Posts

KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN

Image
KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN . Dok cerita pasal skincare ja kan.. Tup tup sampai surat cinta kat rumah. Tu dia.. ketaq lutut sampai terkencing baca surat cinta tu.. Makan tak lalu, tidoq tak lena katanya. Tapi sempat la mimpi kena ligan dengan zombie dalam tak lena tu.. Sebelum tidoq sempat masak & makan jugak siakap 2 rasa dalam tak lalu makan katanya.. So, sebab hati tak berapa tenteram ni kita cerita pasal isu mak andam, pengantin & makeup pulak la kan.. Pasal skincare tu.. Kita tunggu masa yang sesuai untuk cerita na.. hehehehe Tadi terbaca kisah seorang pengantin perempuan yang duka nestapa selepas makeup dia cair macam hati dia cair tengok suami dia yang ensem kat sebelah katanya.. Hati cair takpe sedap je rasanya.. Makeup cair masa tengah bersanding kau bayangkan la tijah.. betapa luluh jiwa & raga si pengantin tu. Dah la makeup bukan free. Upah MUA kena bayar. tetiba cair makeup sampai bercapuk la foundation kat muka. Time tu kalau...

WALAU MASIH 'SPEECH DELAY' TAPI DAH LANCAR MEMBACA SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL HOMEWORK BLEND

Image
WALAU MASIH 'SPEECH DELAY' TAPI DAH LANCAR MEMBACA SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL HOMEWORK BLEND . Lama tak share perkembangan anak aku yang masih speech delay & masih lagi ada isu ADD (Attention Deficit Disorder).. Tapi Alhamdulillah semakin hari semakin menunjukkan progress yang positif. Tapi dia tak improve secara semulajadi tanpa buat apa - apa ok! Semua tu berkait rapat dengan macam mana usaha mak bapak dia membantu. Benda boleh di pulihkan... Sayang la kita biar macam tu. Sebab masalah macam anak aku ni memang perlukan terapi, latihan, peransang & didikkan untuk masalah yang dia hadapi tu semakin berkurangan & hilang. Selain terapi semua tu.. Rasanya ramai orang tahu aku sekarang consistent dengan produk young living essential oil tapi aku guna yang blend je bukan single oil (pure oil) sebab bajet tak berapa nak lebih lagi. Insya Allah ada rezeki.. Aku memang nak try yang pure oil tu.. Mesti kesan dia lagi bombastic mr loba loba kan.. Sebab guna yang blend...

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK

Image
CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK . Mesti ramai yang semakin fobia nak guna produk bila semakin banyak produk dari krim timbang kilo di jual dengan jenama2 tempatan berleluasa. Siap ada yang cop KKM bagai.. Packaging pun kemain lawa tak nampak macam produk low class. Tapi di sebalik keindahan packaging & label dia.. Rupanya dia adalah produk krim timbang kilo je yang boleh beli secara borong. Dengan modal 2 - 3 ribu dah boleh jadi pengasas produk. Seram kan? Kalau kita antara mangsa penipuan orang2 macam ni.. mesti fobia juga dengan produk skincare ni. Maka orang pun mula la nak cari cara atau petua nak merawat masalah kulit terutama muka la kan.. dengan kaedah alami atau semulajadi dengan menggunakan bahan dari tumbuhan atau herba. Salah satu masalah manusia ni.. Masalah parut jerawat. Kalau parut jerawat yang jenis hitam tu.. senang la hilang sebab dia cuma macam atas kulit tapi kalau yang jenis berlubang.. Tak mudah ok malah ada yang sampai mati pu...

ADIK KAU ARTIS TERKENAL, KENAPA MESTI KAU MERAIH SIMPATI DENGAN BLOGGER MACAM AKU?

Image
ADIK KAU ARTIS TERKENAL, KENAPA MESTI KAU MERAIH SIMPATI DENGAN BLOGGER MACAM AKU? Kepantangan aku adalah bila orang menipu & ambil kesempatan atas kebaikkan aku. Dah la aku ni bukan jenis baik sangat.. Kau bagi pulak point aku nak melantang katanya.. Bertambah tambah orang pandang aku buruk perangai. Biarlah orang pandang aku buruk perangai at least aku tak ambil kesempatan pada orang lain semata mata kerana nak senang cara mudah... Memang aku tak puas hati sebab benda ni pernah melibatkan aku.. Atas dasar simpati & perikemanusian aku tolong. Bukan tu jer siap ajak blogger lain ramai2 tolong sipolan ni. Sedih dengar cerita dia sakit, terkontang kanting bela anak sorang2 dalam keadaan dia yang uzur tu. Demi mencari sesuap nasi dia berniaga la secara online.. Dia pun ada blog yang di buat oleh seorang blogger yang bersimpati dengan dia. Dia ada connection dengan ramai blogger.. Aku salah sorang blogger yang pernah terlibat untuk bantu dia sebab kesian dia susah katanya.....

