BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT . Nampaknya aku memang melekat lekit dengan drama ni sebab penangan Ashraf muslim kembali berlakon. Entah kenapa suka sangat aku tengok ashraf muslim ni berlakon walau tak menjadi watak nakal dia. hehehe... Di tambah lagi drama ni ok la.. Takde la cinta melentok liuk sangat kan. Takde pegang2.. peluk2.. Maybe sebab ashraf muslim heronya. Ashraf muslim antara retis yang tak berlakon adegan2 daring pegang2 & peluk2. Untuk episod ketiga ni.. Sambungan lepas depa pi cari baju pengantin kemudian terserempak dengan kawan lelaki si Iffat yang suka kat Iffat dalam diam tu dengan mak dia. Tiap kali terserempak dengan Raff tu Afeef macam cemburu jer.. Dijadikan kisah selepas depa pi cari barang2 nak kahwin Afeef bawa Iffat pergi dinner. Sebab makanan yang Afeef order terlebih pedas, kebetulan Iffat tak makan pedas so merajuk la si Iffat sampai balik. Sampai kat rumah belum sempat Afeef balik Iffat minta izin kat mak dia...