Posts

AYAM GOLEK MANTOP FRESH & FROZEN UNTUK ORANG KLANG

Image
AYAM GOLEK MANTOP FRESH & FROZEN UNTUK ORANG KLANG . Salah seoarang penggemar ayam golek ni adalah laki den.. Semalam pun baru makan ayam golek tapi dia je la makan. Tak ambil la sekor. Ambil 1 part je sebab laki den sorang je nak makan. Tapi saya tahu bukan suami saya sorang je suka makan ayam golek ni malah ramai lagi penggemar ayam golek. Mana tahan katanya.. Dok torgolek golek atas pemanggang.. Seksi memang menggugat nafsu serakah. Dasar manusia bernafsu buas katanya. Tengok ayam golek pun rasa nak terkam & gigit2 peha, dada.. dia kan. Bila dah dapat tu rakus dia jamah tak pandang dah kiri kanan. Sedap sangat lahai ayam golek ni.. Ayam golek ni tak sama macam ayam panggang ok.. Walau nampak cara pembuatan & masak dia macam seakan akan ayam panggang tapi bahan perapan & rempah ratus yang di gunakan sedikit berbeza dengan ayam bakar. Cara panggang dia pun tak sama. Ayam golek ni memang di golekkan atas bara api sampai masak. Lagi tak masak lagi tu dia dok ...

BEG HERMES BIRKIN DARI KULIT BUAYA ALBINO TERMAHAL DI DUNIA

Image
BEG HERMES BIRKIN DARI KULIT BUAYA ALBINO TERMAHAL DI DUNIA . Semua orang dok cakap pasal handbag hermes birkin ni. Dulu sebelum ni tak pernah pun den kenal jenama ni. yelah.. jenama ni orang have have je mampu beli. Orang yang kena saman RM3juta nak bayar lawyer fee RM44K pun tak mampu..Memang la buang masa je nak ambil tahu pasal bag bag branded tahap norrojim ni. Kalau orang semekin pakai ni tak nampak kaya pun. Orang nampak beg macam beg murah juga katanya tapi kalau orang kaya pakai beg saploh hengget pun nampak mahal. Sebab mentaliti manusia memang dah set.. Orang kaya mesti pakai barang mahal. Terbaca satu perkongsian di Facebook tentang Hermes Birkin handbag termahal di dunia. Harga RM1.5 juta beb! Tak tau yang pakai beg rega RM1.5 juta ni perasaan dia macam mana. Tak terbayang golongan marhaen macam aku ni. Rm50K pun takde dalam account memang jangankan berangan, dalam mimpi pun belum tentu merasa guna beg ni ok. Beg Hermes Birkin termahal di dunia ni menurut info di per...

LAUK SAHUR PALING CEPAT DI MASAK & SEDAP DI MAKAN

Image
LAUK SAHUR PALING CEPAT DI MASAK & SEDAP DI MAKAN . Dah masuk hari kedua kita berada di bulan Romadhon (sebut betul betul yer..). So hari ni dah 2 hari la umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Apamacam dah selesa ke berpuasa hari kedua? Ke ada yang mula di serang gastrik. Almaklum la ada orang gastrik dia setahun sekali jer.. Selalunya gastrik dia bulan bulan macam ni la. Hahahaha Ada yang dah terbabas sahur ke? Awat pulak tak dak.. hari pertama pun ramai yang terbabas sahur sebab tak terbangun. Lupa buat alarm ke atau tido mati pun tak tau la kan. Den pun hari ni hampir hampir terbabas juga. Nasib baik sempat lagi makan & minum sebab semuanya dah get ready just panaskan dalam microwave jer. Pagi - pagi ni.. memang la kalau boleh kita nak makanan yang simple & cepat di masak kalau yang jenis suka makan fresh2. Maknanya.. sekarang masak sekarang jugak makan. Kalau kau rajin nak bangun 3 - 4 pagi memasak lauk2 berat ok la.. Tapi yang tak berapa rajin menu menu ...

