Posts

SALAH FAZURA KALAU LAGU ESTRANGED, HANCUR TAK MASUK FINAL MUZIK MUZIK 31

Image
SALAH FAZURA KALAU LAGU ESTRANGED, HANCUR TAK MASUK FINAL MUZIK MUZIK 31 . Aku tak selalu sangat layan rancangan muzik muzik ni tak kira la tiap2 minggu ke, semi final ke, final ke.. Tapi semalam secara tak sengaja terlayan jugak satu dua persembahan semifinal muzik muzik 31 kat  tv3 ni. Macam saja je nak bagi bahan aku mengkritik kan.. Antara satu dua persembahan tu.. Lagu Kumpulan Estranged duet dengan Fazura bertajuk hancur tu pulak aku tertonton. Sebelum ni aku tak tau lagu tu nyanyian estrange & fauzra. Dok dengar jadi soundtrack drama2 kat tv. Ikut halwa telinga aku ni lagu tu sedap la. Menusuk juga ke lubang telinga seterusnya tertembus ke hati. Vokal vokalis estrange ni sapa pertikai aku cucuk dengan garfu. Sebab memang sedap hingga menjilat jari. Kemantapan vokal dia aku sendiri tabik spring. Tapi yang aku pelik kenapa lagu tu depa pilih fazura sebagai rakan duet. Kenapa??? Adakah mereka sengaja nak menghancurkan lagu tu dengan suara fazura yang kalau menyanyi live m...

RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU

Image
RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU . Memandangkan aku dah banyak membuat pembelian secara online di website ezbuy malaysia ni.. Rasa aku dah layak menulis kekurangan & kelebihan bila membeli belah di ezbuy. Tak di nafikan harga di ezbuy memang buat kita rambang mata.. Dah la murah design2 dia memang la cantik2 terutama pakaian,aksesori, kasut.. Sebab tu je setakat ni aku membeli kat situ. Ditambah lagi memang banyak pilihan. Tapi ada beberapa perkara yang korang mesti tahu yang tak best bila membeli belah di ezbuy. Pengalaman pertama membeli belah kat ezbuy aku pernah tulis harga yang di paparkan bertukar bila kita pilih & nak add to cart (boleh baca kat sini entri berkenaan perkara tu >> Pengalaman Membeli Belah Di Ezbuy, Murah Tapi Meragukan <<)..  Walaupun harga tetiba jadi lebih dari harga di paparkan tapi masih murah. Yang tu maybe kita anggap perkara kecil sebab kita baru select belum buat payment. Ni bukti aku dah banyak membeli ...

MIMPI MALAM JUMAAT

Image
MIMPI MALAM JUMAAT . Pendek pulak tajuk entri hari ni kan.. Jarang2 berlaku di blog lekatlekit ni. Kalau lekatlekit.com ni bukan je entri dia panjang2.. tajuk entri pun kalau boleh nak buat sama panjang dengan entri katanya. Baru la senang orang tak judge cerita dari tajuk je. Kau baca entri terus kat tajuk tu sebab manusia zaman sekarang suka baca tajuk kemudian komen tu yang kena letak tajuk panjang panjang... Entri ni bukan la nak cerita pasal tajuk entri. Sebenarnya nak cerita pasa mimpi. Mimpi malam jumaat pulak tu. Mimpi apa gamaknya. Mimpi basah ke, mimpi kering ke, mimpi sedih ke?? Tak tau nak klasifikasikan mimpi ni kering ke basah ke sedih ke tapi mimpi yang sangat menyentuh hati jugak la. Bukan mimpi akil baligh la.. Orang perempuan dia akil baligh takde mimpi2 ok! Lagipun aku dah lama akil baligh.. dah beranak pun. Jadi takde kena mengena mimpi akil baligh ke hapa.. Mimpi yang buat satu perasaan rindu yang rasa macam sakit sangat. Rindu yang tak mungkin sampai pada y...

