Posts

INI SEBAB ANDA PERLU UNLIKE & REPORT PAGE KISAH RUMAH TANGGA

Image
INI SEBAB ANDA PERLU UNLIKE & REPORT PAGE KISAH RUMAH TANGGA . Jangan tuduh aku antara follower Page Kisah Rumah Tangga sebab aku tak pernah follow cuma selalu dok nampak orang share post2 merapu KRT kat news feed aku. Kadang2 aku skodeng je la sebab nak komen. aku memang aktif berkomen kat page2 popular ni. Semakin hari semakin merapu & tak masuk akal post2 yang di share kat page Kisah rumah tangga ni. Yang pelik ada lagi si bengap2 yang masih nak layan cerita2 merapu rumahtangga yang di share kat situ. Paling tak logik aku baca kat page KHK pasal masalah seorang bini orang yang tak puas hati sebab laki dia tak sanggup hidu bau kentut dia yang busuk. Memang tak masuk akal sangat la benda tu. Macam sengaja di ada adakan isu tu untuk di dapat publisiti murahan kat page dia. Aku tak rasa masalah tu dari someone yang betul2 memerlukan pendapat sebab secara logiknya sayang macam mana pun kat pasangan kita takkan sampai sanggup sedut kentut busuk kita kot. Cuma mungkin kita t...

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI

Image
KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI . Rakyat Malaysia antara penggemar kari kalau tak mustahil nasi kandar mamak menjadi pilihan ramai. Aku? Makan la jugak kari tapi tak sampai tahap ketagih la. Takde la asal makan mesti ada kari. Cuma bila cakap pasal kari teringat satu kisah pada zaman dahulu katanya.. Masa aku sekolah dulu, mak bapak aku memang kerja. Almaklum nak besarkan 6 adik beradik yang jarak tak jauh ni bukan senang. Terpaksa jugak mak aku kerja bagi membantu menampung perbelanjaan. Almaklum la kami bukan orang kaya level2 mak zeton. Kami cuma level mak sudin je yang mampu pakai cincin tembaga. Lain la mak zeton mampu pakai cincin berlian katanya. Tapi arwah Ayah aku memang akan balik tengahari & masak untuk kami adik beradik makan balik sekolah nanti. Tapi tu la.. lauk dia boleh kata hari2 kari ikan kembung. Memang la agak muak & hilang selera jugak tapi bila kenang balik.. Itulah pengorbanan arwah ayah. Balik masak & solat lepas tu per...

AWAS! JANGAN BAWA PEREMPUAN KE TEMPAT NI BILA MELANCONG DI KOREA

Image
AWAS! JANGAN BAWA PEREMPUAN KE TEMPAT NI BILA MELANCONG DI KOREA . Banyak jugak entri aku tulis pasal pelancongan di korea ni walaupun aku sendiri belum pernah sampai kesana. Yelah.. asyik jelajah hujung jari je. Itu je la yang mampu buat masa sekarang. Manalah tau akan datang ada rezeki kesana maka sampai la aku dengan Izin Allah. Apapun kita nak buat kalau tanpa Izin Allah duit melimpah ruah macam banjir musim tengkujuh pun takkan sampai ke mana mana. Alih2 sampai ke tanah perkuburan je. Kaum perempuan paling suka kalau dapat melancong kat korea. Almaklum la selama ni dok hadap tempat2 cantik & menarik dalam drama korea.. Dok terbayang nak jumpa hero2 drama korea yang muka plastik2 belaka tu. Tak di nafikan korea jugak banyak tempat menarik & cantik boleh di lawati. Nak2 lagi korea ada musim2 yang tak ada kat Malaysia & cuaca dia pun sejuk so boleh la merasa musim2 yang kita tak pernah rasa kat Malaysia ni. Tapi cuma satu tempat ni je.. Kaum lelaki yang bawa pasang...

FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON

Image
FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON . Aku kalau dengar ada filem seram yang boleh buat aku rasa seram sampai terbayang bayang memang aku nak tengok sangat. Sebab sekarang susah sangat nak jumpa filem seram yang betul - betul seram. Kebanyakkan yang seram seram manjakani jer. aku dok anggap selama ni deria seram aku dah hilang rasa sebab nak bersangka baik dengan filem filem seram sekarang. yelah.. kang kritik je orang cakap aku ni asyik negatif je kan. Semalam pun sempat singgah wangsa walk tapi malangnya filem2 seram yang keluar dua tiga bulan lepas belum lagi di jual dalam bentuk dvd kat situ. Situ memang lambat tapi sebab murah aku rela menunggu. Kat tesco pun ada jual jugak dvd filem2 seram tapi rega dia tak semurah kat classic world entertainment tu. RM10 je untuk original dvd. Sebab takde filem lain.. aku ambil jugak la satu filem melayu. Nanti la aku review filem apa. Yang pasti tahap keseraman dvd seram yang aku beli semalam mustahil mampu sampai...

ISU DATO ALIFF SYUKRI MAKAN DURIAN DI KLIA, PEGAWAI KESELAMATAN SAHKAN TAK SALAH NAK MAKAN DURIAN

Image
ISU DATO ALIFF SYUKRI MAKAN DURIAN DI KLIA, PEGAWAI KESELAMATAN SAHKAN TAK SALAH NAK MAKAN DURIAN . Sebab isu makan durian jadi hot & spicy issue di media sosial & aku pun ada tulis pasal isu tu sebelum ni (boleh rujuk entri ni  MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM ) jadi hot issue kat blog lagi. Kiranya aku lebih awal tulis isu tu berbanding Rotikaya & mynewshub la. Aku tulis sekadar nak kritik & bagi pandangan aku je.. Memang tak jangka isu tu akan jadi hot issue pun nak2 lagi setakat blog lekatlekit.com yang up story tu. Impak dia tak besar mana pun sebab aku bukan ramai sangat follower pun. Tapi kalau dah keluar Rotikaya & Mynewshub tu nampak isu tu agak serius la. Sebab aku ada tulis pasal isu tu rasanya aku perlu adil la terhadap orang yang aku kritik. Mula2 memang dia macam rasa kritikan tu satu umpatan. So aku anggap dia rasa perbuatan dia makan durian kat airport dalam kawasan tertutup & ber aircon ...

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU

Image
INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU . Budaya selfie memang tengah melanda seluruh umat manusia di dunia. Tak kira kecil besar, tua muda,miskin kaya.. Orang sekarang suka berselfie dimana mana sahaja dalam apa saja emosi & keadaan. Tak kira suka & sedih. Ketawa & menangis. Dengan orang hidup mahupun mayat @ jenazah. Tak kira di shopping complex atau di tanah perkuburan. Trend berselfie ni memang tiada sempadan macam dapur cik mat gebu jugak katanya. hehehe Selfie Aku pun suka selfie jugak cuma tak suka sangat nak upload kat media sosial sekarang ni. Ada la sikit2 upload ikut keperluan. Macam nak tunjuk testimoni produk yang aku pakai ke.. Tapi memang selfie yang sipi sipi je la. Memang tak lengkap nampak seketoi2 muka aku. tapi aku bukan la pakar selfie sangat. Takat tadah muka dengan front camera kemudian clik button snap. Tu je la aku mampu. Cuma aku pastikan berselfie dalam keadaan cahaya yang cukup supaya nampak la pori2 kat muka aku ni dengan je...

CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH

Image
CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH . Bau bau ramadan tak jauh sangat. Time ni mungkin ada yang dah salin macam2 resepi nak masak untuk juadah bersahur & berbuka. Aku pun bulan puasa kebanyakkan masak sendiri je sebelum ni. Masak macam biasa je sebab bagi aku ramadan bukan bulan makan makan selama 30 hari. Makan macam biasa sudah la. Nak membazir sangat tu dah kenapa, ye dak? Aku antara manusia yang tak pandai sangat masak kuih muih selain cekodok. Entah la.. nak kata tak reti pun tak tau la sebab aku tak pernah cuba nak membuatnya. Aku suka masak masakan berat2 macam lauk pauk. Tapi bulan puasa ni rasanya aku na start mengasah bakat masak kuih muih pulak la. Jadi aku rasa nak masak kuih paling senang ni dulu. Aku pernah makan kuih keria yang lembut sangat. Tapi lupa pulak beli kat mana. Sejak tu rasa macam jatuh cinta pulak dengan kuih keria. Alah.. kuih keria pun tak tau ke? Macam donut tapi dia guna keledek. Jadi ada rasa ubi. Kalau donut rasa tepung je. Bila tengok r...