Posts

PAKAR MOTIVASI PROF IZZI HAJI ALI MENINGGAL DUNIA

Image
PAKAR MOTIVASI PROF IZZI HAJI ALI MENINGGAL DUNIA . Innalillahiwainnalillahhirojiun.. Sesungguhnya setiap yang hidup pastikan mati. Terbaca di post Mynewshub tadi katanya Prof Izzi Haji Ali yang pernah popular di salah satu stesen radio dulu dengan slot motivasi dia yang di siarkan setiap hari & pernah di palitkan dengan satu kontroversi sehingga di kecam oleh masyarakat di khabarkan telah meninggal dunia tengahari tadi akibat strok. Salam takziah kepada seluruh ahli keluargha allahyarham. Semoga mereka kuat & sabar menerima kehilangan insan tersayang. Semoga Allah memberi ketabahan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Sesungguhnya pemergian Allahyarham di hari yang sangat di impikan seluruh umat islam iatu pada hari jumaat kerana Sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat terpelihara daripada fitnah kubur. Subahannallah beliau insan terpilih yang pergi pada hari yang menjadi impian seluruh umat islam untuk mati. Semoga Allah mengampuni segala2 dosa2 beliau ...

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR

Image
KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR . Serius.. memang aku frust sangat tau. Yelah.. menunggu barang yang di order sampai kerumah umpama menanti anak pertama lahir. Punya la excited, tak sabar, cempeqa & segala bagai rasa ada. Tapi bila sampai & buka bungkusan barang tu sangat sangat mengecewakan. Inilah episod sedih bersama zalora katanya... Alkisahnya bermula. Aku order satu korean bag ni hari isnin lepas. Sebenarnya dah lama aku usya tapi macam biasa aku akan ambil masa yang lama nak buat payment. Selalunya aku perkasamkan dulu dalam draft. Aku ni bukan la suka sangat shopping online tapi aku memang selalu usya barang2 kat zalora & lazada. Kalau ikut harga lazada lebih murah tapi design kadang2 zalora la lebih cantik. Ada satu beg yang aku order.. kat lazada pun ada jual cuma sebab beg kat zalora ni aku tengok design zip dia bentuk bunga tu menyerlah lagi kecomelan beg tu so aku decide beli dengan zalora je la walaupun lebih mahal & kena bay...

BUAT PEMINAT BOLA SEPAK INILAH JADUAL WAKTU TIDUR UNTUK EURO 2016

Image
BUAT PEMINAT BOLA SEPAK INILAH JADUAL WAKTU TIDUR UNTUK EURO 2016 . Aku bukan peminat bola sepak pun jadi aku tak heran sangat la pasal games bola sepak yang di tayangkan kat TV tetengah malam buta. Laki aku pun tak minat.. so kami2 sama2 tak pernah ambil pot pasal perlawanan bola. Tapi dulu masa kat kampung abang aku ( actually abang sepupu sebelah ayah sebab memang dah rapat macam keluarga kandung sendiri memang fungsi dia macam abang kandung, nak2 lagi lepas ayah meninggal ) dulu start euro ni mesti la mula tukar timing tidur. Siang membuta tak ingat.. Time dia tak kerja la. Malam berjaga sampai ke subuh katanya. Tu zaman dia muda remaja sekarang dah jadi ustaz. Mengajar kuliah2 agama kat masjid2 yang jemput dia. Siapa sangka dulu masa muda hu ha hu ha jugak abang aku ni.. Bila semakin meningkat umur Allah bagi hidayah sekarang kerja dia kategori berdakwah jugak la. Tu kisah abang aku.. Aku rasa ramai pun akan buat perangai macam abang aku dulu menjelang EURO 2016 ni. Peminat ...

