Posts

RESEPI BIHUN SUP UTARA MELEKAT LEKIT

Image
RESEPI BIHUN SUP UTARA MELEKAT LEKIT . Rasanya selama aku dok tayang gambar bihun sup utara yang aku masak belum pernah pulak aku share resepinya kat blog. Pelik pulak aku.. kenapa resepi bihun sup utara je aku tak tertulis kat blog. Nak kata aku ni perahsia bab2 resepi tak jugak. Alah resepi je kot.. Nak kedekut apa, ye dak. Sebab aku rasa banyak kali & banyak orang request resepi bihun sup utara aku ni maka tanpa berlengah lagi elok la sementara free & sementara dok ingat meh la aku karang resepinya. Resepi aku ni resepi mudah mudah je walau tengok gambar macam gah sangat padahal resepi kategori campak2 jugak. Walaupun aku masih tak khatam nak buat bunjut untuk sup tapi takpe bunjut Instant banyak. Menyesal jugak dulu malas masuk dapur & tak sempat nak mencedok resepi arwah ayah yang memang terkenal dengan bihun sup utara dia. Tiap kali raya orang mesti datang rumah kebanyakkan nak makan bihun sup ayam dia. Tapi walaupun masa arwah ada anak2 dara semua malas masuk da...

P.RAMLEE DI LAHIRKAN SELEPAS KHUTBAH RAYA AIDILFITRI

Image
P.RAMLEE DI LAHIRKAN SELEPAS KHUTBAH RAYA AIDILFITRI . Tu dia entri ambil kesempatan atas isu yang tengah viral pasal Apek yang menjadikan P.Ramlee sebagai contoh Artis yang hidup merempat selepas zaman kejatuhannya walaupun pada hakikatnya cuma P.Ramlee jatuh susah tapi tak sampai tahap merempat. Macam biasa la bila kena kecam tahap extreme maka keluarkan kenyataan maaf.. katanya tak berniat nak menghina. Perkataan merempat tu pun dah cukup hina kot.. Tapi takpe la kita orang Islam memang di ajar maaf memaafkan. Kira maafkan je la atas kesilapan Apek tu.. Gambar Sumber Google Isu tu dah tulis tadi.. Malas nak ulas banyak kali kita kembali mengenali latar belakang seorang seniman Agong yang di kenali sebagai P.Ramlee. Kita sedia maklum nama sebenar Allahyarham P.Ramlee bukan la Ramlee tapi nama sebenar beliau adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Tapi sebab nenek beliau tak reti sangat nak sebut nama cucu dia Teuku Zakaria dia panggil la Ramlee. Tu yang nama Ramlee mele...

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA

Image
INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA . Setiap tahun menjelang raya mesti isu pasal Nora Danish beraya dengan bekas mertua mesti jadi kontroversi. Maka akan muncul macam2 komen & pendapat. Ada yang jadi pengkritik & ada yang berlagak ustazah & ustaz berhujah menggunakan agama. Apapun pendapat atau pandangan nak2 lagi yang guna agama tu biarlah jelas & tak mengelirukan. Ni tak majoriti yang aku baca komen katanya hubungan mertua & menantu takkan putus walaupun pasangan tu bercerai selalu je muncul kat isu pasal Nora Danish dengan bekas mertua dia. Aku sebenarnya dah lama nak cari jawapan pasal ni sebab aku agak keliru dengan statement macam tu. Seolah olah mengambarkan walaupun bercerai menantu tu masih ada tanggungjawab kepada bekas mertua. Yelah.. bila orang pertikai perlu ke kau nak tiap kali raya berkepit dengan family bekas mertua seolah2 kau tak ada keluarga sendiri mesti muncul komen yang mengatakan hubungan bekas menantu & mer...

KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA

Image
KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA . lama jugak segmen seram serik lekatlekit ni bercuti kan. Tapi aura seram kat blog ni masih lagi berfungsi. Masih lagi menjadi rujukan pemburu2 cerita seram. Buktinya setiap hari keywords pasal cerita seram ni mesti ada & menjadi salah satu carian tertinggi kat blog lekat lekit ni. Almaklum la... blog ni kan banyak koleksi cerita seram katanya. Selepas bercuti panjang jugak cerita seram kat blog lekatlekit malam ni den nak share dengan hangpa semua 13 cerita seram. Salah satu kisah dari 13 kisah seram yang di kongsikan adalah kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di subang jaya. Kisah di sebuah sekolah di subang jaya pulak di katakan ada kaitan dengan kes bunuh diri seorang pelajar kat situ. Katanya ada sebuah tangki air yang sekarang di kunci selepas seorang pelajar perempuan yang membunuh diri dengan cara melemaskan dirinya dalam tangki tu. Selepas kejadian...

