Posts

FILEM PALING SERAM YANG BUAT ANDA FOBIA TIDUR DALAM GELAP

Image
FILEM PALING SERAM YANG BUAT ANDA FOBIA TIDUR DALAM GELAP . Sebelum ni Filem The Conjuring 2 katanya seram sangat sebab menggunakan Audio rakaman suara roh sebenar dalam filem tu. Semua orang pakat nak tengok la sejauh mana keseraman filem tu termasuk la aku. Walaupun filem The Conjuring 2 dah lama keluar pawagam tapi sampai sekarang aku masih belum tengok lagi. Dok tunggu keluar dalam bentuk DVD. Jangan nak suggest suruh aku beli cetak rompak.. Aku tak nak tengok filem seram yang nampak kepala orang dok lalu lalang depan skrin besar pawagam atau tengok dvd yang rakam dari astro first. Sebagai peminat filem seram memang aku perlukan kepuasan bila menonton filem tu so aku lebih suka beli dvd original. Bukan berlagak ke hapa tapi soal kepuasan. Tapi aku dok baca review sesetengah blogger yang dah tengok filem tu ada yang kata seram & ada yang kata filem tu tak seram & tak best. Biasa la manusia kadang2 taste seram dia high level macam aku ni mungkin ada filem yang dah cukup ...

PERHATIAN! SEMUA PEMEGANG KAD DEBIT MAYBANK PERLU TUKAR SEBELUM TARIKH NI

Image
PERHATIAN! SEMUA PEMEGANG KAD DEBIT MAYBANK PERLU TUKAR SEBELUM TARIKH NI .  Hari ni nampak kawan kawan kat facebook mula up status berkenaan  kad debit maybank yang katanya perlu di tukar tak kira la kad tu expired lambat lagi ke tidak. Sebelum raya haritu aku ada call maybank center berkenaan isu ni sebab nak dapat penjelasan tepat. Dok dengar info tak sahih jer.. Bila aku call katanya kad debit yang sekarang hanya boleh pakai sebelum januari 2017 je. SSekarang memang masih boleh pakai selagi kad tu tak expired. Ok la.. kalau ikutkan kad debit aku lambat lagi tapi disebabkan kena jugak tukar maka kena tukar la sebelum Januari 2017. Tup tup hari ni keluar pulak khabar angin lain yang katanya selagi kad tu valid boleh guna sampai 2018 pulak. Ada tu yang pergi maybank branch kena gelak nak tukar debit card. Katanya kad masih valid boleh lagi guna. Macam2 cerita pulak pasal kad debit maybank ni kan. Sebab tak puas hati aku ajukan pulak kat FB page maybank pasal perkara ni...

INI DI JANGKA BERLAKU JIKA UNDANG UNDANG MALAYSIA DI MANSUHKAN

Image
INI DI JANGKA BERLAKU JIKA UNDANG UNDANG MALAYSIA DI MANSUHKAN . Manusia kebanyakkan memang tak suka ikut peraturan tapi ramai yang suka buat peraturan sendiri. Contoh yang tengah viral sekarang.. Rules bawa anak pergi beraya rumah orang. Tu tak boleh ni tak boleh sampai nak makan pun ada protokol. Kena ambil sayur dulu katanya.. Dia punya rules aku rasa kalau dia jiran aku pun aku tak ingin nak datang beraya rumah dia. Itulah perangai manusia walaupun dia tak suka sangat follow undang undang tapi dia nak jugak orang follow rules dia. Manusia memang tak takut dengan undang2 manusia lain buat.. Buktinya walaupun dah di kuatkuasa pemandu yang degil guna lorong kecemesan akan di dakwa terus ke mahkamah aku tengok haritu bersepah juga orang guna lorong kecemasan. Manusia tetap la manusia.. Even kau ketatkan undang - undang hukuman gantung sampai mati untuk semua kesalahan kecil atau besar tetap manusia akan langgar peraturan. Tu negara masih kuatkuasakan undang - undang. Bayangkan k...

