Posts

PELAJAR UNIVERSITI BOLEH MOHON BIASISWA DARI FAIR & LOVELY

Image
PELAJAR UNIVERSITI BOLEH MOHON BIASISWA DARI FAIR & LOVELY . Wah tak sangka Fair & Lovely bukan saja mengeluarkan produk pencerahan kulit malah ada menyediakan biasiswa kepada pelajar Universiti. Biasiswa ok bukan pinjaman. Kalau biasiswa memang sponsor tak perlu bayar balik. Kalau loan wajib la korang bayar. Aku bekas pelajar U-Turn jer.. Kalau nak sambung belajar ke Universiti pun rasa macam.. krik krik buat masa ni. Walaupun aku dengki dengan mereka2 yang belajar kat Universiti sedangkan aku lepasan kolej cap ayam jer tapi sebagai seorang blogger prihatin & berhemah tinggi katanya.. Aku memang suka share perkara - perkara yang mungkin boleh membantu orang lain. Walaupun kadang2 kita bantu orang.. Orang buat kita jadi buntu.. Takpe itu tidak menghalang aku untuk membuat kebaikkan. hikhikhik Aku ada terbaca satu perkongsian di sebuah blog tentang Fair & Lovely membuka peluang kepada mana2 pelajar Universiti yang memerlukan dana untuk meneruskan pengajian di Un...

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI

Image
RESEPI IKAN KEMBONG MASAK  LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI . Lama kan aku tak bertukar jadi cik minah gebu dapur sekangkang kera ni kan.. Bukan tak memasak kadang2 mood malas nak ambil gambar masakan.. Kadang2 masakan yang dah ada aku share resepi kat blog takkan nak tulis 2 kali resepi yang sama kan.. Nak2 lagi sekarang sibuk dengan In Law sakit bagai.. Cuma minggu ni rehat sekejab dua tiga hari dari berulang alik ke hospital cuma kirim makan kat suami je hantar kat Mak mertua. Hari ni sebab nampak ada santan & serai dalam peti ais.. Ada ikan kembong. Kalau tak masak ikan & santan tu rosak kan.. Nak masak kari macam tekak tak rasa nak makan jer.. Jadi marilah kita melemak cili apikan dia.. Sebab malas nak kekedai.. so bahan bahan yang aku guna apa yang ada dalam rumah jer.. Antara bahan bahannya adalah.. Ikan Kembong Santan Bawang Besar Bawang Putih Halia Serai Asam keping Cili Padi Kunyit hidup (kalau tak ada guna kunyit serbuk) Cara nak ...

SEBAGAI SEORANG BLOGGER INI PERKARA PALING SERBA SALAH NAK TULIS

Image
SEBAGAI SEORANG BLOGGER INI PERKARA PALING SERBA SALAH NAK TULIS . Nak tulis benda ni sebenarnya aku fikir juga perasaan orang lain cuma aku rasa aku perlu menulis untuk mewakili orang lain yang mungkin sedang atau pernah berdepan dengan situasi aku ni. Yelah.. bila berada dalam situasi ni.. Kita seolah2 berada dalam keadaan macam kata pepatah melayu.. 'Diluah mati mak.. Di telan mati bapak'. Tu pepatah melayu lama.. Kalau pepatah aku.. 'Kalau tak luah aku yang sakit.. Kalau luah orang lain terasa sakitnya'. Dah la aku ni jenis kurang skill membelai.. kecuali anak aku la. Aku memang kurang skill nak buat cerita2 sedih nak meraih simpati orang.. Perangai aku jenis kalau aku rasa orang melanggar privacy atau hak aku.. Memang aku akan berkata kata dalam bahasa 'tegas' yang selalu orang akan label aku sebagai 'Mulut Jahat', 'Kejam'.. bla.. bla.. yang negatif. Padahal.. orang yang sepatutnya rasa bersalah terus react macam dia berada di tempat orang2 ...

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT

Image
PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT . Sebagai blogger kena la adil. Kita tak boleh post untuk sebelah pihak.. Kena post untuk kedua dua belah pihak katanya. Semua rasanya sedia maklum kan dua hari ni hangat di perkatakan tentang local produk yang tengah popular ni. Walau tak di mention oleh bekas pengguna tapi sebab mungkin ramai yang mengalami perkara yang sama bila berhenti atau skip menggunakan produk tu untuk tempoh lebih kurang seminggu maka ramai yang dapat meneka produk apa. Jadi di sebabkan benda tu dah jadi viral serata alam maya.. Maka pengasas produk tu tampil memberi penjelasan di laman facebook beliau. Menurut Puan Nurhayati Hashima pengasas produk Tati Skincare.. dia kata ia salah satu konspirasi untuk menjatuhkan perniagaan beliau. Bab2 konspirasi ni aku tak mau buat spekulasi apa apa la.. Sebab benda tu kena ada siasatan dalaman. Yang aku tau bekas pengguna produk ni tidak membayar aku menulis tentang...

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI

Image
KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI . Sekarang tengah hot pasal isu local produk yang katanya ada mercury & chemical yang banyak sehingga menyebabkan ada di antara pengguna produk ni mengalami masalah kulit wajah yang serius.. Bukan setakat berjerawat.. siap jerawat bernanah lagi. Selain katanya menyebabkan jerawat selepas stop pakai produk tu lepas seminggu.. ada juga yang kata kulit timbul bintik2 putih di muka..Tak tau adakah betul produk ni banyak mercury & chemical kena tunggu penjelasan dari pengasas produk tu la. Nak tahu jugak kat mana dia buat ujikaji produk dia. kalau dia kata produk dia selamat bebas chemical & mercury kan. Mesti kena ada satu pihak yang mengesahkan tentang tu.. So tunggu je sebab benda ni pun mula jadi viral. Bila baca ramai yang terkesan pada local produk tu.. Ada yang tengah guna & nak stop tapi takut menerima kesan yang sama.. Jadi kat sini aku nak share satu produk berasaskan baha...

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID

Image
AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID . Satu benda yang aku memang tak boleh hadam kalau ada manusia yang buat adalah perkara - perkara macam ni. Tak kira la kau bukan muslim.. bangsa apa sekalipun. Darah haid tu kotor & kadang2 ada bau hanyir bagi sesetengah orang. Kita pun takkan simpan bekas darah haid apatah lagi nak gunakan dia sebagai pewarna untuk menghasilkan satu seni kemudian di simpan sebagai kenang kenangan. Bukan tu je siap tayang kat satu dunia. Bagi aku darah haid pun satu aib jugak. Memang tak lah nak tayang2 kat orang. Orang barat tak tau la.. Depa terlebih open sampai telanjang bulat pun depa rasa biasa kan. Darah haid ni pun salah satu makanan jin jugak ok. Sebab tu wanita yang sudah akil baligh kalau ikut cara orang Islam memang sebelum buang tuala wanita yang ada kesan darah haid kita perlu mencuci dulu kesan tu. Tak boleh main buang terus je. Takut berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Dengan kesan darah haid ni pun or...

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

Image
INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE . Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni. Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan ...