Posts

MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK

Image
MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK . Rambut di umpamakan sebagai mahkota wanita jadi menjaga kesihatan dan kecantikan rambut juga perlu walaupun wanita muslim yang berhijab. Sebab.. Yelah kalau rambut tak sihat akan memberi kesan juga kepada masalah di kulit kepala. Jadi gatal dan sebagainya selain rambut yang tidak sihat mungkin menyebabkan kusut, mudah gugur dan sebagainya. Di pendekan mukadimah.. Kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan rambut ini adalah satu keperluan. Kenapa tiba tiba je aku nak bagitau kepentingan jaga kesihatan & kecantikan rambut ni? rambut aku cantik sangat ke? Tidaklah tijah OOi.. Kalau mandi tu bersepah juga kena kutip. Bagaikan dedaun kekeringan dahan nan kerapuhan rambut rambut ku gugur cuma masih terkawal sahaja. Tak ada la gugur sampai nampak kulit kepala. Tapi cuma aku nak berkongsi la dengan hangpa satu produk penjagaan rambut juga yang aku guna dan aku rasa bagus juga untuk orang lain tahu. Mungkin ada yang tercari cari prod...

BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI

Image
BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI . Dah habis cuti untuk Tahun baru cina mungkin sekarang ramai dah mula membeli belah untuk keperluan persekolahan anak anak yang akan bermula bulan march nanti, kan? Ada yang memilih untuk membeli terus di kedai fzikal ada yang malas nak bersesak memilih untuk beli secara atas talian. Sekarang ni banyak pasaraya yang membuka kedai atas talian di platform macam shopee, lazada tapi tiktok aku tak pasti sangat. Jadi memudahkan para ibu bapa untuk membuat persiapan persekolah mengikut apa yang mereka selesa. Aku dah pun siap membeli barang barang asas untuk persekolahan anak aku. Macam biasa setiap tahun kami beli di pasaraya hari hari sahaja. Yelah.. sesetengah orang dengar... hari hari? takde kelassssss!! Kisah pulak aku dengan kelas tak kelas kau! Yang penting bagi aku di pasaraya hari hari menawarkan harga keperluan persekolahan yang sangat berbaloi dan mampu milik.  Setiap tahun aku akan membeli pakaian sekolah dari jenama Jony...

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN

Image
KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN . Khamis malam jumaat datang lagi dengar cerita seram dari TORA. Tak pepasal la TORA juga dapat nama kan.. Entah la budak budak 80an-90an dah biasa dengan iklan TORA ni memang dia macam terngiang ngiang tagline TORA datang lagi dengan mainan baru.. Tapi TORA tak ada edisi cerita seram na.. Yang sinonim dengan kisah seram ni kalau 90an.. Majalah mastika. Entah cerita betul ka rekaan pun tak tau la tapi zaman tu enjoy juga la membaca. Boleh terbawa bawa emosi seram tu dalam kehidupan seharian. Lepas tu Mastika di transformasi dalam bentuk drama Tanah kubur pula. Yelah.. budak budak makin malas membaca suka menonton je kan. Nak bagi cerita teladan supaya takut sikit buat dosa kena la di dramakan. Tapi apa kena mengena dengan kisah seram Caltex Salor di kelantan? Tak ada kena mengena sebenarnya.. Sesaja la borak kosong dulu sebelum kita ambil ke segmen seram serik lekatlekit. Kita cerita cerita caltex tu je la yer.. Banyak borak nanti banyak menipu. Alkisa...

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA

Image
CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA . Walaupun bukan malam jumaat namun segmen seram serik lekat lekit tetap bersiaran. Tak ada istilahslam keliwon bagai malam paling afdhal nak cerita seram. Malam apapun boleh. Tak malam pun asal ada bahan kita on je la. Apadahal. Yang kau nak extreme sangat tunggu malam jumaat bagai nak menyeramakan rasa seram tu dah kenapa? Tu dia.. Tetiba garang kan?  Kita dan cerita mistik memang tak dapat di pisahkan sebagai umat islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib. Dalam kehidupan kita bukan ada apa yang kita nampak dengan mata kasar sahaja. Ada makhluk yang Allah tidak memperlihatkan pada manusia dengan mata kasar walau sesetengah orang di beri kelebihan untuk nampak dan boleh berinteraksi dengan makhluk alam ghaib ni tapi bukan semua orang. Dan ia bukan perkara normal. Sebab tu ia di panggil paranormal. Tak kira zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang tidak memupuskan makhluk alam ghaib ni. Mereka juga berevolusi mengikut peredaran zaman. Kal...

ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM

Image
  ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM . Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata. Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah.. 👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat. 👉Tidak cukup tidur 👉Salah guna Produk  👉Bakteria 👉Hormon Tidak Seimbang 👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan 👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersih Di sebabkan itu ...

KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA

Image
  KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA . Viral seantero alam maya bila Khairul Aming melancarkan produk terbarunya Sambal dendeng Nyet berapi selepas produk Sambat Nyet berapi. Tak payah tanya la berapa juta terjual. Kalau search bersepah kat media sosial berita pasal produk terbaru khairul Aming yang dah terjual sebanyak 80 ribu pack. Ramai yang berkampung di Tiktok katanya pada malam pelancaran produk Khairul Aming sambal dendeng tu. Memasing mencuba nasib untuk dapatkan sambal dendeng Khairul Aming. Ada yang berjaya dan sudah semestinya ramai juga yang gagal. Itu biasa. Sambal Nyet yang sebelum ni pun sentiasa sold out kat shopee Inikan yang baru. Semua berebut nak jadi orang pertama yang beli & rasa. Aku macam biasa aku tak minat sangat nak berebut makanan viral ni. Tapi tidak la aku nak kondem produk Khairul Aming. Dia menaikan branding nama dia sebelum keluarkan produk sendiri. Marketing dia bersih tanpa isu isu panas. Hanya konten konten masakan dengan cara tersendiri dan me...

ARTIS KALAU BAGI KENYATAAN BODOH SAMADA DIA MEMANG BODOH ATAU SEKADAR UNTUK PUBLISITI MURAHAN

Image
  ARTIS KALAU BAGI KENYATAAN BODOH SAMADA DIA MEMANG BODOH ATAU SEKADAR UNTUK PUBLISITI MURAHAN . Kecoh hari ni kat media sosial seoarang retis yang tetiba nak into the scene isu Majlis anugerah kecemerlangan murid atau juga di sebut majlis apresiasi atau majlis konvokesyen peringkat sekolah yang di buat di hotel hotel dan ibu bapa perlu membayar kos untuk menghadiri majlis tersebut. Sebelum ni isu ni di suarakan oleh seorang artis wanita yang rasa benda ni membebankan para ibu bapa sebab bayaran yang di kenakan bukannya murah. Semakin bertambah kos sekiranya ada lebih seorang anak yang terlibat dalam majlis tu. Bayaran juga di kenakan kepada ibu bapa yang ingin hadir ke majlis tersebut bagi meraikan anak anak yang mendapat anugerah.  Ramai bersetuju perkara macam tu tak perlu pun untuk di buat. Buat majlis kat dewan sekolah pun dah cukup. Tak perlu membebankan ibu bapa semata mata nak buat majlis yang grand di hotel hotel. Tetiba muncul pula retis sorang ni konon kita sebagai...