Posts

APA AKU BUAT SEKARANG NI?

Image
  APA AKU BUAT SEKARANG NI? Jarang jarang aku nak update kehidupan aku sekarang di blog. Malah blog ni makin sendu dengan cerita. Tak sama macam zaman kegemilangannya dulu. Meriah dengan entri entri baru setiap hari. Orang kata blog dah tak relevan sekarang tapi jiwa seorang blogger masih ada di hati aku. Aku masih nak blog nio terus hidup dan aku masih mencari masa untuk aktif semula menulis di sini. Relevan atau tak itu cuma persepsi orang tapi bagi aku masih relevan untuk aku menulis sebab aku suka. Mungkin dulu blog ni jadi salah satu punca pendapatan sampingan aku selepas aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa bermula dari tahun 2011 sehingga sekarang. Tapi sekarang memang dah tak ada sebarang tawaran kolabrasi dengan mana mana pihak yang melibatkan blog tapi tak bermakna rezeki aku terus terputus kat situ je. Di sebabkan aku aktif di media sosial (Facebook) jadi aku sekarang banyak buat affiliate. Setakat ni dengan shopee & lazada. Banyak kali juga dapat tawaran kol...

SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK

Image
SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK . Pepagi jumaat terbaca orang dok viral kat facebook satu posting yang mempertikaikan konon saudara kandung dia mewahkan anak isteri dengan pakaikan emas tapi adik beradik tak pula di mewahkan macam tu. Kita orang perempuan sebagai isteri ni baca rasa berbunyi cengkerik (krik krik krik) pula. Dah kenapa kau? Dah anak bini dia.. Di mana salahnya dia nak mewahkan? kenapa pula dia nak kena mewahkan kau walaupun kau adik beradik kandung dia? Habis tu takkan dia mewahkan anak beranak kau pulak?Mestilah di mewahkan anak bini dia. Bila dah dewasa, masing masing dah ada keluarga dan kehidupan sendiri sudah semestinya keutamaan di beri kepada anak isteri bukan lagi adik beradik. Adik beradik ni bukan la kita kata lepas kahwin kena buang.. Tak! Tetap silaturrahim tu kena jaga. Yang susah kena bantu cuma tak ada kewajiban pun saudara kandung kita kena bagi semua kemewahan dia pada kita. Melainkan adik beradik kau tu kaya macam chef wan. Boleh angk...

MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK

Image
MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK . Rambut di umpamakan sebagai mahkota wanita jadi menjaga kesihatan dan kecantikan rambut juga perlu walaupun wanita muslim yang berhijab. Sebab.. Yelah kalau rambut tak sihat akan memberi kesan juga kepada masalah di kulit kepala. Jadi gatal dan sebagainya selain rambut yang tidak sihat mungkin menyebabkan kusut, mudah gugur dan sebagainya. Di pendekan mukadimah.. Kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan rambut ini adalah satu keperluan. Kenapa tiba tiba je aku nak bagitau kepentingan jaga kesihatan & kecantikan rambut ni? rambut aku cantik sangat ke? Tidaklah tijah OOi.. Kalau mandi tu bersepah juga kena kutip. Bagaikan dedaun kekeringan dahan nan kerapuhan rambut rambut ku gugur cuma masih terkawal sahaja. Tak ada la gugur sampai nampak kulit kepala. Tapi cuma aku nak berkongsi la dengan hangpa satu produk penjagaan rambut juga yang aku guna dan aku rasa bagus juga untuk orang lain tahu. Mungkin ada yang tercari cari prod...

BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI

Image
BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI . Dah habis cuti untuk Tahun baru cina mungkin sekarang ramai dah mula membeli belah untuk keperluan persekolahan anak anak yang akan bermula bulan march nanti, kan? Ada yang memilih untuk membeli terus di kedai fzikal ada yang malas nak bersesak memilih untuk beli secara atas talian. Sekarang ni banyak pasaraya yang membuka kedai atas talian di platform macam shopee, lazada tapi tiktok aku tak pasti sangat. Jadi memudahkan para ibu bapa untuk membuat persiapan persekolah mengikut apa yang mereka selesa. Aku dah pun siap membeli barang barang asas untuk persekolahan anak aku. Macam biasa setiap tahun kami beli di pasaraya hari hari sahaja. Yelah.. sesetengah orang dengar... hari hari? takde kelassssss!! Kisah pulak aku dengan kelas tak kelas kau! Yang penting bagi aku di pasaraya hari hari menawarkan harga keperluan persekolahan yang sangat berbaloi dan mampu milik.  Setiap tahun aku akan membeli pakaian sekolah dari jenama Jony...

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN

Image
KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN . Khamis malam jumaat datang lagi dengar cerita seram dari TORA. Tak pepasal la TORA juga dapat nama kan.. Entah la budak budak 80an-90an dah biasa dengan iklan TORA ni memang dia macam terngiang ngiang tagline TORA datang lagi dengan mainan baru.. Tapi TORA tak ada edisi cerita seram na.. Yang sinonim dengan kisah seram ni kalau 90an.. Majalah mastika. Entah cerita betul ka rekaan pun tak tau la tapi zaman tu enjoy juga la membaca. Boleh terbawa bawa emosi seram tu dalam kehidupan seharian. Lepas tu Mastika di transformasi dalam bentuk drama Tanah kubur pula. Yelah.. budak budak makin malas membaca suka menonton je kan. Nak bagi cerita teladan supaya takut sikit buat dosa kena la di dramakan. Tapi apa kena mengena dengan kisah seram Caltex Salor di kelantan? Tak ada kena mengena sebenarnya.. Sesaja la borak kosong dulu sebelum kita ambil ke segmen seram serik lekatlekit. Kita cerita cerita caltex tu je la yer.. Banyak borak nanti banyak menipu. Alkisa...

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA

Image
CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA . Walaupun bukan malam jumaat namun segmen seram serik lekat lekit tetap bersiaran. Tak ada istilahslam keliwon bagai malam paling afdhal nak cerita seram. Malam apapun boleh. Tak malam pun asal ada bahan kita on je la. Apadahal. Yang kau nak extreme sangat tunggu malam jumaat bagai nak menyeramakan rasa seram tu dah kenapa? Tu dia.. Tetiba garang kan?  Kita dan cerita mistik memang tak dapat di pisahkan sebagai umat islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib. Dalam kehidupan kita bukan ada apa yang kita nampak dengan mata kasar sahaja. Ada makhluk yang Allah tidak memperlihatkan pada manusia dengan mata kasar walau sesetengah orang di beri kelebihan untuk nampak dan boleh berinteraksi dengan makhluk alam ghaib ni tapi bukan semua orang. Dan ia bukan perkara normal. Sebab tu ia di panggil paranormal. Tak kira zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang tidak memupuskan makhluk alam ghaib ni. Mereka juga berevolusi mengikut peredaran zaman. Kal...

ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM

Image
  ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM . Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata. Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah.. 👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat. 👉Tidak cukup tidur 👉Salah guna Produk  👉Bakteria 👉Hormon Tidak Seimbang 👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan 👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersih Di sebabkan itu ...