MENGENALPASTI WARNA DARAH HAID SAMADA NORMAL ATAU BERMASALAH

Image
MENGENALPASTI WARNA DARAH HAID SAMADA NORMAL ATAU BERMASALAH . Bagi seorang perempuan yang dah akil baligh ni, haid adalah rutin biasa setiap bulan. Tak payah nak buat buat terkejut beruk lagi la tetiba tengok kat underware ada kesan darah kan. Konon2 macam kali pertama pulak datang bulan. Menyampah tau!! Darah haid biasanya berwarna seperti darah biasa iaitu berwarna merah, coklat ataupun keruh. Jika selain dari warna- warna ini, ia bukan darah haid. Kena tahu jika keluar darah yang berwarna hitam mungkin petanda yang tidak baik. Nak2 lagi kalau keluar pada waktu yang bukan waktu biasa anda datang haid. Mungkin ia ada kaitan dengan masalah kesihatan. Ia di kenali sebagai darah istihadah atau darah penyakit. Ada 5 jenis warna darah haid yang biasanya keluar ketika haid.. coklat gelap, merah, merah hati @ cranberry, oren & hitam. Setiap warna ni ada sebabnya kenapa ia keluar dalam warna tersebut.. 1. coklat gelap Ia di sebabkan darah tersebut dah di simpan dalam rahim ...

INI JAWAPAN NASI LEMAK ANAK DARA BILA DI DAKWA NASI LEMAK TAK LENGKAP & BERKUALITI

Image
INI JAWAPAN NASI LEMAK ANAK DARA BILA DI DAKWA NASI LEMAK TAK LENGKAP & BERKUALITI .  Tak habis lagi isu nasi lemak anak dara katanya. Almaklum la nasi lemak anak dara masih 'in trend' katanya. Masih di perkatakan sampai ke dalam ucapan pembentanga bajet 2017 pun perdana menteri sebut sampai terkejut la budak tu. akibat dari terkejut maka jadi berita hangat di akhbar2 tempatan. Bak kata kak Diana Rashid tu baru terkejut.. kalau terkentut tak tau jadi isu hangat negara gamaknya. Orang tengah pemes katanya.. Nak nak lagi masih anak dara.. Lepas dah hilang dara esok, maybe fenomena nasi lemak anak dara pun akan semakin lenyap & senyap la kot. Tadi terbaca kat blog beautifulnara katanya ada seorang individu ni.. konon dah dedahkan nasi lemak anak dara yang sebenar. Tak cukup sifat. Nasi lemak ayam potong 24, timun, kacang telur rebus semua takde. Harga RM3.50. Dari cerita tu kononnya dia tempah untuk majlis bacaan yassin.. dah la nasi lemak tak cukup sifat, di kerah la...

7 PERKARA YANG TIDAK BOLEH BUAT JIKA TERKENA SERANGAN JANTUNG

Image
7 PERKARA YANG TIDAK BOLEH BUAT JIKA TERKENA SERANGAN JANTUNG . Antara punca utama kematian di malaysia adalah serangan jantung.. Satgi ada pulak yang tak paham bila sebut serangan jantung sebab dok biasa dengar heart attack je kan. Almaklum la generasi melayu sekarang ni dah biasa membesar dengan bahasa rojak jadi certain words tu dia tak paham bahasa melayu. Ni bukan menyindir ni memang realiti. Anak aku pun sama.. nak kata first language tu english tak jugak tapi banyak jugak benda sebut bahasa melayu dia tak paham. Ni memang boleh salahkan mak dia.. sebab mengajar bahasa rojak macam tu. Ok.. ok.. cukup cerita pasal bahasa kita sebenarnya nak cakap pasal serangan jantung. Mengikut laporan dari IJN (Institut Jantung Negara) penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu negara. Walaupun dia pembunuh nombor satu negara.. jangan ada yang loyar buruk sangat tanya kenapa dia tak kena hukuman gantung mandatori ke, gantung sampai mati ke atau penjara seumur hidup... Kau jangan nak bergu...

DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA

Image
DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA . Aku jarang nak menulis tentang kawan di blog ni.. Tapi entah kenapa aku terasa ingin menulis tentang seorang kawan yang pernah rapat dengan aku dulu, yang kawan2 kenali sebagai 'dat'. Ismarul shamsidar, atau panggilan kawan kawan pada dia 'dat'.. Aku kenal dia sejak dari tingkatan 1 cuma aku rapat dengan dia semasa di tingkatan 4. Kebetulan waktu tu kami 1 kelas & kami ni antara 'budak nakal' jugak kat sekolah. Biasa la budak sekolah menengah.. zaman tengaha nak explore banyak perkara. Di tambah lagi weekend selalu je lepak kat port yang sama maybe sebab tu jugak kami tetiba rapat. Dat.. memang la nakal tapi sebagai seorang kawan dia memang sangat menyenangkan. Susah nak tengok dia marah. Dia bukan suka buat lawak tapi perangai dia buat orang terhibur. Dia jenis suka bercerita.. tak kira la cerita betul atau cerita dogeng dia ada adakan.. Tapi cerita dia memang sentiasa buat orang terhibur dengar walau k...