Posts

TAK SANGKA BOLEH BUAT SMOOTHIE DENGAN KOPI DELIMA KURMA DR AZIMUTH

Image
TAK SANGKA BOLEH BUAT SMOOTHIE DENGAN  KOPI DELIMA KURMA DR AZIMUTH . Bila sebut smoothie ni terbayang warna warni minuman kesihatan dalam gelas. Bukan sahaja permandangan dia nampak indah malah rasa dia pun sedap dengan campuran buah buahan. Minuman smoothie ni selalunya orang yang sedang berdiet la ambil. Tapi tak semestinya kita yang tak berniat nak diet tak boleh minum pulak kan.. Tak jadi satu dosa pun sebab minuman ni selain sedap banyak khasiat. Kang ada yang salah faham pulak hehehehe Sebab saya ada stok kopi delima kurma Dr Azimuth ni saja la google selain minum macam tu jer apa lagi boleh di buat. Bosan sangat buat minuman panas biasa. Almaklum la nak cari kelainan rasa katanya. Asal minum kopi kesihatan ni. Tuang serbuk kopi & air panas kacau & minum. So boring ok! I nak sesuatu yang ber variasi katanya hahahaha. Terjumpa kat page Dr Azimuth resepi buat smoothie pulak. Tak sangka dengan kopi macam ni pun boleh buat smoothie yer. Almaklum la..  Tengok ...

MITOS TENTANG AIR MANI YANG DI SEBARKAN OLEH PENJUAL PRODUK JAMU

Image
MITOS TENTANG AIR MANI YANG DI SEBARKAN OLEH PENJUAL PRODUK JAMU . Nak tuduh semua orang melayu pencipta mitos paling terbesar pun rasa bersalah pulak.. sebab den pun orang melayu tapi memang segelintir orang melayu suka buat mitos & spekulasi sendiri.. Lebih - lebih lagi mereka yang jual produk la. Semua main ikut hukum akal sendiri je walau ilmu tu paras buku lali pun tak sampai. Kadang2 penjual produk ni berdasarkan pengalaman jer.. bukan ada pendidikan secara formal pun pasal perubatan ni.  Tup tup jual produk lagaknya mengalahkan doktor. Satgi ada pulak yang kata.. Orang dulu dulu pun tak belajar medical. Ok je buat jamu. Hidup je sampai tua. Mati pun sebab sakit tua bukan sakit di sebabkan jamu depa buat. Jamu orang dulu2 kebanyakkan semua homemade bukan dari kilang. Tu beza jamu dulu dengan produk jamu yang dah packing cecantik. Memang 100% bahan semulajadi yang belum tercemar. Kalau nak banding jamu2 kilang atau jamu buatan orang sekarang ni.. Bukan kata semua yang ca...

BERANI GILA SELLER CUCUK DRIP PRODUK PEMUTIHAN SENDIRI KAT RUMAH

Image
BERANI GILA SELLER CUCUK DRIP PRODUK PEMUTIHAN SENDIRI KAT RUMAH . Zaman sekarang ramai pengedar produk kecantikkan secara auto macam pakar yang ada pengetahuan dalam bidang perubatan. Memang kagum tak payah belajar tinggi - tinggi pun dah berani suntik2 badan orang dengan ntah hapa hapa supplement & produk kecantikkan. Tanpa was was pulak tu. Tadi terbaca posting dari satu group seorang gadis muda yang share gambar dia tengah Drip produk pemutihan yang dia jual kat rumah. KAT RUMAH OK! Hangpa tau ka drip tu macam mana... cucuk jarum kat saluran darah. Yang cucuk kat urat tu la. paham ke tidak hangpa ni?? Kalau yang pernah masuk wad maybe tahu la. Sakit woo.. Saya pernah sekali kena drip tu masa bersalin tapi sebab masa tu sakit bersalin tu lebih menguasai segala sakit yang lain tak berapa terasa sangat la sakit kena suntik jarum drip tu kat tangan. Memang urut dada sampai leper juga la dengan keberanian seller2 produk zaman sekarang. Yang tempek2 kat atas kulit pun banyak d...

JOM CHECK AIR KENCING ANDA WARNA APA?

