Posts

SEBELUM MENEMPAH HOMESTAY DI KUALA LUMPUR BACA DULU TENTANG DEGLAMLUXURY REGALIA

Image
SEBELUM MENEMPAH HOMESTAY DI KUALA LUMPUR BACA DULU TENTANG  DEGLAMLUXURY REGALIA . Kalau orang yang bermastautin atau bekerja di Kuala lumpur ni.. Memang normally dia ada tempat berteduh dah kan. Tapi kalau orang yang di luar Kuala Lumpur nak datang ke Key Ell katanya.. Salah satu perkara kena ada tempat penginapan melainkan ada sedara mara atau ahli keluarga kat sini. Tapi kan.. Ada juga yang menyewa bujang bersama kawan kawan tapi bila parents dia nak datang takkan nak suruh bermalam di rumah bujang dengan kawan2 dia kan. Mesti kawan kawan lain rasa tak berapa selesa. So, solution dia ada mencari tempat penginapan di mana dia boleh spent time dengan family dia yang datang dari luar kuala lumpur. Kalau setakat seorang dua ok la sewa bilik hotel tapi kalau dah bawak sekeluarga besar lebih dari 3 - 4 orang.. Tak berapa jimat la kan nak ambil hotel yang selesa sikit untuk bermalam. Disitulah homestay ni main peranan sebagai satu keperluan. tak semestinya datang untuk sekadar...

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA TAHUN 2018

Image
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA TAHUN 2018 . Nampaknya masing masing dah mula google jadual waktu Imsak & berbuka puasa untuk ramadhan 2018 ni kan? Yelah.. lagi berapa hari je pun kita nak melangkah masuk ke bulan ramadhan Al mubarak ni. Bulan yang penuh keberkatan katanya. Jadual waktu Imsak & berbuka puasa ni memang agak penting juga sebab senang kan nak set time bersahur & menyediakan juadah berbuka. Tak la alasan terbabas bagai kan? Bukan boleh caya manusia zaman sekarang ni.. Semua boleh jadi alasan nak tutup kesalahan sendiri. Lagipun kat keywords blog lekatlekit pun dah menyangkut carian pasal jadual waktu Imsak & berbuka. Almaklum la blogger prihatin ni.. Nampak je keywords tu terus la terasa bertanggungjawab untuk buat entri ni. Kesian kan.. Bila clik tengok entri tahun lepas punya jadual waktu Imsak & berbuka. Mesti frust mencarut bagai... Bagi menyempurnakan titah perintah pembaca pembaca blog lekatlekit.com ni.. Hambik la kau Jadual wak...

NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU

Image
NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU . Tu dia.. lama tak mengulas isu isu semasa ni kan? Bz mengalahkan orang yang tercalon sebagai wakil rakyat untuk PRU14 pulak. PRU 1 hari je.. Kes den ni dah makan tahun pun tak settle lagi. Mana nak fikir nak cari sumber kewangan.. Ingat senang ke orang susah nak fight kes saman sivil yang mahal kosnya ni. hehehehe Back to the topic katanya.. sapa tengah survey menantu time ni la makcik pakcik boleh buat penilaian kepada calon calon menantu. Time lain kadang kadang tak nampak sangat perangai sebenar seseorang tapi time PRU habis terlondeh sampai nampak spender. Dulu hangpa kata jari lekatlekit ni lantang, garang.. Kalau komen atau bagi ulasan apa2 isu kemain dia. Berani nau! Ayat tu pedih hingga tembus jantung hati limpa bagai. Tu sebab kena saman.. Baru padan muka dia. La.. reti pulak minta simpati orang tolong derma nak settle duit bayar loyer.. Takpa den terima ja kritikan membina & membunuh tu. Apa yang baik saya ambil un...

TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN

Image
TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN . Wah semalam meriah kan dengan update jari kena celup dakwat kekal tu. Almaklum la semalam kan Piliharaya kali ke 14 telah berlangsung. Nampak pilihanraya kali ke 14 ni sambutan hangat dari golongan muda bertambah. Mungkin masing masing bertekad untuk merubah negara ke arah yang lebih baik jadi ramai yang memilih untuk mengundi tahun ni. Alhamdulillah.. anak muda dah mula ada kesedaran tentang pentingnya undian mereka Gambar Sumber Google Keputusan PRU 14 memihak kepada pakatan rakyat & Bakal perdana menteri baru kita semua pun Insya Allah iatu Tun Mahathir. Tak sangka kan.. Selepas 14 tahun Tun bersara sebagai perdana menteri ke empat & meletakkan jawatan, kini dalam usia 93 tahun bakal menjadi perdana menteri Malaysia yang ke tujuh. Sungguh kuat aura Tun Mahathir kepada rakyat malaysia sehingga mampu mengalahkan parti kerajaan sebelum ni. Upacara mengangkat sumpah pun dah berlaku pada mala...

SUNTIK VITAMIN C BOLEH DI DAKWA, DI DENDA & DI PENJARA

Image
SUNTIK VITAMIN C BOLEH DI DAKWA, DI DENDA & DI PENJARA . Tu dia tajuk entri dah warning siap siap tu.. Bukan apa netizen memang suka baca tajuk dari baca isi kandungan artikel. So kita bagitau terus je kat tajuk entri. At least point tu dah sampai dari baca tajuk je.. Kalau yang rajin membaca nak tahu lebih lanjut sesuatu isu tu dia boleh baca isi kandungan artikel. Walaupun dah basi kes Seorang gadis lepasan kolej vokasional yang pernah mengemparkan negara apabila di tangkap & di dakwa di mahkamah kerana kesalahan menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi tanpa tauliah & berlesen. Selepas mengaku bersalah & di jatuhi hukuman denda RM70 Ribu dia mula2 tak mampu & terpaksa di penjarakan lebih kurang seminggu sebelum ahli keluarga dia mencari dana bagi membayar denda untuk keluarkan dia dari penjara. Masa tu den pelik jugak.. kenapa sampai penjara. Almaklum la den tak berapa paham court case sangat.. Rupanya menjalankan perkhidmatan perubatan tanpa tauliah ...

BANGKIT CHEESE SEDAP HINGGA TERMIMPI MIMPI

Image
BANGKIT CHEESE SEDAP HINGGA TERMIMPI MIMPI . Overnya tajuk!! Tapi memang benar benar belaka ok. Bukan sekadar nak tarik perhatian orang baca entri ni. Mesti ada relate dengan apa yang saya nak cerita satgi. Alkisahnya dapat sebalang Biskut raya walau puasa pun belum. Rezeki.. Dia nak datang bila2 suka hati dia la kan. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak. Dah orang bagi kita merasa la. Lagipun time ni la nak rasa nikmat makan biskut raya.. kalau hari raya biskut raya ni kadang2 dia sekadar hiasan atas meja je. Orang normally serbu menu menu berat macam ketupat, lemang, rendang bagai kan. So waktu tu maybe kita terlepas pandang biskut2 atau kuih raya yang sedap sedap ni. Saya ni memang spesis yang tak hafal nama2 biskut atau kuih raya nak2 lagi moden moden ni. yang tradisional pun kadang2 masih tak boleh hafal namanya. Kalau nama pun tak hafal.. nak membuatnya hang jangan tanya la tau ka dak. Of course la tak tahu kan hahahaha. Jadi kalau nak cari biskut atau kuih raya norm...

BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG

Image
BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG . Kalau sebut produk kecantikkan dia meliputi produk kosmetik seperti skincare, make up, supplement kecantikkan bla. bla.. yang ada kena mengena untuk cantik la. Sebut cantik ni yang paling obses nak cantik tentu la perempuan tak kira perempuan original mahupun yang tiruan.. Fitrah manusia kan.. Semua nak cantik. Lelaki pun kalau di beri pilihan depa pun tak tolak di kurniakan wajah yang ensem kaya macho bergaya bla.. bla.. bagai. Cuma lelaki ni kebanyakkan jenis.. Enjoy je apapun yang di lukiskan Allah pada wajah mereka. Tahap obses nak mengubah ciptaan Allah pada rupa bentuk depa tu tak ramai sangat jumlahnya berbanding wanita kecuali lelaki di korea la. Kat Malaysia ni rasa spesis lelaki obses nak cantik ni tak berapa banyak lagi membiak. Di sebabkan perempuan paling suka bab bab nak cantik ni maka sasaran golongan pengeluar produk adalah wanita. Nak2 lagi kita sedia maklum dalam dunia ni perempuan lagi ram...