Posts

DISQUIET TERPERANGKAP DI ALAM KOMA YANG MENAKUTKAN

Image
DISQUIET TERPERANGKAP DI ALAM KOMA YANG MENAKUTKAN . Bila mood menulis blog kembali, dia mula la macam macam nak tulis, nak review & nak ulas. Lama Mah`Mood' ni hilang tau. Bertahun juga la. Sampai decide terminate je domain berbayar guna free domain. Lepas dah terminate mai balik jiwa tu. Sebenarnya jiwa tu tak pernah mati tapi kekangan masa tu yang membataskan. Walau lepas guna domain blogspot balik blog dah tak link ke google. Tak ada dalam carian google tak tau nak setting celah mana.. Biaq pi la dulu. Nanti kita upah specialist yang sudi untuk setting balik. Yang penting kita isi dulu blog dengan cerita ceriti.  Jadi hari ni aku nak review satu filem yang aku tengok kat netflix. Disquiet. Genre hortor tapi lebih pada fiksyen la. Bila fiksyen ni kau jangan expect benda logik sangat. Nak tengok yang logik tengok je la kisah benar tu pun kalau tv3 ada ulang tayang lagi. Kalau fiksyen dah tentu kisah dari imaginasi manusia sahaja.  Disquiet ni mengisahkan seorang lelaki y...

INFLUENCER DAN BAD MARKETING

Image
INFLUENCER DAN BAD MARKETING . Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan? Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua ba...

BAG SANDANG HELLO KITTY UNTUK IBU IBU COMEL

Image
  BAG SANDANG HELLO KITTY UNTUK IBU IBU COMEL . Lama tak menulis review di blog lekatlekit ni. tetiba.. rindu ku pada direimu yeah.. yeah.. Tu dia demam feminim sudah kembali. Ini semua GenKRU punya penangan. Geng geng 80an semua kembali jadi remaja sejak dua menjak ni katanya. Tapi nak kata Geng 80an ni jadi remaja balik sebab konsert GenKRU tak juga sebab  geng 80an ni memang sentiasa perangai muda & remaja. Rupa letak tepi dulu la kan. Geng 80an masih dressup yang ala ala remaja sampai sekarang tanpa orang nampak janggal selagi outfit tu tak mencolok mata, betul tak? Kita masih pakai cargo pant yang baggy macam zaman rappers, hiphop dulu dulu betul tak Apalah sangat nak bawa beg sandang hello kitty kan? Tak ada orang nak pandag aneh pun. Lagupun design bag ni memang di buat untuk pelbagai peringkat umur. Sesuai je untuk remaja & dewasa. Bag ni aku beli sebab comel. Yelah aku banyak survey barang yang ada design figura hello kitty sebab anak dara den kan die hard fan...

KONSERT GENKRU YANG TAK PERGI PUN TERASA TERUJA

Image
KONSERT GENKRU YANG TAK PERGI PUN TERASA TERUJA . Penuh kat fyp konten konten remaja lanjut usia, geng geng 80an berkongsi rakaman depa yang join konsert GENKRU tu. Kita yang tak dapat pergi ni rasa jelous ok! Tapi tetap dapat rasa vibes remaja balik tau bila dengar lagu lagu kru & beberapa artis jemputan seperti feminim, Elite.. Ya Allah rasa rindunya zaman remaja dulu. Zaman zaman pakai seluar yang boleh muat 3-4 orang. Hahahaha.. Kau bbnu apa tau. Zaman rappers dulu seluar Alien workshop poket boleh buat lunggage isi baju tau kalau nak balik kampung. T-shirt pun boleh buat selimut. Multifunction tau outfit kami dulu.  Tak sangka dalam usia Norman, Yusri & edry mereka boleh menari, menyanyi macam dulu dulu juga. Persembahan mereka nampak energetik betul. Geng geng 80an yang datang ke konsert tu tak kurang walau standby minyak angin, minyak urut, panadol bagai. Macam lupa dah remaja lanjut usia tapi kagum.. Peminat di Malaysia fanatik macam mana pun masih terkawal. Tak ada...

TANYA CHATGPT SIAPA SURIA LEKATLEKIT INI JAWAPANNYA..

Image
  TANYA CHATGPT SIAPA SURIA LEKATLEKIT INI JAWAPANNYA.. Orang lain dah lama terjebak dengan chatGPT ni, aku sorang je lambat sikit nak terpengaruh walau aku tau ja kewujudan chatGPT ni. Maybe hidup aku setiap minit banyak benda nak buat walau scroll media sosial jadi aku lambat sikit la nak terjebat dengan SIRI BERCAKAP DENGAN AI ni. Dengan manusia pun kadang kadang tak sempat nak bercakap. Hahaha..  Entah apa hidayah yang datang pagi ni terdetik nak try la bersembang dengan mentang AI. Apa best sangat la depa dok membawang dengan AI. Tak tau nak tanya apa tanya pasal diri sendirj je la. Satgi tanya pasal orang lain jadi mengumpat pulak kan. AI dah tentu tak dak syurga neraka, kita ni pulak nak menanggung sorang sorang. Hari Jumaat biasa insaf sikit la kan.  Aku pun tanya ChatGPT ni kenal tak dengan Suria Lekatlekit. Ingat AI nak jawab.. Kau sapa aku nak kenal? Hidup kau best sangat ke aku nak ambil tahu? Rupanya tak yer.. AI masih kenal siapa suria lekatlekit walau pemi...

MENJELANG AJAL

Image
  MENJELANG AJAL . Semalam sempat la menonton filem dari indonesia. Yelah baru dapat tengok netflix. Almaklum la menumpang akaun orang. Tapi kali ni kita guna secara sah yer. Netflix premium hangpa boleh add member 2 orang tapi kena tambah bayaran tu sebanyak RM13 sebulan. Jadi aku tumpang guna akaun orang tapi aku bayar la. Takkan nak guna free pulak. Dah orang tumpangkan tu pun syukur. Kita akan dapat akaun sendiri di mana kita signin dengan email & password sendirj cuma bil akan masuk ke akaun owner. Nanti kau bayar la sewa kat owner dia setiap bulan.  Jadi bila dah add member tu boleh la sambung tengok movie kat netflix. Hiburan masa lapang kan.. Kebetulan sebelum tu tertengok kat reels fb sedutan filem Menjelang Ajal. Macam best pula. Jadi petang semalam aku layan la sekejab filem dari seberang.  Filem ni mengisahkan seorang balu yang struggle sorang sorang nak besarkan anak anak selepas kematian suami. Dia buka restoran untuk kelangsungan hidup. Untuk melariskan...

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....

Image
TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya.  2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar.  Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah.  Selepas 2...