Posts

MUHAMMAD SAJJAD ATAU LEBIH DI KENALI DENGAN NUR SAJAT DI DAKWA DI MAHKAMAH?

Image
MUHAMMAD SAJJAD ATAU LEBIH DI KENALI DENGAN NUR SAJAT DI DAKWA DI MAHKAMAH? Sapa tak kenal dengan Sajat ni maybe bukan rokyat Malaysia la kot. Macam macam kontroversi yang pernah terpalit dari isu jantina, isu datang bulan & banyak lagi la isu isu remeh yang di perbesarkan di sosial media menjadi Ahli perniagaan & jutawan kosmetik ni sangat di kenali ramai. Paling rokyat malaysia nak tahu adalah berkaitan jantina beliau.. Sebab sajat sering memberitahu pengikut & haters di laman media sosial beliau bahawa beliau adalah seorang perempuan. Malah dia macam macam cara dia buat untuk membuktikan dia adalah seorang wanita tulen termasuk berkongsi gambar darah haid di account media sosial beliau. Tapi hari ni terbaca laporan berita dari harian metro.. Sah la nama sebenar dia adalah Muhammad Sajjad Kamaruzzaman. Jantina tak pasti la sebab laporan berita cuma tulis nama sebenar dia jer. Tapi tak tau la ada perempuan nama bermula dengan Muhammad kan? Tapi tak mustahil sajat...

RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL

Image
RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL . Jarang saya mengulas isu ni di facebook tapi memang saya sentiasa ikuti kes Muhammad Adib Mohd Kassim atau lebih mesra di panggil adib seorang anggota bomba yang tidak bersalah di pukul sehingga cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lalu. Selepas tiga minggu bertarung nyawa di ICU semalam.. lebih kurang pukul 9.41pm Adib menghembuskan nafas terakhir & meninggalkan kesan luka yang amat mendalam kepada rakyat malaysia terutama ahli keluarga, rakan sekerja & tunangnya. Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Apapun terlebih dahulu saya ucapakan salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Adib, seluruh jabatan bomba & semua sanak saudara, rakan taulanda Allahyarham. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba hamba yang di kasihi. Dia berjihad untuk menjaga ketenteraman awam & terkorban dalam rusuhan tersebut. In...

TASBIH KAYU KE TASBIH MANIK KE TASBIH DIGITAL KE.. KALAU MALAS BERZIKIR PUN TAK GUNA

Image
TASBIH KAYU KE TASBIH MANIK KE TASBIH DIGITAL KE.. KALAU MALAS BERZIKIR PUN TAK GUNA . Tu dia tajuk entri pun dah sound orang katanya belum baca entrinya lagi. tak berubah ubah kan si lekatlekit ni. Alah.. tu gimik je. Kalau tulis tajuk skema.. baca pun macam baca buku teks orang bukan nak baca sangat apa kita tulis ye tak. So tajuk entri ni kena la attractive untuk menarik minat orang membaca. Rasanya tak melampau sangat kot tajuk entri den ni kan? Bukan terbaca satu kenyataan seorang penjual tasbih ni.. Hangpa baca la screenshot kat bawah ni. Malas pulak nak explain apa dia tulis.. Sejauh mana kenyataan dia mengatakan tasbih kayu tu lebih baik & memberi manafaat di padang Mahsyar serius saya tak tahu & saya sendiri tak pernah dengar. Ilmu agama saya terlalu cetek untuk mempertikai atau membenarkan apa yang dia katakan tu. Sesiapa yang ada rujukan sahih boleh share kat kotak komen. Ni pendapat peribadi saya la.. Kita sedia maklum Islam tu mudah. Kau nak guna apap...

ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN

Image
ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN . Allahu.. Lama rasa tak story mory pasal produk skincare ni kan. Maafkan saya penunggu blog.. Almaklum la macam macam kejadian berlaku so nak update blog pun on off jer. Dan rasa lama juga tak cerita pasal skincare ni kan? Ke memang dah tak pakai skincare apa2.. ambil wudhuk je katanya muka berseri macam ahli sorga? Dak aihh.. still masih guna skincare. Tak mau la membongak sangat.. air wudhuk je. Sekarang lambakkan produk skincare di pasaran & banyak isu isu produk beracun ramai yang mula memandang serong kepada produk tempatan atau kita biasa sebut local produk. Almaklum la orang melayu ni kan.. kadang2 dia tak paham bahasa melayu. Dia paham istilah english je. Kesian kan local produk yang masih selamat di gunakan pun kena tempias juga sebab terlalu banyak local brand product yang beracun di pasaran. Kita tak boleh nak buat apa dengan sikap pukul rata dari sesetengah orang.. Mungkin trauma pernah menjadi...

JUAL JAMU JANGAN SAMPAI NAMPAK MACAM PELACUR CARI PELANGGAN

Image
JUAL JAMU JANGAN SAMPAI NAMPAK MACAM PELACUR CARI PELANGGAN . Allahu.. tak insof lagi ka lekatlekit ni dok melaser orang. Orang dah pesan kat hang jangan satgi kerana jari badan binasa baru padan muka katanya. Yer yer.. sabar ye puan puan semua. Sebenarnya tajuk entri tu memang mengambarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Habis tu nak tulis macam mana lagi kalau dah macam tu situasinya. Sekarang ni lambakkan produk di pasaran termasuk produk jamu ni buat Masing masing bersaing untuk memasarkan produk agar lebih kedepan. Yelah saingan sengit copywritting memainkan perasan sangat penting untuk membuatkan orang tertarik dengan iklan seterusnya membeli produk tersebut kan.. Dan sebab tu la berlaku.. copywritting yang agak melampau sehingga hilang 'kemaluan' yang di buat sesetengah pihak. Selain copywritting nama produk2 jamu sekarang pun tak kurang melucahnya. Janji attractive katanya. Lagi tak senonoh nama tu lagi cepat orang kenal produk tu ye dak?? Minggu ni viral bebera...

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

Image
PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH? Antara isu yang masih jadi hangat hangit & hangus apabila sesuatu produk di laporkan mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang banyak di kesan di campurpalsu dari produk kosmetik jenama tempatan. Selalu alasan ni di gunakan oleh ramai golongan yang kononya 'Ponder' produk bila produk di bawah jenama mereka kantoi di lab KKM. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Ramai masih percaya bahawa tidak mustahil berlaku KKM mengambil sampel dari fake product @ produk tiruan untu di analisa sehingga menyebabkan produk tersebut di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sebab depa percaya produk orginal beli direct HQ kononnya selamat & bebas bahan terlarang yang merbahaya & merosakkan kulit. Bagus tau pengguna kat Malaysia ni.. Hati sangat bersih sentiasa berbaik sangka even kena tipu hidup hidup pun. Memang pen...

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA?

Image
SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA? Isu pasal produk kosmetik/kecantikkan yang di campurpalsu dengan bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bukan lagi isu baru. Rasanya dah bertahun isu ni menjadi isu hangat tapi seolah olah tiada solusi untuk membentaras atau mengurangkan populasi pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab macam ni. Biarpun Bahagian penguatkuasa KKM melakukan rampas & membuat laporan media jika sesuatu produk di kesan mempunya racun berjadual atau bahan merbahaya tapi nampak semakin hari semakin bertambah pulak produk produk beracun di pasaran. Ada yang berdaftar dengan KKM & ada yang tidak berdaftar. Ada jenama produk yang berkali kali di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) tetap masih menjual produk beracun. Taktik mereka kebanyakkan sama.. Bila produk di rampas & di tarik balik NOT KKM.. tukar nama item pada produk, tukar packaging & apply balik NOT KKM.. lepas tu jual balik. Claim sebagai produk ...