Posts

TANGMO NIDA MASIH HIDUP?

Image
TANGMO NIDA MASIH HIDUP? Sehari dua ni kembali kecoh cerita tentang Pelakon dari Thailand Tangmo Nida yang sebelum ni dah di sahkan mati dan mayatnya di temui dalam keadaan menyayat hati. Kalau nak cerita kronologi kes Tangmo Nida ni memang panjang hangpa boleh google sendiri la.  Cuma penuh FYP kat tiktok tentang akaun Instagram Tangmo Nida yang katanya sebelum ni dah di tutup oleh pengurusnya kembali aktif dengan update terkini yang mengugut untuk membongkar segala kebenaran yang orang tak tahu. Ada satu konten tu kata rakan baik Tangmo menerima mesej dari akaun Tangmo mengatakan dia belum mati. Maka warganet Malaysia, Thailand & Indonesia mula tertanya tanya.. Adakah benar Tangmo belum mati. Masih misteri siapakah yang mengaktifkan semula akaun tangmo dan mengaku tangmo masih hidup. Dan apakah kebenaran yang bakal di dedahkan. Semua detektif netizen dari 3 buah negara tengah siap siaga nak menyiasat tu. Hehehehe.. Yer.. Tangmo bukan sedara mara kita tapi lumrahn...

INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA

Image
INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA . Zaman media sosial ni zaman di mana semua orang boleh melontarkan pandangan mengikut persepsi masing masing. Adakala pandangan itu berunsur pertikaian atau sindiran. Jadi macam macam la pendapat atau pertikaian untuk pelbagai isu yang kita boleh baca di media sosial ini. Ada pendapat yang boleh kita guna pakai dan ada juga yang wajib di bakul sampahkan. P Terbaca perkongsian kat facebook seorang pengguna media sosial ni bertanya soalan kenapa van jenazah nak guna lampu kecemasan di tengah kesesakan lalulintas sedangkan yang di bawa cuma orang dah meninggal. Jom kita tanya Ustaz google kenapa yer perlu nak cepat. Kita sedia maklum.. Islam menggalakan kita untuk mempercepatkan urusan pengebumian mungkin sebab itulah van jenazah menggunakan lampu kecemasan untuk meminta laluan supaya cepat menguruskan jenazah yang di bawa. Ini kerana mengikut sunnah Segera kebumikan Antara sunah dalam kita menjalankan kewa...

AWAS! COP PARKING BOLEH DI PENJARA

Image
AWAS! COP PARKING BOLEH DI PENJARA . Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 tapi budaya 'cop parking' ni nampaknya masih di amalkan oleh segelintir individu yang mungkin rasa perbuatan dia tu bukan menjadi satu kesalahan undang undang. Yelah.. dia rasa, alah cop parking je pun. Takkan tu pun nak kena dakwa kat mahkamah tapi dia lupa yang dia buat macam harta peribadi hak awam. Macam dia pulak beli lot parking sampai nak cop cop tak bagi orang lain guna. Spesis ni memang spesis muka setebal pokok balak. Tak rasa bersalah atau malu buat hak sendiri walaupun dia tahu bukan hak dia. Dekat kawasan rumah saya (Apartment kos rendah) ni dulu ada juga spesis cop cop parking sekarang nampaknya budaya tu dah pupus. mungkin masyarakat disini dah semakin cerdik maka tiada lagi manusia yanc buat perangai macam tu. Nak dapat parking pepandai la cari masa balik rumah. Kat sini memang parking sentiasa penuh. Kalau parking tepi jalan kena pastikan sebelum pukul 10 pagi ke...

AWAS! HFMD SEDANG MENGANAS.KENALI SIMPTOMNYA.

