Posts

RAMAI ORANG DENGKI & INGIN MENJATUHKAN PRODUK TEMPATAN??

Image
RAMAI ORANG DENGKI & INGIN MENJATUHKAN PRODUK TEMPATAN??  Lama tak tulis segmen kupas kupis & kopek lekatlekit ni kan? Nak tulis berkaitan isu isu semasa ni dia kena time otak tengah fresh baru boleh membuahkan pendapat yang bernas katanya. Kalau otak tengah serabut satgi bahasa dia pun jadi kelam kelibut hehehehe. Masa mendraft entri ni hati agak tenang so, bahasa dia juga indah untuk di tatap hehehehe. Sehari dua ni kecoh pasal KKM ambush kedai kosmetik seorang founder produk ni saya namakan dia krimK bukan KimK ok! Malas la nak sebut nama satgi mai pulak satu surat ajak dating kat court pun payah jugak kan? Rasanya ramai pun sedia maklum la produk apa kan. Kesalahan dia memang jelas nyata terang tanpa perlu bersuluh.. Iatu produk tidak berdaftar dengan KKM. Memang founder dia nampak agak kecewa dengan kejadian tu.. Katanya modal produk dia yang kena rampas tu cecah ribuan ringgit juga. Ribuan ringgit tu banyak juga. Produk tu katanya dia ambil di luar negara ya...

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. SEDEKAH 10% DARI BAYARAN REVIEW BANYAK KEAJAIBAN BERLAKU

Image
DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. SEDEKAH 10% DARI BAYARAN REVIEW BANYAK KEAJAIBAN BERLAKU . Rasanya ramai yang tahu kan.. Saya sedang hadapi satu kes saman sivil dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta. Kes masih dalam prosiding mahkamah belum lagi masuk perbicaraan. Dah dekat 5 bulan pun.. Sejak dari awal bulan puasa lepas. Saya dapat writ saman sehari sebelum puasa.. Bayangkan betapa tunggang langgangnya hidup saya sepanjang bulan puasa tu. Raya pun tak buat apa2 preparation.. Masa tu struggle jugak la.. Berulang alik ke premis NGO yang satu ni dengan satu harapan besar depa dapat tolong tapi.. Mungkin bukan rezeki saya untuk mendapat pertolongan dari NGO tersebut. So, saya terpaksa berusaha dengan cara lain gunakan media sosial.. Dengan bantuan seseorang akhirnya Allah bukakan jalan untuk terus saya mempertahankan diri dari terus di jatuhi hukuman bersalah. Sebab pada mulanya memang saya tak terfikir nak fight untuk kes ni.. Masalah utama adalah kos guaman yang tinggi, kedua saman di fai...

ARTIS BARU YANG KACAK TERPACAK TAPI MASIH SINGLE, ANDI BERNADEE

Image
ARTIS BARU YANG KACAK TERPACAK TAPI MASIH SINGLE, ANDI BERNADEE . Lama tak gosip2 pasal retis kat blog lekatlekit ni kan.. Sesekali men'Jemah' kan diri apa salahnya. hahahaha... Sekarang banyak artis baru yang lahir dari media sosial. tak kurang juga jutawan2 produk yang nak jadi retis.. walau bakat tu.. ehem hem.. je tapi sebab depa berduit kan. Setakat nak keluarkan single & buat promo guna modal sendiri.. celah gigi je. Tapi yang ehem hem. tu kita tak payah la nak bagi promosi free.. depa mampu dah buat marketing dengan modal jutaria katanya. Andi Bernadee Meh kita highligt sikit retis baru yang berbakat besar even berbadan kecil macam Andi bernadee. Mungkin ada yang kenal dengan bintang baru kelahiran Smule ni. Dia ni memang mula2 di kenali dari smule kemudian rezeki dapat jadi artis rakaman & dah ada single terbaru. tak semua bakat dari applikasi social media macam ni so so aje.. Macam Andi Bernadee ni.. dia mempunyai vokal yang memang mantap & bonus s...

