. Page dia pun haritu dah hilang dari mukabuku sekarang ni tengok dia dok update kat Page backup je tapi post2 dia nampak hambar sikit.  Dah ramai orang makin tak layan lawak lawak sarcasm Amran. Aku still follow lagi tapi kalau isu2 tak best dia tulis memang tak minat la aku nak komen. Tengok Amran makin tenggelam akibat buat lawak pada isu yang orang tak rasa patut jadi bahan lawak. Teringat aku filem Titanic. Kapal Titanic besar & bongkak menyusuri laut dalam dengan bangganya akhirnya perlahan lahan tenggelaman selepas terlanggar bongkah ais. Kapal yang pada permulaannya tiada siapa sangka mampu tenggelam pada kali pertama memulakan pelayaran, akhirnya terkubur di dasar laut. Bangkai titanic di dasar laut Macam tu la aku nam...

RAMAI YANG TIDAK PERNAH TAHU SIAPA SEBENARNYA 'ORANG BUNIAN'

Image
RAMAI YANG TIDAK PERNAH TAHU SIAPA SEBENARNYA 'ORANG BUNIAN' . Semalam dalam slot seram lekatlekit cerita pasal pengalaman manusia dengan orang bunian.. Malam ni meh kita mengenali siapa bunian yang sebenarnya. Adakah ia wujud atau cuma cerita mitos orang dahulukala. Almaklum la orang dulu dulu memang pakar la mencipta mitos sampai boleh satu kepercayaan yang di warisi dari zaman ke zaman. Orang sekarang pun tak boleh lawan, hokay. Setakat buat spekulasi pasal kehilangan misteri MH370 tu tak hebat sangat la berbanding orang dulu. Buat cerita mitos pun sampai ke cucu cicit pun percaya. Bunian! Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google Apa yang kita perlu tahu Istilah atau gelaran orang bunian ni adalah dari masyarakat melayu je.. Mungkin bangsa lain gelar mereka dengan nama lain.. Tu aku tak sure la. Belum sempat study sampai ke situ. Dari apa yang aku baca memang ia wujud bukan sekadar mitos. Tapi depa ni tergolong dalam golongan makhluk halus jugak la. Hidup depa ni di gam...