Posts

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

Image
WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK' . Istilah produk di campurpalsu memang popular di gunakan oleh segelintir pengeluar produk bila Pihak KKM mengesahkan ada bahan terlarang dalam produk mereka. Kita dengar campurpalsu terus percaya.. 'Betul la wei produk dia kena ciplak. hat KKM kutip buat lab test tu produk tiruan. Kesian depa kena fitnah!'. Terus rasa berdosa sebab rasa dah buat dosa menfitnah katanya. Sebenarnya ramai yang tak faham apa yang di maksudkan dengan produk campurpalsu ni. Tak semestinya dengar kata palsu mesti fake produk. Sebab tu penting bila ada kontroversi tentang sesuatu produk yang hangpa guna atau tak guna.. Nak penjelasan lanjut direct merujuk kepada KKM. Tak payah percaya bulat bulat apa yang pengedar produk sampaikan. Bukan kata depa menipu tapi kadang2 depa sendiri pun tak bagitau apa yang sebenarnya sebab nak jaga 'rice cooker' masing masing kan. Kita sebagai pengguna la kena bijak sebab ia berkaitan dengan keselam...

NAK BULU ANDA TUMBUH PANJANG, TEBAL & LEBAT GUNA AURORA OIL 4 IN 1

Image
NAK BULU ANDA TUMBUH PANJANG, TEBAL & LEBAT GUNA AURORA OIL 4 IN 1 . Ada ke manusia suka dirinya berbulu lebat.. Satgi orang tak kenal pulak manusia ke orang Utan kalau dah lebat sangat bulunya.. Tapi tak tau la kan zaman sekarang ni manusia sanggup berhabis duit semata mata nak kelihatan macam haiwan. Aipp... ni bukan tuduhan tak berasas cuma kat Malaysia ni je tak nampak lagi ada yang sanggup ubah sifat manusia menjadi macam haiwan. Luar negara dah ada. Sanggup buat pembedahan untuk dapat rupa macam haiwan yang depa suka. Tapi ada bulu yang orang suka lebat, panjang & tebal.. Katanya untuk nampak lebih cantik, segak & bergaya.. Tapi bukan la bulu ketiak yer. Sapa yang suka simpan bulu ketiak sampai jadi belantara tu memang tak senonoh ok terutama perempuan la.. Tapi bulu lain selain bulu ketiak, bulu ehem.. hem.. & Bulu roma.. Orang suka lebat, panjang & tebal. Sapa pandai teka bulu apa? Ok.. ok.. sebab tak dengar apa hangpa jawab maka kami jawab sendiri la...

BILA KENA SAMAN.. PALING BASIC KENA TAHU APA ITU WRIT, AFFIDAVIT & INJUKSI

Image
BILA KENA SAMAN.. PALING BASIC KENA TAHU APA ITU WRIT, AFFIDAVIT & INJUKSI . Bukan la nak cerita pasal saman 24jam sehari, 7 hari seminggu tapi di sebabkan saman ni la banyak perkara saya belajar termasuk la istilah istilah mahkamah yang sebelum ni memang saya tak pernah tahu atau ambil tahu. Yelah.. tak pernah terlibat dengan kes mahkamah katanya.. Dia punya tak ambil kisah memang tahap.. ' Ada ku kesah??'. Tapi bila dah diri sendiri terlibat kena 'kesah' jugak la. Lumrah blogger memang semua benda nak share kan.. Almaklum la blogger ni kan menulis untuk info masyarakat. Zaman sekarang bukan orang rajin dah nak baca buku, surat khabar. Ramai merujuk melalui blog.. Walaupun blog ni 'Rojak' sangat tapi banyak juga tau informasi & pendedahan yang cheq tulis untuk orang awam. Apa ingat lekatlekit reti mencerca orang je ke? Ramai yang tak tahu.. Bila seseorang tu terlibat dalam kes mahkamah antara Istilah yang akan kita dengar Writ, Affidavit & In...

PUSAT TAHFIZ JALAN KERAMAT UJUNG TERBAKAR, 20 ORANG TERKORBAN

Image
PUSAT TAHFIZ JALAN KERAMAT UJUNG TERBAKAR, 20 ORANG TERKORBAN . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang terbakar pagi tadi.. Saya tahu pasal ni bila tengok berita kat TV. 20 Orang terkorban, 20 lagi cedera & 3 dalam keadaan kritikal. Semoga keluarga mangsa yang terkorban & tercedera tabah menghadapi ujian Allah yang maha hebat. Moga yang terkorban di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. Punca kebakaran masih belum di kenalpasti mungkin masih dalam siasatan. Apapun punca kita doakan yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka. Bila dengar berita berita macam ni memang sayu sangat.. Membayang mangsa mangsa yang terkorban demi menuntut ilmu Allah. Moga pemergian mereka dalam keadaan Husnul Khotimah & mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda sebagai bekala ke syurga nanti. Jom sama sama kita sedeka...

WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA

Image
WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA . Sebagai manusia sebenarnya kita semua peminta sedekah.. Sekaya manapun kita tetap kena meminta minta.. Tak minta sesama makhluk,kita minta pada Tuhan.. Sebab manusia ni cuma perantaraan sahaja. Yang memberi tetap Dia Yang Satu. Jadi jangan berlagak sangat la.. dengan harta kekayaan yang kita ada. Tunjuk sedekah sana sini sebab nak dapat nama.. Sebab apa yang kita miliki hari ini adalah hak Allah. Kita ni cuma perantaraan jer.. Samada kita di pemberi atau penerima. Kalau sebut sedekah semua akan terfikir 'Duit' je kan? Padahal sedekah tu luas.. Senyuman pun satu sedekah yang dapat pahala walau tak perlu bayar. Sampai tanam pokok untuk di beri makan makhluk lain seperti burung pun di anggap sedekah. Macam macam cara hangpa nak buat sedekah.. Kalau tak tau nak sedekah apa atau sedekah kat sapa.. Meh la tolong sedekahkan kat kami doa semoga Allah permudahkan urusan kes saman sivil yang di kenakan pada saya. Sedekah ni bukan saja pe...

PERHATIAN! YANG ADA ANAK KECIL ANDA PERLU TAHU TENTANG TASNEEM NATUREL BALM NI

Image
PERHATIAN! YANG ADA ANAK KECIL ANDA PERLU TAHU TENTANG TASNEEM NATUREL BALM NI . Bila ada anak kecik kat rumah ni.. Kadang2 sebagai seorang mak kita kena jadi nurse jugak. Bukan kadang kadang memang auto akan jadi nurse bila memerlukan.. Rumah kita pun kadang - kadang boleh jadi mini farmasi dengan macam macam jenis ubat. Yelah.. tetiba anak sakit tengah tengah malam buta nak bagi rawatan awal sebelum ke klinik atau hospital.. Sekurang kurangnya ada la juga ubat ubatan kan.. Sebab tu mana mana bakal mummy tak kira la kali pertama ke, kali kedua atau kali ke sepuluh sekalipun kena stanby 2 jenis balm ni. Kalau dah terberanak nanti tak payah anak meragam atau sakit baru terhegeh hegeh nak cari ubat katanya. So kita terhegeh hegeh dari awal takde la kelam kabut sangat. Lagipun balm bukan nak basi pun beli awal awal.. Expired date dia pun panjang. Cough & Flu Balm Balm ni memang saya sendiri guna untuk anak saya terutama Cough & Flu Balm... Op lupa nak habaq kat hangpa....

JANGAN BAGI JAJAN MASA MAJLIS HARI JADI ANAK KAT SEKOLAH TAPI BAGI BISKUT SIMPLE STICK

Image
JANGAN BAGI JAJAN MASA MAJLIS HARI JADI ANAK KAT SEKOLAH TAPI BAGI BISKUT SIMPLE STICK . Antara isu yang serius juga la di bincangkan oleh segelintir ibu bapa yang memang tak ajar anak anak depa makan makanan ringan @ jajan dari kecik. Tapi bila masuk tadika tetiba orang lain pulak dedahkan anak anak depa dengan makanan ni. Mana tak hanginnya... Nak ajar anak untuk elak makan jajan bukan mudah.. Almaklum la jajan. Mak bapak dia dulu pun membesar dengan penuh jajan dalam perut katanya.. Tapi masa tu jahiliah lagi kan. Bila mak bapak semakin educated depa mula cuba ajar anak anak depa untuk ambil makanan berkhasiat supaya perkembangan mental & fizikal berkembang dengan baik. Dalam soal ni bukan nak sebelahkan sesapa.. Tapi aku rasa pihak pengurusan tadika/taska/nursery kena buat satu garis panduan bagi menghormati ibu bapa yang tak nak anak mereka di dedahkan dengan makanan ringan yang tak berkhasiat. Rasa perlu ada larangan sambutan hari jadi yang di sediakan ibu ...