JERAWAT JADI MALU DENGAN ORGANIC DETOX CLAY MASK (OCDM)

Image
JERAWAT JADI MALU DENGAN ORGANIC DETOX CLAY MASK (OCDM) . Tu dia mentang - mentang viral satu video kononnya sel kanser malu2 malu dengan bawang putih. Bila bawang putih datang dekat dia.. dia lari... Ni apa kes pulak jerawat pun malu dengan OCDM ni? Jangan nak buat mitos la lekatlekit Ooi.. Kalau ye pun nak jadi viral tak payah la buat cerita dogeng macam video sel kanser lari dari bawang putih tu. Mana ada.. Tak baik tau tuduh I macam tu. Mana ada I tipu. Tu la hangpa suka sangat judge kami bukan bukan sebelum baca apa kami nak sampaikan. The story is... Maaf la terspeaking pulak. Cerita dia macam ni. Ada la sorang founder ni menjadikan saya tikus makmal wakakakaka... Dak aih.. dia bagi kami cuba produk dia. Homemade organic produk katanya.. Saya jarang guna homemade produk.. maksudnya produk skincare yang di hasilkan sendiri oleh founder dia. Bukan produk yang tempek label dari kilang OEM tu.. Yang tu 1 produk boleh jadi 100 jenama berlainan. Tapi kalau produk homemade ni me...

BAYI MENANGIS TIAP KALI MANDI, INI YANG PERLU ANDA BUAT

Image
BAYI MENANGIS TIAP KALI MANDI, INI YANG PERLU ANDA BUAT .  Saya ni beranak tak ramai. Anak sorang je sejak kahwin 7 tahun lepas. Dah 6 tahun pun anak saya.. Masa dalam pantang kebanyakkan mak saya yang uruskan anak saya. Saya cuma jaga bagi susu, tukar lampin jer. Mandikan semua tu mak saya yang buat sampai la umur dia 44 hari baru la saya mula mandikan anak sendiri. Kira tu first time la mandikan baby seumur hidup.. takut ke hapa kena hadap la. Apa ingat nak suruh mak jaga anak sampai pandai mandi sendiri ke? Anak saya ni memang kuat menangis.. Apatah lagi kalau nak bagi mandi. Dia punya meraung tu macam kena dera... 44 hari mak saya mandikan dia.. 44 hari tu la dia meraung bagai nak rak. Mula2 perangai dia macam tu.. So, biar je la nak menangis. Siap mandi diam la dia. Mesti mak mak lain ada masalah yang sama kan? Baby menangis masa nak mandi.. Ada ke baby tak menangis masa mandi. Nak2 lagi baby yang dalam pantang ni. Tak sure pulak kan.. Ke memang wajib menangis? hahahaha...

HUJAN WANG DI BULAN NOVEMBER? SAPA NAK CEPAT BACA!

Image
HUJAN WANG DI BULAN NOVEMBER? SAPA NAK CEPAT BACA!  Tengah tengah memang perlukan duit & ada masalah kewangan ni dengar benda2 yang boleh mendatangkan sumber duit ni agak teruja juga la. Almaklum manusia memang perlukan duit untuk teruskan rutin harian. Tak payah membongak sangat.. Duit semua tak penting, yang penting cinta. Kau nak bercinta pun kena ada duit.. So, takde istilah hidup tak perlukan duit. Apa ingat nak hadap pasangan kau boleh kenyang telan air liur je ke? Bukan apa Markonah tetiba cerita pasal duit ni tadi tertengok kat website Beauroque .. alah yang jual shampoo santan tu.. Takkan kau dah lupa konah. Shampoo yang tengah viral sekarang katanya. Tapi sekarang bukan la nak cerita pasal shampoo tapi ni ha nak cerita depa dok kelam kabut buat kempen membantu pelanggan berjimat semasa berbelanja di e-commerce depa, di website Beauroque.com tu mana lagi. Bukan kedai runcit minahci yer.. Kempen yang di beri nama  #bnovemberrain . Kenapa # bnovemberrain?...

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK

Image
20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK . Sepanjang berkecimpung dalam dunia blog.. Bermacam macam produk saya buat review.. Memang banyak yang terlepas pandang. Dulu mungkin ikut je apa yang client nak saya tulis dalam review tu.. Tapi sekarang bukan la kata pandai cuma dah ada pendedahan tentang apa yang boleh di iklankan & apa yang tak boleh.. So, akan di perbaiki dari masa ke semasa la. Yelah.. sebagai blogger kita bertanggungjawab juga la apa yang kita tulis kan.. So untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Mai la sini saya nak share dengan hangpa semua terutama seller2 produk la. Depa ni kadang2 tak tau.. Yang jahat pengeluar & founder produk la tak bagitau padahal depa tau benda ni tak boleh. Semasa depa nak berdaftar dengan KKM tak kira nak apply NOT atau MAL.. rasanya depa dah tau tak boleh buat tuntutan berlebihan (Overclaim) dalam iklan produk depa. Tapi besa la kan.. Jenis ada batu besar atas kapla punya orang dia bukan fikir dah kesan...