Posts

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN

Image
KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN . Khamis malam jumaat datang lagi dengar cerita seram dari TORA. Tak pepasal la TORA juga dapat nama kan.. Entah la budak budak 80an-90an dah biasa dengan iklan TORA ni memang dia macam terngiang ngiang tagline TORA datang lagi dengan mainan baru.. Tapi TORA tak ada edisi cerita seram na.. Yang sinonim dengan kisah seram ni kalau 90an.. Majalah mastika. Entah cerita betul ka rekaan pun tak tau la tapi zaman tu enjoy juga la membaca. Boleh terbawa bawa emosi seram tu dalam kehidupan seharian. Lepas tu Mastika di transformasi dalam bentuk drama Tanah kubur pula. Yelah.. budak budak makin malas membaca suka menonton je kan. Nak bagi cerita teladan supaya takut sikit buat dosa kena la di dramakan. Tapi apa kena mengena dengan kisah seram Caltex Salor di kelantan? Tak ada kena mengena sebenarnya.. Sesaja la borak kosong dulu sebelum kita ambil ke segmen seram serik lekatlekit. Kita cerita cerita caltex tu je la yer.. Banyak borak nanti banyak menipu. Alkisa...

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA

Image
CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA . Walaupun bukan malam jumaat namun segmen seram serik lekat lekit tetap bersiaran. Tak ada istilahslam keliwon bagai malam paling afdhal nak cerita seram. Malam apapun boleh. Tak malam pun asal ada bahan kita on je la. Apadahal. Yang kau nak extreme sangat tunggu malam jumaat bagai nak menyeramakan rasa seram tu dah kenapa? Tu dia.. Tetiba garang kan?  Kita dan cerita mistik memang tak dapat di pisahkan sebagai umat islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib. Dalam kehidupan kita bukan ada apa yang kita nampak dengan mata kasar sahaja. Ada makhluk yang Allah tidak memperlihatkan pada manusia dengan mata kasar walau sesetengah orang di beri kelebihan untuk nampak dan boleh berinteraksi dengan makhluk alam ghaib ni tapi bukan semua orang. Dan ia bukan perkara normal. Sebab tu ia di panggil paranormal. Tak kira zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang tidak memupuskan makhluk alam ghaib ni. Mereka juga berevolusi mengikut peredaran zaman. Kal...

ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM

Image
  ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM . Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata. Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah.. 👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat. 👉Tidak cukup tidur 👉Salah guna Produk  👉Bakteria 👉Hormon Tidak Seimbang 👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan 👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersih Di sebabkan itu ...

KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA

Image
  KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA . Viral seantero alam maya bila Khairul Aming melancarkan produk terbarunya Sambal dendeng Nyet berapi selepas produk Sambat Nyet berapi. Tak payah tanya la berapa juta terjual. Kalau search bersepah kat media sosial berita pasal produk terbaru khairul Aming yang dah terjual sebanyak 80 ribu pack. Ramai yang berkampung di Tiktok katanya pada malam pelancaran produk Khairul Aming sambal dendeng tu. Memasing mencuba nasib untuk dapatkan sambal dendeng Khairul Aming. Ada yang berjaya dan sudah semestinya ramai juga yang gagal. Itu biasa. Sambal Nyet yang sebelum ni pun sentiasa sold out kat shopee Inikan yang baru. Semua berebut nak jadi orang pertama yang beli & rasa. Aku macam biasa aku tak minat sangat nak berebut makanan viral ni. Tapi tidak la aku nak kondem produk Khairul Aming. Dia menaikan branding nama dia sebelum keluarkan produk sendiri. Marketing dia bersih tanpa isu isu panas. Hanya konten konten masakan dengan cara tersendiri dan me...

ARTIS KALAU BAGI KENYATAAN BODOH SAMADA DIA MEMANG BODOH ATAU SEKADAR UNTUK PUBLISITI MURAHAN

Image
  ARTIS KALAU BAGI KENYATAAN BODOH SAMADA DIA MEMANG BODOH ATAU SEKADAR UNTUK PUBLISITI MURAHAN . Kecoh hari ni kat media sosial seoarang retis yang tetiba nak into the scene isu Majlis anugerah kecemerlangan murid atau juga di sebut majlis apresiasi atau majlis konvokesyen peringkat sekolah yang di buat di hotel hotel dan ibu bapa perlu membayar kos untuk menghadiri majlis tersebut. Sebelum ni isu ni di suarakan oleh seorang artis wanita yang rasa benda ni membebankan para ibu bapa sebab bayaran yang di kenakan bukannya murah. Semakin bertambah kos sekiranya ada lebih seorang anak yang terlibat dalam majlis tu. Bayaran juga di kenakan kepada ibu bapa yang ingin hadir ke majlis tersebut bagi meraikan anak anak yang mendapat anugerah.  Ramai bersetuju perkara macam tu tak perlu pun untuk di buat. Buat majlis kat dewan sekolah pun dah cukup. Tak perlu membebankan ibu bapa semata mata nak buat majlis yang grand di hotel hotel. Tetiba muncul pula retis sorang ni konon kita sebagai...

TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI

Image
TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI . Jadi viral konten seorang pelakon wanita yang membidas dengan lantas isu budaya baru mengadakan majlis yang dulu masa sekolah kita sebut Hari penyampaian hadiah yang biasa di buat setiap hujug tahun untuk memberi hadiah atau anugerah pada pelajar cemerlang. Sekarang di sebut majlis apresiasi tapi di perbaharui dengan majlis konvokesyen peringkat sekolah dimana pelajar di pakai jubah akan naik kepentas menerima sijil masing masing. Dari peringkat tadika sehinggalah sekolah menengah.  Salah ke? dak aihh.. Mana ada salah. Tak salah kalau tidak membebankan para ibu bapa.Masalah yang pelakon wanita tu lantang mengkritik apabila pihak sekolah yang nak buat majlis 'Grand' tapi yang kena bayar mak bapak bebudak tu la. Anak aku yang buat kat sekolah pun tetap kena bayar RM70 untuk sewa jubah dan lain lain. Bagi aku jumlah tu aku masih mampu bayar tapi ada orang yang tak mampu. Apatah lagi kalau j...

PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
  PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN . Hari ni macam ternampak nampak posting blogger Diana rashid tentang isu basuh ke tidak pad (tuala wanita) yang ada kesan darah kotor (haid). Ada yang bersetuju dengan kak diana dan ada yang tidak. Macam biasa la masing masing dengan pendapat mereka. Aku pun tak terkecuali juga bagi pendapat kat posting kak diana tu. Topik menarik jadi apa salahnya kita into the scene. Ada yang setuju dengan kak diana tak perlu basuh sebab memang tuala wanita di ciptakan untuk pakai dan buang. Basuh akan menyebabkan tandas atau bilik air yang di gunakan membasuh tu menjadi tidak bersih. Ada yang kata perlu basuh untuk elakkan perkara perkara tak d ingini seperti sihir. Macam dalan filen siccin tu. Kedua dua pendapat tu aku terima la. Boleh pakai juga tapi dari segi hukum macam mana pula?  Jadi aku portal rasmi mufti wilayah persekutuan untuk mencari jawapan. Jadi aku screenshot yang penting saja. Untuk jawapan penuh hangpa b...