Image
JOM CHECK AIR KENCING ANDA WARNA APA? Tu dia hari ni nak cerita pasal air kencing pulak. Tapi bukan nak cerita kena 'kencing' ke hapa.. Nak kupas kupis isu warna air kencing. Air kencing pun boleh jadi topik yer.. Apa ingat air kencing tu tak membawa apa2 kepentingan dalam hidup ke? Setiap apa yang Allah jadikan itu tiada satu pun yang sia sia & pasti ada seba musababnya. Hari ni hangpa dah kencing ke belum? Ni bukan kencing kawan ke sapa.. Maksudnya membuang air kecil yer... Kalau ada yang cakap belum confirm dia masih mengeram atas tilam tak bangun bangun lagi. Kencing pertama saya hari ni subuh tadi lagi. See i bangun awal ok.. cuma lepas solat subuh sambung tidur balik. Almaklum weekend je boleh buat macam tu. Weekday jangan harap la boleh. Besa la rutin mak mak katanya hahahhaa. Yang mana dah kencing tu hari ni kencing hangpa warna apa? Jangan ada yang jawab warna pelangi.. Tu tanda tanda nak pulang kerahmatullah hahahaha. Ok ok.. malas nak dengar jawapa...

MANGSA PRODUK JAMU KETAT 'INSERT DALAM TUT' MENDERITA SEBAB LUBANG TERTUTUP

Image
MANGSA PRODUK JAMU KETAT 'INSERT DALAM TUT' MENDERITA SEBAB  LUBANG TERTUTUP . Minggu ni gamaknya minggu menulis berbagai pendedahan untuk masyarakat je kan.. Takpe la itu je yang dok datang sebagai sumber untuk menulis. Lagipun isu ni bagi saya memang patut di dedahkan. Kenapa perlu takut? Kita nak bagi kesedaran & menyelamatkan orang lain.. Takkan salah kot kan? Pasal tajuk tu.. Bukan la nak melucah ke hapa.. Tapi itulah gambaran dari apa yang bakal di dedahkan. Biar hangpa seriau sikit. Kalau dak tak serik serik sumbat dalam tut hangpa tu benda bukan bukan. Apa hangpa ingat tut hangpa tu gobok ka hapa. hehehe Gambar sekadar hiasan Di pendekkan mukadimah sebab satgi cerita dia confirm panjang.. Saya terbaca satu posting berbentuk pendedahan yang di share kat media sosial oleh seorang wanita pengalaman dia guna jamu 'insert' ni. Sila baca yer.. panjang lebar kami taip balik bukan copy paste ok.. Kisahnya cik akak sorang ni dia guna satu produk jamu yang je...

PENDEDAHAN BERANI MATI KENAPA SUPPLEMENT PUTIHKAN KULIT BAHAYA

Image
PENDEDAHAN BERANI MATI KENAPA SUPPLEMENT PUTIHKAN KULIT BAHAYA . Amboi.. rancak sungguh dia buat pendedahan sekarang ni na..  Sampai tak terupdate kisah seram kat blog ni. Yang ni pun pendedahan yang menyeramkan jugak. Terutama kaki kaki produk yang obses nak putih macam kain kafan tu. Tak boleh terima hakikat di lahirkan dengan kulit sawo matang. Nak juga kulit ala2 retis korea.. Baru la KPOP katanya.. Tak payah nak KPOP sangat ok.. Lepas hangpa baca ni confirm mengecut macam Ice-pop. Kaku membeku.. terkesima, tergamam & tidak terkata. bagaikan melihat pontianak depan mata.. Terbaca kat page Dr Rafidah Abdullah #MedTweetMY ada share thread dari twitter Bunny-Chan tentang pendedahan kandungan bahan yang ada dalam produk supplement pemutihan kulit. Rasa benda ni sangat penting untuk orang lain tahu maka.. Atas keprihatinan lekatlekit, meh kita isi isu ni dalam segmen khidmat masyarakat lekatlekit.  Kat bawah hangpa boleh baca threat yang den dah screenshot.. ...

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN

Image
AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN . Sebagai seorang blogger yang tak serik serik nak buat pendedahan ni.. Hari ni popeser lekatlekit nak dedahkan pulak pasal produk yang overclaim dalam mengiklankan produk mereka untuk segmen khidmat masyarakat. Benda ni sangat penting ok untuk kita tahu supaya kita tak mewarisi perangai 'Tipah' yang manjang kena tipu tu. Jangan sampai sebab kebodohan kita yang statik dari dulu sampai sekarang orang jual taik idung gentel2 pun kita percaya kata jamu boleh kuatkan tenaga zahir & batin. Sebab tu di Malaysia ada undang undang nak jual atau iklankan produk perlu berdaftar bagi mengelakkan pengguna tertipu. Mesti ada yang tak tau macam mana di katakan sesuatu produk tu 'Overclaim'. Tak semestinya produk yang tidak berdaftar dengan KKM je yang selalu overclaim.. bersepah yang berdaftar dengan KKM pun overclaim.  Overclaim ni bermaksud mengiklankan produk mereka...