Posts

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK

Image
TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK . Zaman dah berubah jadi cara berkawan pun berubah mengikut peredaran zaman. Kalau dulu istilah kawan adalah orang yang kita sentiasa jumpa, boleh berbual, sentiasa bersama.. lepas zaman kawan melalui pena. Ambil alamat kat majalah kemudian kirim surat.. lepas zaman tulis surat masuk ke era IT. Semua berkawan depan skrin je.. even lepak semeja pun tetap depa berinteraksi melalu media sosial. Seolah2 macam tak ada kat depan mata jugak. Betapa zaman merubah segalanya. Kalau dulu cara nak menghargai seorang kawan ada yang karang puisi, sajak.. Ada budget sikit bagi hadiah atau tujukan lagi tapi zaman sekarang dah ada cara paling mudah untuk menghargai seorang kawan katanya. Dengan memberi Award melalui facebook. Tu dia.. lepas tu semua pemberian kita maya maya belaka. Tak ada lagi sesuatu berbentuk fizikal atau material yang boleh kita simpan untuk jadi kenangan. Aku ni ada ke kawan baik selain family aku, suami & ...

PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN

Image
PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN . Sekarang dah mula terjebak membeli belah pakaian kat online. Dulu memang tak confident sebab aku jenis size rare sikit terutama seluar la. Baju tu Insya Allah S boleh dah pakai berbanding dulu XS. Zaman size XS tak banyak.. Tapi masuk zaman size baju XS melambak di pasaran size pulak dah bertukar ke S. Almaklum membesar bagai juara sejak2 ada anak ni. Cuma tak meninggi jer... hehehe Sebenarnya ni kali pertama beli pants secara online. Cuak jugak la. Berkali2 ukur panjang, lebar, pinggang bagai. Takut terlebih besar atau terlebih kecik cutting dia. Tapi atas kebijaksanaan Anugerah Allah.. walaupun aku kurang panjang tapi akal aku tak senteng sangat la. So aku survey pants yang crop punya la. Ni petua jugak untuk golongan2 tinggi 140cm. Kalau kau nak beli pants yang tak payah kau potong hujung kaki kau cari yang crop pants. Tapi jangan la pendek sangat. Agak2 kalau model tu pakai seluar dia paras betis tu kau beli la.. Insya Al...

WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA

Image
WAJIB TAHU! STATUS OKU BUKAN HANYA UNTUK CACAT FIZIKAL SAHAJA . kalau sebut OKU ramai yang membayangkan seseorang yang mungkin cacat fizikal yang membataskan dia untuk berdikari atau menguruskan diri. Sebab kita dah set.. OKU untuk orang cacat. Cacat tu bagi kebanyakkan orang cacat fizikal. Aku dulu pun jenis nak ambil tahu jugak. Aku pun faham macam tu je. Kalau ada sticker OKU kat kereta atau apa2 kenderaan aku cuma bayangkan seseorang yang kurang upaya fizikal tak terbayang pulak status OKU tu untuk masalah2 lain yang tak ada kena mengena dengan cacat fizikal atau mental. Simbol OKU. Sumber Google Sebenarnya status OKU bukan hanya untuk yang cacat fizikal atau sedap sikit sebut Kuraya upaya fizikal. Sebenarnya orang yang kurang upaya ni pun tak suka di gelar cacat tau. Tapi nak bagi orang faham terpaksa jugak aku guna perkataan cacat walau aku sendiri rasa tak sedap hati nak menyebut. Jadi selepas ni kita gantikan perkataan cacat tu kepada kurang upaya. Berbalik kepada isu ...

7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA

Image
7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA . Dalam satu keluarga mustahil akan dapat adik beradik atau sedara mara yang semua statik je ada satu perangai yang sama. Yang tu memang agak aneh kalau ada. Maybe keluarga tu keluarga robot yang dah di cipta & di setting dengan 1 fungsi je. Kalau manusia mustahil mampu setting semua satu kepala & satu perangai walau keluar dari 1 perut & satu laluan yang sama. Sebab yang namanya manusia ni pasti berbeza dengan manusia lain walau ada hubungan darah sekalipun. Biasa la.. dalam satu keluarga ada perangai yang menghiburkan, ada perangai yang menjengkelkan, ada perangai yang menyakitkan hati, ada perangai yang menyenangkan orang.. Sebab tu la pepatah orang melayu ada kata.. dalam setandan pisang mustahil semuanya elok. Mesti ada jugak sebiji dua yang rosak. Sebab tu kalau tengok dalam family orang lain ada sorang yang buruk perangai jangan pukul rata mengata satu keturunan dia. Mungkin ramai yang perangai tak elok tapi pe...

