Posts

KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM

Image
KISAH SERAM PASARAYA TESCO MERGONG DI HANTUI LEMBAGA HITAM . Sekarang ni orang tengah sibuk tulis pasal filem seram Volkswagen kuning. Tapi aku malam ni nak cerita pasal pasaraya Tesco pulak. Jarang kat blog lekatlekit.com ni nak share cerita seram melibatkan pasaraya sebab tak banyak kisah seram melibatkan pasaraya. Almaklum la pasaraya sapa nak kisah sangat pasal hantu sebab kat dalam tu banyak benda yang boleh menghantui pengunjung katanya hahahhaa... Alkisah pasal pasaraya Tesco Mergong Alor Setar ni katanya berhantu. Setiap kali budak kecik yang di bawa masuk ke situ akan menangis. Menurut cerita orang2 la kan.. katanya memang kat situ kawasan panas sikit. Yang menyebabkan dia jadi berhantu adalah sebab berjiran dengan dua kubur katanya. Asal berhantu je hangpa nak kaitkan dengan kubur kan.. Kubur tu di pagar dengan Zink yang tinggi tapi tinggi lagi kebolehan hantu untuk menyakat manusia kat situ. Menurut cerita yang aku baca.. Dari cerita pekerja Tesco & pekerja Pizza ...

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Image
KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP . Aku tak ada astro jadi tak banyak siaran yang ada kalau tak langgan astro. TV1 memang la kelaut.. polkadot terus.. TV2 tu boleh la tengok lagi. Yang clear sikit Tv3,NTV7,8TV & TV9 jer... Jadi tak banyak pilihan rancangan TV yang aku boleh tengok kalau bosan mengadap skrin pc ni. Tertengok jugak la drama Patahnya sebelah sayap tu tapi macam biasa sebab aku pun sebenarnya tak follow drama ni. Time pukul 10 malam tu kadang2 ada cerita best2 kat channel lain.. Semalam ada tertengok sebab semalam rasanya tak ada rancangan tv yang menarik kat channel lain. Tengok pun gitu2 jer sebab sibuk dok windows shopping kat ezbuy.. amboi ketagih bebeno kan bershopping kat ezbuy. Geram aku sebab murah2 hahaha... Sambil dok mentelaah kat ezbuy jeling2 jugak la kat TV. Sebab TV & PC aku ni hidup berjiran je. Sebelah menyebelah aku letakkan depa. Sebab senang aku nak pantau 2 skrin ni dalam satu masa katanya. Episod sem...

FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN

Image
FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN . Tu dia Pancutan katanya. Tajuk entri mesti hot, spicy & kontroversi katanya. Hari ni meriah pulak kat news feed Facebook aku dengan rakyat jelatanya yang sibuk memperkatakan sesuatu yang baru di facebook. Biasa la benda baru mesti semua excited nak cuba. Termasuk la aku.. Excited sangat tu tak la cuma nak tahu jer macam mana la icon love tu memancut mancut. Maka aku pun clik kat kat beberapa status rakan kat FB... Tu dia terpancut keluar hati hati merah jambu seolah2 mengambarkan betapa bahagianya mereka dengan perkara tu. Hati pun berbunga bunga melihat fenomena baru yang berlaku di facebook hari ni Antara yang dapat aku screenshoot kat news feed aku. Nasib la sapa yang terkena hehehe Masing2 up status minta clik icon love supaya orang yang clik dapat melihat pancutan penuh keghairahan.. ops kebahagiaan tu. hehehe... Macam macam la hang ni Mark Zuckerberg Ooi! Ada je benda baru hang nak buat. Masa...

DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL

Image
DRAMA LARA TERINDAH SEPATUTNYA DIBERI TAJUK SEBAGAI KEKASIH KU MANGSA ROGOL . Tak nak la hipokrit cakap aku tak layan langsung drama melayu pukul 7 kat tv3 ni. Aku tengok jugak sikit2 walau banyak skip. Pukul 7.30 jer dah masuk maghrib selalunya anak aku layan upin ipin kat tv9. Kadang2 je la bersiaran rancangan tu sampai pukul 8 kadang2 tak pun. Cara aku menonton pun sama.. Time2 maghrib memang banyak skip la.. Almaklum la maghrib kan waktu yang singkat. Nak kata aku tahu sangat hujung pangkal selama episod dia bersiaran kat TV3 sekarang.. sebenarnya tak tahu sangat la. Tup2 tertengok part dia tengah sarat mengandung.. Lepas tu paham la jugak dia mengandung sebab kena rogol. Kawan sendiri aniaya katanya. Jadi kalau ikut trend tajuk2 drama pukul 7 kat TV3.. Drama tu sesuai di beri tajuk Kekasih Ku Mangsa Rogol. Baru hipster sikit katanya. hahahaha. Almaklum la trend tajuk drama pukul 7 kat tv3 memang tajuk2 direct to the point. Takde kias kias dah. Orang kata tajuk drama sekarang ...

BARANG YANG DI TERIMA TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE, EZBUY HANYA BAYAR PAMPASAN RM1.96

Image
TERIMA BARANG TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE,HANYA DI BAYAR RM1.96 SEBAGAI PAMPASAN DARI EZBUY . Baru2 ni aku ada terima barang yang aku shopping kat website ezbuy. macam biasa la shipping dari china. Jauh tu.. Kira kali kedua la aku membeli belah di ezbuy ni. Sebab delivery dia memang terbaik bagi aku. Pengalaman pertama bershopping kat ezbuy memang tak ada apa2 masalah bila barang sampai. Memang puas hati. Untuk kali kedua ni.. Ada sedikit masalah berlaku bila aku rasa barang yang aku terima tak sama macam gambar yang terpapar kat website ezbuy. Barang tu sepasang seluar Jogger pants jenis design macam jeans tu. Almaklum la sekarang trend korea katanya. Aku memang minat fesyen2 korea walau tak minat drama2 korea. So aku beli la sepasang kat laki aku.. Sebab haritu aku tengok dia beli sepasang jogger pants yang jenis cotton. nampak dia macam suka je fesyen macam tu... Sebab kat ezbuy ni murah boleh la beli sepasang dua untuk suami. Nanti aku paw balik kosmetik kat dia hahaha ...

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA

Image
GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA . Zamani Slam.. artis yang boleh kategori evergreen jugak la sebab masih diminati hingga kini walau pernah satu ketika mengemparkan industri hiburan bila dia di tangkap kerana dadah namun kontroversi itu tidak membunuh kerjaya seni dia. Malah ramai peminat & rakan2 terus memberi sokongan untuk Zamani berubah & menjauhi dadah. Selepas menerima rawatan pemulihan dadah di rumah pengasih Zamani yang sebelum tu memang kurus kering.. nampak lebih sihat & berisi. Dia pun mengaku berat badan dia naik sepanjang menjalani rawatan pemulihan kat situ. Nampak pun lebih hensem katanya berbanding sebelum tu memang nampak sangat something wrong somewhere bila badan dia macam tinggal tulang & kulit je. Cengkuk boleh nampak tulang. Aku suka jugak ikuti perkembangan zamani melalui fanpage dia.. Ada jugak rakan kat facebook seorang wartawan hiburan yang rajin upload gambar2 dengan zamani. Dari situ aku perasan zamani nampak semaki...

8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA

Image
8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA . Orang Malaysia ni memang terkenal dengan cerita2 mistik. Kalau dulu kita dengar cerita2 ni cuma dari mulut ke mulut.. Paling tidak pun baca kat majalah mastika. Sekarang sapa nak layan sangat baca mastika. Surat khabar pun orang malas nak baca.. Semua baca kat skrin jer. Dah ada kemudahan.. Tak perlu nak keluar budget beli majalah bagai kan. Cuma zaman sekarang dari cerita mulut menjadi cerita di skrin. Nak2 lagi zaman sekarang camera semua atas tapak tangan.. Bukan sekadar cerita siap ada bukti bergambar walaupun ada di antaranya kesahihan & kebenarannya di ragui. Almaklum la zaman sekarang banyak pakar IT yang tak perlu pergi universiti pun pandai buat editing gambar sampai nampak real. Blog aku ni salah satu penyumbang kisah2 seram & mistik walaupun kebanyakkan cerita seram dari hasil pembacaan aku kat forum2 online atau blog2. Aku karangkan balik je dengan gaya bahasa aku sendiri. Ada jugak dari penga...