Posts

MENJELANG AJAL

Image
  MENJELANG AJAL . Semalam sempat la menonton filem dari indonesia. Yelah baru dapat tengok netflix. Almaklum la menumpang akaun orang. Tapi kali ni kita guna secara sah yer. Netflix premium hangpa boleh add member 2 orang tapi kena tambah bayaran tu sebanyak RM13 sebulan. Jadi aku tumpang guna akaun orang tapi aku bayar la. Takkan nak guna free pulak. Dah orang tumpangkan tu pun syukur. Kita akan dapat akaun sendiri di mana kita signin dengan email & password sendirj cuma bil akan masuk ke akaun owner. Nanti kau bayar la sewa kat owner dia setiap bulan.  Jadi bila dah add member tu boleh la sambung tengok movie kat netflix. Hiburan masa lapang kan.. Kebetulan sebelum tu tertengok kat reels fb sedutan filem Menjelang Ajal. Macam best pula. Jadi petang semalam aku layan la sekejab filem dari seberang.  Filem ni mengisahkan seorang balu yang struggle sorang sorang nak besarkan anak anak selepas kematian suami. Dia buka restoran untuk kelangsungan hidup. Untuk melariskan...

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....

Image
TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya.  2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar.  Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah.  Selepas 2...

WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?

Image
WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR? Zaman kegemilangan blog lekatlekit story ni macam dah suram sekarang. Nak update entri baru pun macam ada dalam tiada tapi sewa domain dengan netkl tetap kena bayar setiap tahun. Yelah.. dulu orang guna dot com kau pun nak. Waktu tak apa lah kan. Masih ada sumber pendapatan sampingan dari blog ni sekarang dah macam tiada. Sumber pendapatan sampingan tu ada cuma bukan dari blog lagi. Yang ada cuma adsense sahaja. Tu pun macam obesiti je earning dia nak naik. Yelah.. jarang jarang sangat nak berkisah dalam blog ni kan. Ikutkan domain expired bulan oktober tapi setiap tahun biasa aku akan renew awal dua tiga bulan cuma tahun ni sampai sekarang belum lagi aku buat pembayaran. Masih tengah fikir sama ada nak teruskan guna domain berbayar atau kembali ke free domain blogspot sahaja. Dengan kenaikan sewa tahunan domain di netkl ni buat aku terfikir berbaloi ke aku nak bayar? Kecuali la aku masih buat paid review di blog ni.. Sekarang memang dah tak ada...

MUNKAR.. KISAH MANGSA BULI ASRAMA

Image
MUNKAR.. KISAH MANGSA BULI DI ASRAMA . Sekarang kembali hangat berita dan cerita tentang kes buli bila Mahkamah akhirnya sebulat suara menjatuhkan hukuman kepada 6 orang yang terlibat dalam menyebabkan kematian Zulfarhan. Majoriti berpuas  hati dengan keputusan yang menjatuhkan hukuman mati kepada ke enam enam tertuduh. Alhamdulillah.. nasib Allahyarham akhirnya terbela. Kejadian sebegini moga iktibar kepada pelajar atau pelatih di mana mana pusat pengajian agar tidak menormalisasi buli & ragging yang melampau. Dalam kes Zulfarhan ni juga pengajaran yang kita boleh ambil jangan sesekali percaya kepada bomoh. Penyiksaan keatas  Zulfarhan ni bermula apabila Laptop salah seorang tertuduh hilang dan mereka mendapatkan khidmat konon perawat alternatif untuk mendapatkan semula laptop dan nama Zulfarhan di petik sebagai pelaku menyebabkan beliau di hukum dengan kejam sehingga mati. Filem yang aku nak review ni pun kisahnya berkaitan dengan buli juga. Filem munkar ni mengisahkan p...

BANGKU KOSONG (UJIAN TERAKHIR), ALL OF US ARE DEAD VERSI INDONESIA

Image
BANGKU KOSONG (UJIAN TERAKHIR), ALL OF US ARE DEAD VERSI INDONESIA . Lama tak menulis review filem seram di blog lekatlekit ni kan? kalau dulu asal dapat je koleksi dvd filem seram ada je la review nya. Sekarang dah tak ada kumpul dvd. DVD pun susah dapat sekarang. Orang sekarang mana ada tengok dvd.. DVD player pun ramai dah tak ada kat rumah. Tapi aku masih ada & koleksi dvd aku pun masih aku simpan. Cuma tak ada masa nak tonton balik dvd tu. Lagipun aku memang kumpul untuk buat koleksi je. Kita kembali pada tajuk asal nak review filem Bangku kosong (Ujian Terakhir) ni. Untuk sekuel kedua ni kisahnya bermula dari seorang pelajar perempuan yang kerasukan di dewan peperiksaan. Selepas tu dia macam berjangkit menjadikan ramai pelajar kerasukan dan mengganas sehingga membunuh pelajar lain. Bila berlaku kekecohan tu.. Masing masing cuba lari dan menyelamatkan diri namun mereka masih di ganggu dengan gangguan mistik bila makin ramai kerasukan.  Filem ni bukan la filem fresh from ov...

LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM

Image
LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM . Sejak filem seram mendapat sambutan rata rata ramai producer filem ambil kesempatan untuk keluarkan filem bergenre seram tak kira dalam dan luar negara. Sampai rasa filem bergenre seram ni lebih banyak dari genre lain dah sekarang. Tak kira la platform apapun kita menonton. Siaran tv berbayar mana pun kita langgan. Penuh dengan cerita seram.  Sebagai peminat filem filem seram dari zaman vcd & dvd lagi memang la aku suka cuma masalahnya bila masing masing berlumba keluarkan filem seram kualiti filem tu semakin hari semakin tak berkualiti. Filem semakin tak seram. Banyak tipikal. Dan banyak filem macam asal siap. Kalau hantu pun kadang effect kelakar dari seram. Serba salah pulak kita yang menonton ni sepatutnya rasa takut ke rasa kelakar. Aku ingat selepas metrowealth dah tak aktif keluarkan filem filem seram kurang la sikit filem filem sampah ni rupanya tak juga. Sama je filem tempatan atau luar negara kalau yang sampah ...

ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH RM2 PEMBERIAN MURID

Image
ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH PEMBERIAN MURID . Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di media sosial. Perkara ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah ibu bapa yang mungkin hanya dapat sediakan hadiah yang di beli dari kedai ECO saja.  Aku memang tak menyokong menormalisasi pemberian hadiah untuk sambutan hari guru tapi aku tak ada masalah pun kalau ibu bapa lain nak bagi hadiah pada cikgu anak anak mereka. Cuma bila tercetusnya isu macam ni, sedikit sebanyak dah jadi satu persepsi yang tidak baik pada cikgu. Memang aku tengok fenomena sekarang berlumba lumba ibu bapa & murid nak sama sama bagi hadiah pada cikgu. Sampai ada yang menjadi beban pada mak ayah yang tak mampu. Budak budak macam dah tanam dalam fikiran mereka.. Hari guru kena bagi hadiah. Bukan salah mereka tapi perkar...