RESEPI BIHUN SUP UTARA MELEKAT LEKIT

Image
RESEPI BIHUN SUP UTARA MELEKAT LEKIT . Rasanya selama aku dok tayang gambar bihun sup utara yang aku masak belum pernah pulak aku share resepinya kat blog. Pelik pulak aku.. kenapa resepi bihun sup utara je aku tak tertulis kat blog. Nak kata aku ni perahsia bab2 resepi tak jugak. Alah resepi je kot.. Nak kedekut apa, ye dak. Sebab aku rasa banyak kali & banyak orang request resepi bihun sup utara aku ni maka tanpa berlengah lagi elok la sementara free & sementara dok ingat meh la aku karang resepinya. Resepi aku ni resepi mudah mudah je walau tengok gambar macam gah sangat padahal resepi kategori campak2 jugak. Walaupun aku masih tak khatam nak buat bunjut untuk sup tapi takpe bunjut Instant banyak. Menyesal jugak dulu malas masuk dapur & tak sempat nak mencedok resepi arwah ayah yang memang terkenal dengan bihun sup utara dia. Tiap kali raya orang mesti datang rumah kebanyakkan nak makan bihun sup ayam dia. Tapi walaupun masa arwah ada anak2 dara semua malas masuk da...

P.RAMLEE DI LAHIRKAN SELEPAS KHUTBAH RAYA AIDILFITRI

Image
P.RAMLEE DI LAHIRKAN SELEPAS KHUTBAH RAYA AIDILFITRI . Tu dia entri ambil kesempatan atas isu yang tengah viral pasal Apek yang menjadikan P.Ramlee sebagai contoh Artis yang hidup merempat selepas zaman kejatuhannya walaupun pada hakikatnya cuma P.Ramlee jatuh susah tapi tak sampai tahap merempat. Macam biasa la bila kena kecam tahap extreme maka keluarkan kenyataan maaf.. katanya tak berniat nak menghina. Perkataan merempat tu pun dah cukup hina kot.. Tapi takpe la kita orang Islam memang di ajar maaf memaafkan. Kira maafkan je la atas kesilapan Apek tu.. Gambar Sumber Google Isu tu dah tulis tadi.. Malas nak ulas banyak kali kita kembali mengenali latar belakang seorang seniman Agong yang di kenali sebagai P.Ramlee. Kita sedia maklum nama sebenar Allahyarham P.Ramlee bukan la Ramlee tapi nama sebenar beliau adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Tapi sebab nenek beliau tak reti sangat nak sebut nama cucu dia Teuku Zakaria dia panggil la Ramlee. Tu yang nama Ramlee mele...

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA

Image
INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA . Setiap tahun menjelang raya mesti isu pasal Nora Danish beraya dengan bekas mertua mesti jadi kontroversi. Maka akan muncul macam2 komen & pendapat. Ada yang jadi pengkritik & ada yang berlagak ustazah & ustaz berhujah menggunakan agama. Apapun pendapat atau pandangan nak2 lagi yang guna agama tu biarlah jelas & tak mengelirukan. Ni tak majoriti yang aku baca komen katanya hubungan mertua & menantu takkan putus walaupun pasangan tu bercerai selalu je muncul kat isu pasal Nora Danish dengan bekas mertua dia. Aku sebenarnya dah lama nak cari jawapan pasal ni sebab aku agak keliru dengan statement macam tu. Seolah olah mengambarkan walaupun bercerai menantu tu masih ada tanggungjawab kepada bekas mertua. Yelah.. bila orang pertikai perlu ke kau nak tiap kali raya berkepit dengan family bekas mertua seolah2 kau tak ada keluarga sendiri mesti muncul komen yang mengatakan hubungan bekas menantu & mer...

KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA

Image
KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA . lama jugak segmen seram serik lekatlekit ni bercuti kan. Tapi aura seram kat blog ni masih lagi berfungsi. Masih lagi menjadi rujukan pemburu2 cerita seram. Buktinya setiap hari keywords pasal cerita seram ni mesti ada & menjadi salah satu carian tertinggi kat blog lekat lekit ni. Almaklum la... blog ni kan banyak koleksi cerita seram katanya. Selepas bercuti panjang jugak cerita seram kat blog lekatlekit malam ni den nak share dengan hangpa semua 13 cerita seram. Salah satu kisah dari 13 kisah seram yang di kongsikan adalah kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di subang jaya. Kisah di sebuah sekolah di subang jaya pulak di katakan ada kaitan dengan kes bunuh diri seorang pelajar kat situ. Katanya ada sebuah tangki air yang sekarang di kunci selepas seorang pelajar perempuan yang membunuh diri dengan cara melemaskan dirinya dalam tangki tu. Selepas kejadian...