BILA PENERBIT FILEM SAMPAH RASA LEBIH HEBAT DARI P.RAMLEE

Image
BILA PENERBIT FILEM SAMPAH RASA LEBIH HEBAT DARI P.RAMLEE . Sampai bila2 selagi dia terus menerbitkan filem asal siap.. asal boleh jual sebab guna pelaris retis lawa, hensem, kontroversi padahal filem dia memang tak layak di tayangkan layar perak aku akan terus labelkan filem dia filem2 sampah yang mengotorkan industri perfileman malaysia. Seorang businessman yang terjun ke bidang penerbitan filem semata mata untuk cari untung memang sampai bila2 takkan faham & takkan reti apa itu seni. Yang dia tau asal boleh jual. Buat la apa saja asal filem tu boleh jual.. Itu bagi dia dah cukup untuk buat dia berjaya. Sebab tu dia tak kisah menerbitkan lambakkan filem2 sampah sebab bagi dia bukan kualiti karya seni tu tapi perniagaan. Kita memang tak ada hak nak halang dia nak berniaga apa termasuk la meniaga filem yang hanya gah pada kuantiti tapi miskin pada kualiti.. Sebab dia ada duit. Tapi bila dia membandingkan diri dia dengan seorang anak seni sejati di mana karyanya sehingga kini m...

TREND RAYA BUDAK BUDAK SEKARANG MINTA DUIT RAYA UNTUK ADIK BERADIK KAT RUMAH

Image
TREND RAYA BUDAK BUDAK SEKARANG MINTA DUIT RAYA UNTUK ADIK BERADIK KAT RUMAH . Dah lima hari kita di bulan syawal. Puas hati dapat beraya 5 hari 4 malam kat kampung. Selalunya memang jarang aku dapat spent time sampai 5 hari kat kampung lepas kahwin & ada anak ni. Yelah.. tuntutan tanggungjawab duniawi ni membataskan kami anak beranak nak lepak kat kampung lama lama walaupun kepulangan kami adalah kepulangan yang memang di nanti. Almaklum la.. dapat suami yang boleh kamceng dengan mak, adik beradik perempuan & sedara mara yang rapat. Sumber Gambar Google Apapun dah selamat sampai ke kotaraya selepas 10 jam atas jalan dari kedah ke kl ikut jalan lama. Jimat tak payah bayar tol & tak stress hadap jam kat highway. Kalau aku.. biarlah jalan jauh tapi kalau jam memang sekali dengan otak2 aku jam. Almaklum la tak drive katanya.. duduk sebelah je hahaha. Sebab raya tahun ni duduk kat rumah & ambil tugas memasa hari raya pertama & kedua maka boleh tengok ragam buda...

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016

Image
TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016 . Hari ni dah hari ke 29 hari umat Islam berpuasa. Insya Allah.. tinggal lagi 1 hari untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 29 Hari berpuasa moga yang berkurang kilo kat badan & yang bertambah pahala & amalan. Kalau yang bertambah kilo tu maka ketahuilah mungkin anda antara yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makan. Kalau makan ala kadar, Insya Allah boleh buang kilo kilo yang berlebihan katanya. Gambar sekadar hiasan Hari ni pun dah ramai balik kampung. Aku Insya Allah esok baru nak memulakan perjalanan balik kedah. Allah.. Rasa tak sabar nak balik kampung katanya. Dok tengok ada kawan kawan dok cakap.. teringin nak rasa balik kampung bila raya. Almaklum la depa duduk tak jauh dari rumah keluarga & adik beradik. Ada yang perjalanan 5 - 10 je dah sampai rumah mak ayah. Tak macam aku.. kalau tak hadap jam maybe 4 - 5 jam baru sampai. Tapi pernah jugak aku balik dari kampung ambil masa dekat 1...