Posts

TAK MELEKIT TAPI MELEKAT (ADNI HANNAH LIP MATTE LIP CREAM)

Image
TAK MELEKIT TAPI MELEKAT ( ADNI HANNAH  LIP MATTE LIP CREAM) . Tu dia.. menatang apa pulak tak melekit tapi melekat.. Kelucahan apakah ini?? Kau jangan lekatlekit kau nak kena ban ke dok melucah tak ketahuan hala kat blog ni. Pejadahnya dok melucah pulak.. Asal sebut melekat lekit je semua dok bayang benda lucah.. Ni rasa nak merajuk sampai tutup blog ni. Tak baik tau buruk sangka kat kami. Kami tak melucah apatah lagi meludah. Kami nak cerita pasai lipsetik bak kata Manisah watak dalam drama Mak Cun tu. Almaklum orang pompuan katanya.. Lipsetik (lipstik) dengan bibir depa tak dapat di pisahkan. Tak dak lipsetik kat bibir depa hilang seri wanita gitu hehehe. Harus calit calit juga lipsetik katanya. Macam macam jenis pewarna bibir kat pasaran.. Ada orang suka pakai lipgloss supaya bibir depa nampak lembab, lembut & segar & ada orang tak suka jenis glossy ni sebab depa kata tak selesa rasa basah & rasa melekit. Depa suka jenis matte juga nampak kering, me...

CARA ORANG DULU MENEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN

Image
CARA ORANG DULU MENEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN . Zaman dulu zaman yang tak ada scan scan baby dalam perut. Semua guna cara tradisional untuk memantau perkembangan bayi dalam kandungan. Biasa la orang dulu dulu ni.. dia punya pengamatan memang tinggi. Kadang kadang buat tekaan depa tu jadi betul selalu walau benda tu sebenarnya kebetulan. Tapi syok juga kan dok dengar firasat orang orang tua ni.. Cuma apa yang merepek & sampai menjerumus kepada khurafat & syirik tu jangan la kita ambil sebagai kepercayaan. Salah satu benda yang selalu orang tua tua suka sangat buat meneka jantina bayi dalam kandungan.. majoriti mereka yang berpengalaman ni teka memang betul ok! Nak tau macam mana orang dulu dulu meneka jantina bayi dalam kandungan.. Depa akan tengok keadaan perut si ibu, contohnya.. Bentuk perut 1. Kalau perut tu agak tajam bentuknya, iatu agak meruncing kedepan selalunya di katakan anak lelaki. 2. Kalau perut tu berbentuk bulat & bundar.. seakan akan melebar...

INILAH BUKTI LIPSTIK PEMBAWA BANYAK MASALAH KEPADA KAUM WANITA

Image
INILAH BUKTI LIPSTIK PEMBAWA BANYAK MASALAH KEPADA KAUM WANITA . Orang perempuan dengan lipstik umpama aur dengan tebing.. Tapi ada juga perempuan tak suka lipstik cuma kebanyakkan perempuan memang suka berlipstik. Dari zaman moyang kita dulu pun memang lipstik menjadi perhiasan di bibir orang perempuan ni. Perempuan ni memang spesis yang nak perfect sebab tu jadi complicated. Pasal lipstik pun kadang2 boleh jadi macam masalah negara yang di landa fenomena GST & Harga minyak naik. Jangan terkejut kadang2 pasal lipstik pun boleh buat orang perempuan ni jadi kemurungan. Nak2 lagi kalau tak perasan lipstik lekat kat gigi masa keluar dating. Seminggu dia off enpon & menangis bawah bantal. Hahahaha Tu antara masalah yang di bawa oleh lipstik kepada kaum perempuan ni. Sebenarnya banyak lagi masalah yang di sebabkan lipstik kepada kaum perempuan.. Hangpa boleh baca kat sini satgi >> Inilah Masalah yang di bawa oleh Lipstik kepada kaum Perempuan. Punya struggle terutama ya...

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK

Image
AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK . Ramai mak mak zaman sekarang suka make over muka anak anak perempuan mereka menggunakan alat kosmetik (makeup) orang dewasa. Nampak comel je.. sekujur tubuh kecil di makeup seperti seorang dewasa kan.. Anak perempuan memang suka la kalau boleh dapat look macam mak dia.. Almaklum la, mak kan idola anak anak. Anak saya pun sama jugak.. Naluri kegadisan tu tetap ada walau baru 6 tahun. Nak berlipstik eyeshadow bagai tapi saya memang tak dedahkan sangat dia dengan kosmetik orang dewasa sebab saya tak nak bagi kesan jangka panjang nanti. Kulit dia terlalu muda untuk di tenyeh & tonyoh dengan kosmetik ni. Even compact powder pun saya tak suka pakaikan untuk anak saya. Biarlah kulit dia cukup matang bersama usia untuk dia cuba benda benda macam tu. Apa yang saya baca..  Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit kulit kerana kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif akan lebih ter...