SEBELUM MENEMPAH HOMESTAY DI KUALA LUMPUR BACA DULU TENTANG DEGLAMLUXURY REGALIA

Image
SEBELUM MENEMPAH HOMESTAY DI KUALA LUMPUR BACA DULU TENTANG  DEGLAMLUXURY REGALIA . Kalau orang yang bermastautin atau bekerja di Kuala lumpur ni.. Memang normally dia ada tempat berteduh dah kan. Tapi kalau orang yang di luar Kuala Lumpur nak datang ke Key Ell katanya.. Salah satu perkara kena ada tempat penginapan melainkan ada sedara mara atau ahli keluarga kat sini. Tapi kan.. Ada juga yang menyewa bujang bersama kawan kawan tapi bila parents dia nak datang takkan nak suruh bermalam di rumah bujang dengan kawan2 dia kan. Mesti kawan kawan lain rasa tak berapa selesa. So, solution dia ada mencari tempat penginapan di mana dia boleh spent time dengan family dia yang datang dari luar kuala lumpur. Kalau setakat seorang dua ok la sewa bilik hotel tapi kalau dah bawak sekeluarga besar lebih dari 3 - 4 orang.. Tak berapa jimat la kan nak ambil hotel yang selesa sikit untuk bermalam. Disitulah homestay ni main peranan sebagai satu keperluan. tak semestinya datang untuk sekadar...

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA TAHUN 2018

Image
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA TAHUN 2018 . Nampaknya masing masing dah mula google jadual waktu Imsak & berbuka puasa untuk ramadhan 2018 ni kan? Yelah.. lagi berapa hari je pun kita nak melangkah masuk ke bulan ramadhan Al mubarak ni. Bulan yang penuh keberkatan katanya. Jadual waktu Imsak & berbuka puasa ni memang agak penting juga sebab senang kan nak set time bersahur & menyediakan juadah berbuka. Tak la alasan terbabas bagai kan? Bukan boleh caya manusia zaman sekarang ni.. Semua boleh jadi alasan nak tutup kesalahan sendiri. Lagipun kat keywords blog lekatlekit pun dah menyangkut carian pasal jadual waktu Imsak & berbuka. Almaklum la blogger prihatin ni.. Nampak je keywords tu terus la terasa bertanggungjawab untuk buat entri ni. Kesian kan.. Bila clik tengok entri tahun lepas punya jadual waktu Imsak & berbuka. Mesti frust mencarut bagai... Bagi menyempurnakan titah perintah pembaca pembaca blog lekatlekit.com ni.. Hambik la kau Jadual wak...

NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU

Image
NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU . Tu dia.. lama tak mengulas isu isu semasa ni kan? Bz mengalahkan orang yang tercalon sebagai wakil rakyat untuk PRU14 pulak. PRU 1 hari je.. Kes den ni dah makan tahun pun tak settle lagi. Mana nak fikir nak cari sumber kewangan.. Ingat senang ke orang susah nak fight kes saman sivil yang mahal kosnya ni. hehehehe Back to the topic katanya.. sapa tengah survey menantu time ni la makcik pakcik boleh buat penilaian kepada calon calon menantu. Time lain kadang kadang tak nampak sangat perangai sebenar seseorang tapi time PRU habis terlondeh sampai nampak spender. Dulu hangpa kata jari lekatlekit ni lantang, garang.. Kalau komen atau bagi ulasan apa2 isu kemain dia. Berani nau! Ayat tu pedih hingga tembus jantung hati limpa bagai. Tu sebab kena saman.. Baru padan muka dia. La.. reti pulak minta simpati orang tolong derma nak settle duit bayar loyer.. Takpa den terima ja kritikan membina & membunuh tu. Apa yang baik saya ambil un...

TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN

Image
TUN MAHATHIR KEMBALI MENJADI PERDANA MENTERI BUAT KALI KEDUA PADA USIA 93 TAHUN . Wah semalam meriah kan dengan update jari kena celup dakwat kekal tu. Almaklum la semalam kan Piliharaya kali ke 14 telah berlangsung. Nampak pilihanraya kali ke 14 ni sambutan hangat dari golongan muda bertambah. Mungkin masing masing bertekad untuk merubah negara ke arah yang lebih baik jadi ramai yang memilih untuk mengundi tahun ni. Alhamdulillah.. anak muda dah mula ada kesedaran tentang pentingnya undian mereka Gambar Sumber Google Keputusan PRU 14 memihak kepada pakatan rakyat & Bakal perdana menteri baru kita semua pun Insya Allah iatu Tun Mahathir. Tak sangka kan.. Selepas 14 tahun Tun bersara sebagai perdana menteri ke empat & meletakkan jawatan, kini dalam usia 93 tahun bakal menjadi perdana menteri Malaysia yang ke tujuh. Sungguh kuat aura Tun Mahathir kepada rakyat malaysia sehingga mampu mengalahkan parti kerajaan sebelum ni. Upacara mengangkat sumpah pun dah berlaku pada mala...