Posts

BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL

Image
  BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL . selamat menyambut Hari PKPB buat seluruh warga selangor & sabah. Tu dia dah macam ucapan untuk cuti perayaan pulak kan? Padahal PKPB bukan cuti untuk holiday tapi untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 tapi tu la katanya sejak semalam jalan raya sesak sebab ramai mula lari dari kawasan yang bakal di pkpb. Apa punya turrr... la hangpa ni kan? Tak ikut saranan kerajaan & agama Islam pun ajar kita. Kalau berlakunya sesuatu wabak jangan masuk kekawasan tersebut atau yang dah ada dalam kawasan tersebut jangan keluar. Semua untuk tidak menyebabkan penularan wabak ke serata tempat. Yang hangpa pakat lari keluar selangor pasaipa?!! PKPB bukan kena penjara pun.. cuma di sarankan duduk di rumah jika tiada  hal penting untuk keluar. Cuma tak boleh keluar daerah & negeri sahaja. Allahu depa punya kelam kelibut macam kawasan PKPB tu bakal kiamat pulak. Tapi kita bersangka baik maybe ada yang tak faham apa itu...

ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS

Image
 ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS . Sat na.. nak sapu sawang sawang kat blog ni. Rasa lama pulak tak ber update. Allahu nak cari masa buka blog sekarang macam nak cari masa membawang bersama jiran tetangga. Susah sangat malah.. susah sangat saya nak membawang dengan jiran jiran ni. Boleh kata memang tak ada langsung la aktiviti membawang dengan jiran jiran ni. 24jam memerap dalam rumah dengan anak anak. Gitu la sekarang nak buka blog & update. Di kesempatan yang ada ni kita update la apa apa niat yang tertunggak. actually dah lama nak review filem ni. Tapi tak ada masa untuk berkarya kan.. Di kesempitan masa yang terhad ni meh la kita share filem yang kita dah tonton. Alive ni mengisahkan seorang V-blogger yang memang jenis anti social. Suka memerap dalam rumah menghasilkan Vblog & main game. Bila kawasan penempatan dia di serang wabak zombie & hampir kesemua penduduk di situ dah di jangkiti.. Dia terperangkap dalam ...

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE

Image
INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE . Tu dia mentang mentang la blog dia ada buat servis penulisan review kan.. tetiba suruh orang baca review sebelum membeli. kata Nur Netizenia Farisya Marissa Athalia begum kepada blogger. Amboi.. Sabaq sat na sebelum nak serbu tak pakai helmet. tak semestinya review di blog. Review di blog ni ada dua jenis review..  Satu review yang di sponsor/ review berbayar atau review dari pengalaman menggunakan. Tapi kebanyakan blogger tak mention kalau buat sponsor review atas kehendak client yang nak nampak review tu macam natural. Dak aih.. tak salah pun. Review di blog lebih kepada memperkenalkan sesuatu pada pengguna. Pilihan tetap di tangan pengguna untuk beli atau guna sesuatu barang/perkhidmatan tersebut. Yang den nak cerita ceriti ni pasal membeli belah secara online di website seperti Lazada, shopee, ezbuy etc.. Saya antara yang menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah. Di Tambah sekarang kita masih...

TAK PERLU MIXER.. BURNT CHEESE CAKE GUNA BLENDER JER

Image
TAK PERLU MIXER.. BURNT CHEESE CAKE GUNA BLENDER JER . Nak kata saya ni pandai membaking bagai memang jauh sangat la dari pandai. Baking Tools pun tak payah tanya la kan.. memang tak complete & banyak yang tak ada. Oven pun baru je suami hadiahkan masa birthday (28.08.2020) lepas. Tu pun Oven kecil & murah je. Jadilah kan.. Kalau tak samada buat kek kukus atau nak bakar pun guna magic pan je. Tu pun bersyukur juga. At least ada la juga kelengkapan memasak. ada orang Gas pun tak mampu beli lagi la kesian.. So jangan merungut apa yang kita tak ada tapi bersyukur sekurang kurangnya masih ada yang boleh kita guna sebagai solution. Sebab tengok suami asyik dok membakar ayam je.. Bosan pulak. So, haruslah rasmikan kek yang kita dah lama rasa nak buat tapi sebelum ni sebab tak ada oven kan? Nak bakar guna magic pan memang tak menjadi la burnt dia tu. Tapi tu la.. nak buat burnt cheese cake ni.. Sepatutnya kena ada mixer sebab nak mix kan cheese dengan bahan bahan yang lain supaya se...

JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

Image
JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR .Sapa tak suka makan? Semua orang suka makan. Sebab makan ni selain untuk hidup.. Kadang kadang jadi satu terapi kepada stress. Bila dapat makanan sedap kita jadi happy. Berbanding kalau lapar.. Moody, lemau.. semua ada la. Sebab tu kalau kita melancong atau melawat kemana mana tempat salah satu aktiviti yang kita akan buat adalah memburu makan sedap di tempat tu. Tipu la.. korang kemana mana tak cari port makanan sedap kan? Saya pun sama. Di tambah lagi ada pasangan yang memang suka la jadi food hunter. kadang kadang sanggup drive ber jam jam semata mata nak ke destinasi makanan yang di katakan sedap tu. Nak nak lagi kat Malaysia ni.. Antara salah satu negara yang boleh di kategorikan sebagai syurga makanan juga la. Nak makan apa semua boleh cari dalam Malaysia ni ok. Kalau kat area KL ni korang nak jalan jalan cari makan.. ada beberapa restoran & tempat makan yang agak best korang boleh try. Antaranya Restoran Murni Discovery ...

GOLDEN KANAFEH DENGAN CHEESE BOLEH TARIK SAMPAI KE HATI

Image
GOLDEN KANAFEH DENGAN CHEESE BOLEH TARIK SAMPAI KE HATI . Sejak mengandung anak kedua, saya dapati saya suka makan benda benda manis. Sampai la anak kedua saya sekarang dah umur setahun. Saya masih suka makan benda benda manis. Kalau dulu ice cream, kek  semua tu bukan la favorite saya walaupun saya makan juga tapi tak gemar sangat la. Mula mula ingat biasa la pregnant selera jadi berubah tapi ni produk dah keluar pun still masih suka. Termasuk la makanan ber cheese ni. Dulu bukan kata tak makan tapi kurang mengemari kalau yang jenis creamy bagai. Di sebabkan saya jadi craving dengan makanan manis ni.. Memang setiap hari ada je benda manis saya akan makan. Paling paling pun ice cream tak pun minum milo campur creamer pekat manis. Tetap kena ada yang manis manis setiap hari. Maybe faktor saya fully breastfeed kot. Saya pun tak tahu kenapa.. Dan tak payah fikir sangat la kan. Baru baru ni saya di beri peluang cuba manisan arab yang boleh kata tengah in trend sekarang ni. Sebelum ...

ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA

Image
ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA . Rasanya ramai yang kenal dengan makeup artist (MUA) Bella ni. Selalu buat live tutorial makeup dengan loghat utara dia yang pekat. Selain pandai bercoleteh & dapat bercakap berjam jam tanpa henti & kering idea.. Makeup makeup dari bella ni tak di nafikan semua cantik. Buat la look apapun menjadi saja. Di tambah dengan sifat dia yang peramah & low profile tu bertambah la populariti dia di media sosial. Baru baru ni Bella berkongsi kebahagian selepas melahirkan anak yang berapa tak pasti. Tapi Kira newborn dari bella la. Alhamdulillah Bella dapat baby boy yang putih gebu & bermata hazel (mengikut dari pandangan mata den nampak macam hazel. Kalau salah mohon betulkan. Apapun warna mata dia memang nampak cantik, unik & berbeza dari ibu ayah & adik beradik dia la). Walaupun mungkin jadi satu keunikan sebab maybe bella dengan suami bukan la memiliki warna mata seperti tu....