WANITA YANG PERNAH VIRAL KULIT ROSAK TERUK AKIBAT GUNA LOCAL PRODUK, INILAH WAJAH TERKINI BELIAU YANG MENGEJUTKAN

Image
WANITA YANG PERNAH VIRAL KULIT ROSAK TERUK AKIBAT GUNA LOCAL PRODUK, INILAH WAJAH TERKINI BELIAU YANG MENGEJUTKAN . Masihkah kau ingat dengan seorang wanita yang pernah jadi viral bila dia mendedahkan bahaya menggunakan satu jenama local produk sehingga kulit dia rosak teruk. Takkan tak ingat kot.. Gempar seantero alam maya gitu. Produk yang pernah dia guna pun sekarang KKM dah sahkan tidak selamat kerana mengandungi racun berjadual. Inilah rupa wanita tersebut selepas guna local produk yang di sahkan KKM mempunyai racun berjadual. Ni rupa yang dulu... Yang sekarang teruskan membaca nanti hangpa boleh tengok Maka semua orang pun dah tahu produk tu memang bahaya bukan sebab fake ke original. Malas nak mention kat entri ni satgi orang kata aku ni suka menyibuk hal produk orang secara berlebihan pulak kan? Tapi ada jugak pengedar dia yang tak boleh terima hakikat tetap salahkan KKM katanya buat ujikaji keatas produk tiruan. Biaq pi la depa tak mau terima hakikat.. kita yang dah ter...

SCROLL NEWS FEED FACEBOOK SALAH SATU RAHSIA CEMERLANG DALAM PELAJARAN

Image
SCROLL NEWS FEED FACEBOOK SALAH SATU RAHSIA CEMERLANG DALAM PELAJARAN . Zaman dah berubah maka tip & petua juga turut mengalami perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Sebab tu banyak perkara kita dah tak boleh guna pakai dalam mendidik anak anak zaman sekarang. Zaman dah berubah jadi cara didikkan pun kena upgrade juga supaya anak anak kita tak ketinggalan dengan teknologi yang berkembang pesat atau tertekan sebab terkongkong dengan cara didikkan yang tidak seiring dengan zaman dia. Tu dia.. tetiba lekatlekit jadi pakar motivasi pulak kan.. hehehehe Facebook adalah salah satu trend zaman sekarang. Sekarang ni mak bapak lahir je anak terus buka account IG la.. Fb la kan.. berbanding dulu paling2 bukan account bank je untuk anak anak. Katanya nak simpan moment2 penting dalam proses membesar seorang anak tu. Almaklum la zaman sekarang orang banyak simpan gambar dalam Album kat media sosial dari Album gambar sebab tu Album gambar pun tak berapa laku dah.. Kedai gambar la...

SANTAI MACAM RUMAH SENDIRI DI HOMESTAY GERIK PURNAMA ANNUR

Image
SANTAI MACAM RUMAH SENDIRI DI HOMESTAY GERIK PURNAMA ANNUR . Salah satu tempat yang masih boleh nampak keindahan semulajadi adalah Gerik, Perak. So kalau rasa dah bosan mengadap hutan batu.. Nak hadap pepohon hijau, keindahan flora & fauna, menikmati suasana alam semuajadi, nak mandi kolam air panas, meredah hutan & sungai, mandi air terjun atau nak hiking bagai.. Gerik,Perak adalah lokasi pilihan paling terbaik. Bila nak buat aktiviti macam di sebut tadi kalau yang datang dari jauh mesti la ada tempat penginapan yang paling hampir dengan lokasi untuk kita beraktiviti kan? Hotel dah boring sangat.. Tapi kalau pergi ke tempat - tempat macam ni dalam kumpulan yang ramai atau berkeluarga orang kata homestay la paling berbaloi. Sebab homestay konsepnya macam rumah.. ada bilik, ada ruang tamu, ada dapur boleh memasak & siap dengan kelengkapan asas sebuah rumah kan? Jadi yang bekeluarga ni kalau hotel tu rasa macam kurang selesa nak2 lagi 1 keluarga yang besar. Jadi kalau na...