Image
AWAS! HFMD SEDANG MENGANAS.KENALI SIMPTOMNYA . Sebelum kita mengulas isu pasal HFMD ni meh kita berkenalan dulu apa itu HFMD yer. Sebab masih ada yang tak tahu apa itu HFMD. Secara ringkas HFMD tu singkatan dari Hand, foot, and mouth disease (HFMD) atau dalam bahasa melayunya di kenali sebagai penyakit kaki tangan dan mulut.  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Ianya disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus.  Tapi sekarang ni nampaknya bukan kanak kanak sahaja di serang HFMD ni, orang dewasa juga mampu terkena jangkitan virus ni. Sekarang tengah menular virus HFMD ni.ramai pengguna media sosial mula update terkena HFMD tak kira kanak kanak atau dewasa. Untuk mengetahui simptom dan bagaimana ia boleh berjangkit jom la baca. Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild).Antara simptomnya adala...

TAHNIAH MIRA FILZAH ATAS KELAHIRAN BAYI LELAKI

Image
TAHNIAH MIRA FILZAH ATAS KELAHIRAN BAYI LELAKI . Mira Filzah antara artis yang kehidupannya sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Apa sahaja yang berlaku pasti akan menjadi isu dan berita. Tak pelik la kerana Mira Filzah antara artis yang popular di Malaysia kan? Banyak berlakon dal drama drama televisyen tempatan di tambah lagi Mira Filzah mempunyai rupa paras yang cantik. Mudah la untuk dia di kenali di Malaysia ni. Almaklum la manusia memang sukakan perkara perkara cantik ni. Masa awal kehamilan menjadi teka teki buat semua peminat bila ada yang ternampak baby bump tapi tiada pengesahan dari tuan punya badan. Lepas dah pertengahan trimister barulah Mira Filzah umumkan tentang kehamilannya. Pagi ni terbaca dari facebook page yang mengesahkan Mira Filzah dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki awal pagi tadi. Alhamdulillah kedua duanya berada dalam keadaan baik. Mungkin Mira Filzah tengah tidur sekarang ni. Yelah..penat & mengantuk berjuang jam 3 pagi tadi. Apapun...

FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH

Image
FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH . Bagi penonton setia Tv Alhijrah pastinya tidak asing lagi dengan seorang personaliti dan pengacara Tv Alhijrah, Finaz Yunus. Beliau adalah pengacara bagi rancangan temubual Analisis yang banyak membincangkan isu isu semasa. Hari ni dari perkongsian laman Facebook, beliau mengumumkan tidak lagi bersama stesen Tv Alhijrah. Akhirnya 16 Ramadan,18 April 2022 adalah pengakhiran sebuah perjuangan..... Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum wbt.... Tidak pernah saya sangka pertengahan Ramadan akan menjadi hari saya meletakkan jawatan di sebuah syarikat yang amat besar makna dalam kehidupan saya selama 12 tahun ini. Tempat yang saya curahkan segala komitmen atas prinsip dakwah mencari kebenaran.. Namun Allah-lah sebaik-baik Perencana. Bukan mudah untuk meninggalkan tempat yang memberi pelbagai pengalaman pahit & manis dalam membentuk saya sebagai seorang Manusia, Pengamal Media & Ketua. TV AlHijrah adalah 'madrasah' buat saya...

#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE

Image
#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE . Bagi pengamal sosial media tegar macam saya ni tak payah nak tanya apa kes.. apa isu tetiba ramai hashtag #Justiceforbella ni sebab kami sedia maklum apa yang berlaku. Almaklum la memegang jawatan sebagai netizen ni kita harus peka dengan isu isu semasa,isu viral & isu isu yang tengah trending kalau tak jangan mengaku diri tu netizen. Hehehehehe.. Bagi yang tak tahu kempen #justiceforbella adalah kempen untuk menyokong seorang anak sindrom down yang di dakwa telah di dera semasa berada di sebuah rumah perlindungan milik seorang pengasas sebuah NGO. Kesan kecederaan yang di alami tu memang teruk dan dari apa yang saya baca kenyataan dari saksi kes ni pun cara penderaan yang di lakukan tu boleh tahan la tak ada perikemanusiaan. Namun kita sebagai netizen ni cuma membaca dari laporan media dan media sosial. Jadi nak komen lebih lebih pun risau juga. Sebab apa yang kita komen ni silap haribulan boleh makan diri juga. ...