MASAK SEPANTAS KILAT DENGAN PASTE D'CHEF

Image
MASAK SEPANTAS KILAT DENGAN PASTE D'CHEF . Gaya hidup masa sekarang ni memang 24 jam macam tak cukup. Kalau boleh manusia zaman sekarang nak 1 hari 28 jam baru cukup depa nak siapkan semua tuntutan duniawi katanya. Nak - nak lagi masa sekarang memang terasa lajunya. Tup tup dah sampai nak ke penghujung tahun padahal perancangan yang awal tahun pun tak terlaksana lagi. Macam tu juga rutin hidup seorang wanita,isteri & ibu.. Lebih lebih lagi yang bekerjaya ni. Awal pagi sebelum subuh dah bangun siapkan keperluan anak anak & suami. Ada tu yang mengamalkan makan masakan dari rumah memang pepagi tu kelam kabut la sikit. Mana nak siapkan anak anak, nak masak, nak siap diri sendiri pergi kerja. Mana nak blend bahan masak bagai. Ya Allah.. dengar pun rasa semput kan. Boleh bayangkan macam mana terkejar kejarnya wanita bekerjaya dengan rutin harian mereka start dari awal pagi hingga tengah malam. Sebab tu la bagi memudahkan kaum wanita di Malaysia ni.. Nak menjimat masa ...

YER SAYA TAK ADA DUIT, BERHENTI HINA SAYA

Image
YER SAYA TAK ADA DUIT, BERHENTI HINA SAYA . Sebelum ni tak pernah rasa sesusah ni sebab bagi saya, saya masih cukup segalanya walau saya tak dapat segalanya. Cukup la.. setiap bulan saya boleh membeli keperluan saya & anak.. Boleh keluar beridah dengan keluarga tapi sekali Allah uji.. Menuntut saya untuk bekerja lebih keras bagi menampung kos guaman akibat dari saman sivil yang di kenakan ke atas saya, Ya Allah terasa begitu susahnya hidup saya sekarang. Mereka yang tahu saya tiada kemampuan dari segi menyediakan kos yang besar seolah olah memandang hina pada saya. Tapi saya tetap pilih fokus pada masalah bukan pada mereka yang memberi masalah atau nak menambah masalah. Sekarang saya bekerja walau berkaitan dengan penulisan tapi lebih extra dari biasa. Saya buat dropship untuk servis viral, saya mengambil upah menulis di blog lain, menulis artikel untuk blogger lain, menulis review di blog saya sendiri. Sebab itulah skill yang saya ada setakat ni.. Saya cuba buat dropship jual...

LUAHAN HATI ARTIS VETERAN, BERTAHUN MOHON RUMAH PPR TAK DAPAT

Image
LUAHAN HATI ARTIS VETERAN, BERTAHUN MOHON RUMAH PPR TAK DAPAT . Kita membayangkan kehidupan seorang artis ni tak kaya pun hidup senang lenang la. Sekali dapat job berlakon, berpuluh ribu income tapi bukan semua artis hidup senang dengan kerjaya sebagai penghibur ni. Nak nak lagi artis lama.. Zaman kegemilangan mereka masa muda dulu bayaran berlakon tidak setinggi pelakon sekarang. Di sebabkan tu kadang2 mereka tak mampu membeli aset macam rumah.. Terbaca luahan hati seorang pelakon veteran yang masih aktif berlakon sampai sekarang iatu Mama Norlia Ghani.. Katanya bertahun tahun mohon rumah PPR tapi tak dapat dapat. Pelik juga dia ada yang memiliki rumah tapi mohon PPR dapat pulak. Lepas tu sewakan.. Yer isu tu bukan isu baru. Ramai yang mohon rumah PPR untuk di jadikan rumah sewa. Tak rasa bersalah ke ambil hak orang miskin untuk meraih keuntungan macam tu. Malu la sikit.. Biar miskin harta jangan miskin maruah diri. Tak malu sesama manusia, malu la dengan Tuhan beb! Kau tak ...