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK

Image
AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK . Sebelum ni jadi kontroversi jugak bila Lisa surihani & Yusri KRU ambil keputusan untuk membesarkan anak mereka seperti kanak kanak biasa. Tak nak dedahkan gambar anak depa kat media. Ada yang mengecam & ada yang menyokong tindakkan mereka. Sampai pernah berlaku satu isu bila ada peminat yang mencuri ambil gambar Lisa & anak dia kat luar kemudian menyebarkan di media sosial. Timbul rasa sedikit tak puas hati lisa dengan perbuatan peminat tu. Tapi semua isu tu dah selesai. Tup tup hari ni terbaca kat beautifulnara katanya Yusri & lisa akhirnya berkongsi jugak wajah terkini anak kesayangan mereka Yahaira Leanna. Mungkin sekadar nak berkongsi dengan peminat yang teringin sangat nak tengok muka anak depa. Yelah.. bukan semua peminat bertuah terserempak dengan retis kat luar.. Nak2 lagi yang duduk kawasan luar bandar. Katanya Yusri berkongsi gambar Yahaira Leanna yang dah berusia 9 bulan bersempena hari lahir ...

PERHATIAN! KAKI BAZAR RAMADAN KENA TAHU 11 BAZAR NI

Image
PERHATIAN! KAKI BAZAR RAMADAN KENA TAHU 11 BAZAR NI . Hari ni dah masuk hari ke 16 hari puasakan.. erkk... betul ke? Aku pun kadang2 lupa hari. Bab nombor2 kadang2 aku suka jadi krisis tapi seperkiraan aku ni memang hari ni dah 16 ramadan la. Ni tak refer calender ok! Kalau salah nasib la kan.. hahaha. Sepanjang puasa ni memang totally aku masak je kecuali ahad tu memang beli. Ataupun kuih tapi takde la hari2. Tapi sahur memang aku masak la setiap hari. Taknak la makan nasi kandar lauk sotong sampai RM13 sebungkus. Kering account bank kalau makan macam tu hari hari katanya. Bagi surirumah dengan macam aku banyak masa kat rumah so masak tu tak ada masalah sangat. Apa sangat la nak masak untuk kami laki bini ni makan. Aku pun memang tak beriya sangat pun masak sepanjang bulan puasa. Masak biasa2 jer... Tapi bagi yang bekerja.. walau balik awal dari biasa, nak hadap jam lagi. Ada yang nak kena ambil anak sana sini.. memang kadang2 sampai rumah dekat waktu nak berbuka dah. Jadi pili...

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING

Image
KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING . kecoh la isu pasal ada pasangan kekasih ni yang pakwe dia buat kejutan bawa naik limosin. Kereta orang kaya katanya. Maka ramailah orang tag pasangan masing masing dengan harapan dapat kejutan yang sweet like kencing manis macam tu. Tetiba teringat jugak la kisah cinta jahiliah aku dengan suami dulu.. Gambar sekadar hiasan. Sumber google Kami dating takde la naik limosin.. naik satria jer masa tu. Tu pun satria laki aku beli sendiri dengan duit dia masa umur 18 tahun. Masa tu kagum jugak la.. dia 18 tahun dah mampu beli kereta walau second hand tapi beli secara cash. Sebab time tu dia nak ambil kereta baru nak buat loan tak lepas lagi. Takpe la 2nd hand pun.. Yang penting dia tak guna duit mak bapak dia nak beli apa dia nak. Dia kerja cari duit sendiri. Sampai la kenal dengan aku dia still pakai satria tu. Aku pun bukan meterialistik sangat. Kau pakai kereta apapun masa tu bagi aku kereta kau. Aku tumpang duduk sebelah j...

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA

Image
GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA . Zaman hipster, western, pickuplines bagai.. ucapan untuk hari bapa pun dah semakin menyeramkan. Tak tau la bapak budak ni baca ke tak ucapan dari anak dia yang wish selamat hari bapa dengan cara yang paling hot katanya. Mungkin dia rasa ucapan dia paling catchy & menyentuh hati bapa dia kot.. Memang menyentuh hati jugak kalau bapa dia macam bapa bapak kita yang tak ada la open minded & sporting tahap macam tu. Tersentuh jugak hati bapa bila anak perempuan dia kurang malu cakap macam tu untuk bapa, kan. Budak budak sekarang ni.. Mungkin sebab mak bapak zaman sekarang ramai yang layan anak macam kawan jadi dia buat mak bapak dia macam kawan je. Tak ada tapis tapis dah nak cakap. Melawak ikut dan je bak kata orang kedah. Kita ni orang melayu ada adab & sopan. Bergurau dengan mak ayah atau orang tua ada caranya. Tak sama macam kita bergurau dengan kawan kawan walau mak bapak kita sporting tahap ...