Posts

AWAS! COP PARKING BOLEH DI PENJARA

Image
AWAS! COP PARKING BOLEH DI PENJARA . Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 tapi budaya 'cop parking' ni nampaknya masih di amalkan oleh segelintir individu yang mungkin rasa perbuatan dia tu bukan menjadi satu kesalahan undang undang. Yelah.. dia rasa, alah cop parking je pun. Takkan tu pun nak kena dakwa kat mahkamah tapi dia lupa yang dia buat macam harta peribadi hak awam. Macam dia pulak beli lot parking sampai nak cop cop tak bagi orang lain guna. Spesis ni memang spesis muka setebal pokok balak. Tak rasa bersalah atau malu buat hak sendiri walaupun dia tahu bukan hak dia. Dekat kawasan rumah saya (Apartment kos rendah) ni dulu ada juga spesis cop cop parking sekarang nampaknya budaya tu dah pupus. mungkin masyarakat disini dah semakin cerdik maka tiada lagi manusia yanc buat perangai macam tu. Nak dapat parking pepandai la cari masa balik rumah. Kat sini memang parking sentiasa penuh. Kalau parking tepi jalan kena pastikan sebelum pukul 10 pagi ke...

AWAS! HFMD SEDANG MENGANAS.KENALI SIMPTOMNYA.

Image
AWAS! HFMD SEDANG MENGANAS.KENALI SIMPTOMNYA . Sebelum kita mengulas isu pasal HFMD ni meh kita berkenalan dulu apa itu HFMD yer. Sebab masih ada yang tak tahu apa itu HFMD. Secara ringkas HFMD tu singkatan dari Hand, foot, and mouth disease (HFMD) atau dalam bahasa melayunya di kenali sebagai penyakit kaki tangan dan mulut.  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Ianya disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus.  Tapi sekarang ni nampaknya bukan kanak kanak sahaja di serang HFMD ni, orang dewasa juga mampu terkena jangkitan virus ni. Sekarang tengah menular virus HFMD ni.ramai pengguna media sosial mula update terkena HFMD tak kira kanak kanak atau dewasa. Untuk mengetahui simptom dan bagaimana ia boleh berjangkit jom la baca. Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild).Antara simptomnya adala...

TAHNIAH MIRA FILZAH ATAS KELAHIRAN BAYI LELAKI

Image
TAHNIAH MIRA FILZAH ATAS KELAHIRAN BAYI LELAKI . Mira Filzah antara artis yang kehidupannya sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Apa sahaja yang berlaku pasti akan menjadi isu dan berita. Tak pelik la kerana Mira Filzah antara artis yang popular di Malaysia kan? Banyak berlakon dal drama drama televisyen tempatan di tambah lagi Mira Filzah mempunyai rupa paras yang cantik. Mudah la untuk dia di kenali di Malaysia ni. Almaklum la manusia memang sukakan perkara perkara cantik ni. Masa awal kehamilan menjadi teka teki buat semua peminat bila ada yang ternampak baby bump tapi tiada pengesahan dari tuan punya badan. Lepas dah pertengahan trimister barulah Mira Filzah umumkan tentang kehamilannya. Pagi ni terbaca dari facebook page yang mengesahkan Mira Filzah dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki awal pagi tadi. Alhamdulillah kedua duanya berada dalam keadaan baik. Mungkin Mira Filzah tengah tidur sekarang ni. Yelah..penat & mengantuk berjuang jam 3 pagi tadi. Apapun...

FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH

Image
FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH . Bagi penonton setia Tv Alhijrah pastinya tidak asing lagi dengan seorang personaliti dan pengacara Tv Alhijrah, Finaz Yunus. Beliau adalah pengacara bagi rancangan temubual Analisis yang banyak membincangkan isu isu semasa. Hari ni dari perkongsian laman Facebook, beliau mengumumkan tidak lagi bersama stesen Tv Alhijrah. Akhirnya 16 Ramadan,18 April 2022 adalah pengakhiran sebuah perjuangan..... Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum wbt.... Tidak pernah saya sangka pertengahan Ramadan akan menjadi hari saya meletakkan jawatan di sebuah syarikat yang amat besar makna dalam kehidupan saya selama 12 tahun ini. Tempat yang saya curahkan segala komitmen atas prinsip dakwah mencari kebenaran.. Namun Allah-lah sebaik-baik Perencana. Bukan mudah untuk meninggalkan tempat yang memberi pelbagai pengalaman pahit & manis dalam membentuk saya sebagai seorang Manusia, Pengamal Media & Ketua. TV AlHijrah adalah 'madrasah' buat saya...

#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE

Image
#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE . Bagi pengamal sosial media tegar macam saya ni tak payah nak tanya apa kes.. apa isu tetiba ramai hashtag #Justiceforbella ni sebab kami sedia maklum apa yang berlaku. Almaklum la memegang jawatan sebagai netizen ni kita harus peka dengan isu isu semasa,isu viral & isu isu yang tengah trending kalau tak jangan mengaku diri tu netizen. Hehehehehe.. Bagi yang tak tahu kempen #justiceforbella adalah kempen untuk menyokong seorang anak sindrom down yang di dakwa telah di dera semasa berada di sebuah rumah perlindungan milik seorang pengasas sebuah NGO. Kesan kecederaan yang di alami tu memang teruk dan dari apa yang saya baca kenyataan dari saksi kes ni pun cara penderaan yang di lakukan tu boleh tahan la tak ada perikemanusiaan. Namun kita sebagai netizen ni cuma membaca dari laporan media dan media sosial. Jadi nak komen lebih lebih pun risau juga. Sebab apa yang kita komen ni silap haribulan boleh makan diri juga. ...

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU

Image
BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU . Sejak semalam kembali hangat di perkatakan tentang kes kemalangan ngeri yang melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar kanak kanak yang berbasikal lajak di lebuhraya pada waktu awal pagi (3am). Kejadian ini berlaku 5 tahun lalu. Semalam keluar keputusan dari mahkamah tinggi yang mendapati pemandu wanita tersebut bersalah kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 kanak kanak yang berbasikal lajak waktu itu. Dia di jatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 dan penjara selama 6 tahun. Rata rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan mempertikaikan tindakan sekumpulan kanak kanak bawah umur yang berkeliaran jam 3 pagi dan bermain basikal di jalan raya. Kalau kita pun kita tak terfikir ada budak budak waktu tu bermain basikal di kawasan jalan yang sunyi mungkin kita akan memandu sedikit laju untuk cepat sampai. Lebih lebih lagi wanita yang memandu sendirian waktu tu.  Apapun saya sendiri ...

AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI

Image
AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI . Dah masuk tahun ketiga kita hidup dengan virus covid-19 ni. Yang masih covirgin (belum di jangkiti covid) Alhamdulillah la. Anda mampu bertahan dari di jangkiti. Yang mana dah masuk kategori covijan (covid janda) dengan covidud (covid duda) tu jadikan pengalaman di jangkiti tu untuk anda berhati hati dalam urusan seharian agar dapat berusaha untuk di jangkiti lagi.  Tapi melihat trend varian omicron sekarang dah ada omicron XE yang di kesan sudah berada di Thailand.. ramai yang kecundang. Setiap hari kalau kat news feed facebook ada sahaja yang update positif covid. Sangat mudah berjangkit varian baru ni. Jadi nak tak nak kita terpaksa biasakan diri hidup dengan adanya covid. Semenjak wujudnya virus covid-19 ,yang menyerang dunia pemakaian mask dan sekarang test kit covid untuk ujian kendiri dah jadi macam satu keperluan. Maka muncul la bermacam macam jenama test kit covid di pasaran.  Yang penting beli yang ada kelulusan kkm ...