Posts

LOBSTER, PIZZA, DIMSUM & BANYAK LAGI HANYA RM1, BIAR BETUL?

Image
LOBSTER, PIZZA, DIM SUM & BANYAK LAGI HANYA RM1, BIAR BETUL? Bulan2 puasa ni ramai dok cari port best untuk berbuka tapi aku hari ke 4 berpuasa masih lagi berketung ketang kat dapur. Ada jugak rasa malas nak masak tapi bila terkenang kes viral pasal ulat dalam lauk ikan yang di beli untuk berbuka terus aku jadi rajin memasak. Alah bukan banyak pun nak masak. Satu dua jenis juadah je. Walaupun bulan puasa kami makan macam biasa je. Tapi bagi yang memang jenis busy mengalahkan ayahanda rani kulup yang banyak kes dia nak kena buat report.. Tak sempat nak jenguk dapur tu tak salah nak cari tempat berbuka puasa kat luar. Kalau rasa tak yakin nak membeli belah juadah berbuka kat bazar ramadan.. Banyak tempat yang korang boleh jadikan tempat berbuka. Kalau dah rasa jemu sangat dengan buffet ramadan ni korang boleh try makan tempat tempat yang tersenarai dalamkat sini. Sekarang ni tengah promosi.. Korang boleh upgrade order dengan hanya RM1. Antara hidangan RM1 yang korang dapat ka...

PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND

Image
PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND . Walaupun aku tak berapa gemar dengan perangai pengasas produk ni yang terlampau show off hidup dia yang konon low profile & 'orang kampung' tu kat media sosial.. Sebab kadang2 over sangat cara kampung dia sampai nampak sangat nak menunjuk nunjuk tapi bermakna aku dengki dengan kejayaan dia yang mampu membina empayar terlajak laris dia tu. Apa yang baik mesti la kita tumpang bangga dengan saudara seagama & sebangsa kita kan. Tapi apa yang tak kena tu tetap la kena kritik. Apa ingat orang kaya & terkenal kena puji2 je ke? Itu mustahil katanya hahahaha... Kagum jugak la dengan dia berjaya membawa produk dia masuk ke pasaran Thailand. Alhamdulillah at least ada produk orang melayu dah mampu di pasarkan kat negara lain. Hope produk terlajak laris tak ada klon la kat sana. Almaklum la Thailand antara negara yang aktif jugak mencetak rompak produk2 kosmetik & skincare ni. Selain meluaskan pasaran pr...

FILEM YANG MENGGUNAKAN RAKAMAN AUDIO SUARA ROH YANG SEBENAR

Image
FILEM YANG MENGGUNAKAN RAKAMAN AUDIO SUARA ROH YANG SEBENAR . Filem ni adalah berdasarkan kisah benar dari file aktiviti paranormal. Ini adalah sekuel kedua selepas sekuel pertama di kira berjaya jugak la. Aku pun tengok filem ni yang pertama dulu. Boleh tahan jugak la cerita dia. Effect terkejut tu termencarut jugak la sepatah dua perkataan. Almaklum la terkejut katanya. Tak sengaja melatah sambil carut gitu hahaha.. Tapi setakat keluar perkataan bodoh la cerita ni walaupun cerita tu tak bodoh. Sebab sakit hati terkejut katanya. Filem ni rasanya dah keluar kat pawagam hari ni. Jadi peminat filem seram harus la tengok filem ni. Sebab katanya dalam filem ni ada babak yang menggunakan audio suara roh yang sebenar. Alah.. sekarang ni kan banyak geng paranormal dok rakam kelibat la, suara, bunyi dari entiti. Nak2 lagi geng2 paranormal mat saleh ni.. Lagi advance rakaman depa katanya. Boleh dengar suara mistik bercakap dari peralatan rakaman depa. Sebab aku suka layan rancangan paranor...

BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA

Image
BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA . Dah masuk hari ketiga umat islam menunaikan ibadah puasa. Setakat ni tak nampak lagi yang kena bawa bersiar siar naik van jenazah. Mungkin hari ketiga puasa ni tak ramai di serang gastrik lagi kot. Tunggu la minggu kedua nanti.. Tengok sapa menang tiket perjalanan naik van jenazah pusing2 bandar. Hope tahun ni tak ada la kan. Bila masuk bulan puasa orang akan mula mencari tempat tempat makan berkonsepkan buffet untuk berbuka puasa. Almaklum la nak makan puas puas katanya. Baru kena puasa beberapa jam dia punya lapar macam kena puasa setahun tu. Walaupun korang ambil buffet ni jangan membazir. Ambil makanan mengikut keperluan jangan berlebihan sampai tak habis makan. Membazir tu amalan syaiton.. jangan syaiton kena ikat korang pulak mensyaitonkan diri di bulan ramadan yang mulia ni. Bagi yang tercari cari buffet ramadan.. Maybe nak bawa family ke, bawa staff atau bawa kengkawan pergi berbuka puasa meh sini aku n...

BETINA TUA,NYANYUK & BUTA TAPI MASIH AKTIF BERANAK

Image
BETINA TUA,NYANYUK & BUTA TAPI MASIH AKTIF BERANAK . Tu dia bulan2 posa ni dok carut kat sapa pulak. Baru hari ketiga berpuasa lekat lekit Ooi.. Dah tak tahan nak melazer orang ke? Sabar na.. Baca dulu elok elok jangan semborono sembur tak tengok kiri kanan. Budaya menilai dari tajuk harus di di kikis di kalangan masyarakat kita supaya kita tidak memperbodohkan diri mengeluarkan komen yang kurang bijak. Betina tu bukan la aku nak cerita pasal makcik tua. Aku nak cerita pasal kucing betina mertua aku ni. Kalau ikut umur manusia dia dalam lingkungan 14 - 15 tahun dah.. Tapi umur kucing dalam lingkungan 98 - 100++ tahun la. Kalau manusia umur macam tu memang melepasi zon monopous dah. Jarang la ada orang mampu beranak pinak lagi dalam usia macam tu. Tapi tidak kucing. Depa tak ada usia monopos katanya. Selagi hidup & subur selagi tu boleh beranak pinak macam kucing mertua aku ni. Nama asal dia family mertua aku panggik kak cun. Kelas kau! Bukan tiru nama makcun ok! dia wuju...

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU

Image
INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU . Kalau dah suka hantu tu tak kira bulan apa kerja dia nak cari hantu je. siang malam pagi petang cari hantu katanya. Dari januari sampai december dia tetap memburu hantu. Aku baru dok berniat nak bercuti memburu hantu sepanjang bulan puasa ni nampaknya bulan puasa pun permintaan masih tinggi nanti la aku  fikirkan semula. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Kalau siang hari tak habis habis orang dok cari kepastian hukum cium mulut la, hukum pegang kemaluan pasangan la.. Siang2 hari pun tak boleh control nafsu syahwat katanya. Tak boleh berat berat nak ringan ringan jugak. Bak kata mummydearie mungkin pasangan baru kahwin. Baru pertama kali berpuasa dengan pasangan. Mood bulan madu lagi so memang pantang jumpa nak manja2 je kerjanya. Yang dah masuk zon pengantin kepam ni Insya Allah.. Takat puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari tu takde masalah la. Hope pasangan bulan madu di awan biru tu bawak2 bersabar yer.....

ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK

Image
ECONSAVE JUAL IKAN BUSUK . Benda ni sebenarnya dah lama aku pendam sebab bukan kali pertama terkena walau yang terbaru semalam (1 ramadan) suami aku terbeli ikan kerapu yang dah berbau. Sebelum ni pun pernah terbeli ikan yang dah berbau ni. Tapi tu la dekat dengan rumah aku econsave je paling dekat.. Dulu ada Aeon mini market kat sini, situlah aku suka beli barang basah nak masak. Lebih fresh & tak pernah lagi terbeli ikan busuk. Kalau aku yang beli at least aku tahu walau dalam ais tak berbau & nampak ok tapi ikan boleh tengok dari mata ikan.. dari perut dia. Ada la petua2 nak tengok ikan tu masih elok ke tidak. Tapi bila si suami yang beli barang basah ni.. Depa tengok dengan pandangan mata kasar. Nampak ok dalam ais. Masa ambil tu takde bau apa2.. dah ok la tu bagi depa. Balik rumah nak siang & cuci.. terimalah haruman yang buat rasa nak minum air lepas tu maki puas puas. Sebab kalau dok maki orang bulan puasa ni sia sia je puasa tu. Jadi kena minum air dulu katanya...