WAJIB TAHU! ANAK HYPERACTIVE BUKAN AKTIF BIASA TAPI LUAR BIASA

Image
WAJIB TAHU! ANAK HYPERACTIVE BUKAN AKTIF BIASA TAPI LUAR BIASA . Selalu sangat aku dengar atau baca bila seorang kanak kanak atau anak seseorang yang lasak sikit mak bapak dia mesti cakap.. "budak ni memang hyperactive sikit.".. "anak aku memang hyperactive." bla..bla.. bla.. Dulu aku sendiri pun tak tahu tak faham & tak pernah peduli pun pasal semua tu sebabnya masa tu mungkin aku rasa tak ada kepentingan untuk aku ambil tahu. Aku pun anggap hyperactive tu bukan satu masalah perkembangan ke hapa.. Aku anggap cuma budak2 yang aktif je. Tapi semenjak lala berumur 2 tahun.. Doktor detect dia ada masalah dalam perkembangan bila dia tak ada perkataan bermakna di sebut dalam usia tu secara tak sengaja aku mula mengambil tahu tentang masalah2 yang ada dalam perkembangan kanak kanak. Walaupun lala tak ada hyperactive tapi disebabkan shahila aku memahami banyak perkara tentang kanak kanak hyperactive. Sebab aku rajin jugak dok mencari info tentang masalah perkemban...

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR

Image
JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR . Sesekali kita ubah sikit segmen seram serik lekatlekit yang normally berkongsi cerita seram kepada info seram. Benda2 yang berkaitan alam ghaib yang berdampingan dengan manusia ni tak salah kita ambil tahu. Mungkin berguna pada kita di kemudian hari. Bukan untuk rujukan untuk sesiapa yang nak bela saka, ok! Filem Waris Jari Hantu salah satu contoh cerita tentang saka. Dalam filem ni mengetengahkan saka harimau Saka yang kita sedia maklum sejenis jin belaan manusia. Kiranya jadi khadam pada manusia la lepas perjanjian di persetujui. Tapi setakat ni syarat jin nak jadi khadam/saka kepada manusia dia jarang la nak minta banglo sebiji ke hapa.. Normally benda dia nak makan & pewaris bila owner dia dah di pinggir kubur supaya nasib dia terus terbela katanya. Ataupun berpunca dari amalan ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu kebal, ilmu perdukunan, persilatan, pengasih, pelaris, penyeri, susuk, dan lain-lain amalan yang menyalahi sy...

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI

Image
VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI . Sejak kempen membenteras rokok seludup ni nampaknya banyak pembongkaran di buat secara besar besaran untuk menyedarkan perokok betapa bahaya, kotor & boleh menyebabkan ezema. Cara dorang berkempen tu memang nak bagitahu betapa bahaya rokok seludup berbanding rokok yang masuk cara bercukai & melalui laluan yang betul bukan laluan tikus. Aku baca pun terkesima seketika katanya. Mentang2 la rokok antara penyumbang terbesar income negara.. Sampai isu2 lain yang lebih serius pun aku nampak macam tak di pedulikan. Contoh isu kes culik yang berleluasa sekarang. Aku rasa kempen rokok seludup ni lebih besar besaran dari berkempen membenteras jenayah culik sekarang. Sebelum ni macam macam momokkan seram & jijik di buat untuk memberi kesedaran tentang rokok seludup.. tetiba dua tiga hari ni blog OhBulan kecoh pasal rokok cap babi katanya. Hahaha... nak gelak jugak aku baca pasal rokok cap babi. Mesti perokok cuak kan.. Ada ke rokok cap babi ni....