Posts

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR

Image
TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR . Lama tak menulis cerita seram di blog lekatlekit ni kan? Kena warm up balik untuk kembali menjadikan blog ni berpuaka. Tu dia.. Mampus nanti geng geng paranormal berkampung di blog aku pulak. Alah.. cerita seram kat blog lekatlekit ni seram santai sahaja. Memang dari dulu konsep aku menulis cerita seram hanya untuk hiburan bukan menakutkan orang sebab tak nak ada orang terlalu taksub dengan cerita cerita macam ni sampai lebih takutkan makhluk halus dari takutkan Allah.Sedangkan makhluk ni tak ada kuasa. Yang mengizinkan segalanya berlaku adalah Allah. Jadi nak minta apa apa jangan pada makhluk, minta pada Allah yer anak anak. Cerita ni di adaptasi dari laman X kalau dulu di kenali sebagai twitter. Walaupun cerita ni bagi aku macam tipikal cerita seram yang biasa kita baca atau dengar tapi katanya dari cerita sebenar yang berlaku sekitar tahun 2009 - 2010. Wah lebih kurang tahun mula mula blog lekatlekit di lahirkan ni. Lama juga la ceritanya tapi best j...

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG?

Image
PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG?  Sesambil mengisi masa petang aku tengok Filem susuk kat Netflix. Bukan filem susuk yang Malaysia punya ni susuk filem dari Indonesia. Berkisahkan seorang perempuan yang pakai susuk kemudian berlaku kemalangan dia jatuh dari kondo. Sepatutnya menurut doktor dalam keadaan dia memang tak akan hidup dah tapi dia masih hidup. Semua tu sebab dia ada pakai susuk yang ada pendamping.Ada satu babak dia dah di sahkan meninggal.. Nurse semua dah cabut wayar tetiba dia hidup balik. Akibat kekangan kewangan adik dia terpaksa keluarkan dia dari hospital dan bawa balik kampung untuk merawat cara kampung. Mula mula cuba rawat secara Islam tapi tak berjaya lepas tu terpaksa cari dukun susuk untuk keluarkan susuk yang kakak dia pakai. Berjaya di keluarkan tapi tak berjaya untuk pisahkan jasad kakak dia dari pendamping susuk tu sebab dukun tu tak boleh buang susuk pertama yang kakak dia pakai sebab ilmu dia tak cukup kuat untuk berlawan dengan pendamping ...

AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU

Image
AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU.  S ejak dua tiga hari ni aku dok selongkar blog. Ada masa baca balik entri entri lama nak tengok apa yang sesuai & tidak lagi untuk di publickan. Almaklum la blog ni terlahir secara luar nikah... kekekeke. Bukan maksudnya blog ni wujud sebelum aku nikah. Sebelum aku kenal suami aku dan ada sedikit cerita peribadi yang tak sesuai aku nak public kan sebab melibatkan orang yang dah jadi kenangan ni. Tak best la sebab ada gambar gambar kan walau tidak la gambar itu dalam keadaan yang mengaibkan. Gambar gambar biasa je. Yelah masa bujang kita kan banyak aktiviti outdoor jadi ada la gambar gambarnya. Bila baca balik entri entri lama tu kadang kadang tergelak sendiri. Ya Allah.. betapa masa menjadikan kita semakin matang dan kita boleh nampak dari penulisan kita sendiri. Bagus juga kan ada blog ni. Harap memori kita untuk ingat semua yang pernah berlaku memang tak la. Semakin bertambah usia akan semakin banyak kita akan lupa. Jadi aku rasa dalam usia ya...

MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK

Image
MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK . Semenjak memperlahankan aktiviti di blog aku terjebak dengan Shopee Affiliate. Almaklum la kita dah biasa duduk rumah ada side income walau income tu geli geli je tapi rasa seronok juga la kan tiap tiap bulan ada juga hasil dari tak ada apa langsung. Yelah sesambil menjadi surirumah, apa salahnya mencuba menjadi Affiliator kan? Sebenarnya ikutkan Affiliate ni bukan shopee je, tiktok,lazada pun ada ada Affiliate. Tapi kurang sikit menyerlah yang lain. Shopee je setakat ni memberi hasil setiap bulan. Almaklum la kita ni bukan Influencer kan? Nak bersaing dengan Influencer susah sikit tapi aku ok je. Selagi aku rasa enjoy aku teruskan je la. Mana mana Affiliator pun sekarang berpeluang untuk dapat free sample product dari platform yang mereka daftar sebagai Affiliator la. Termasuk shopee. Banyak juga la aku dapat barang free sample dari shopee ni. Best juga la sebab dari barang free sample tu kita boleh review & buat kon...

DISQUIET TERPERANGKAP DI ALAM KOMA YANG MENAKUTKAN

Image
DISQUIET TERPERANGKAP DI ALAM KOMA YANG MENAKUTKAN . Bila mood menulis blog kembali, dia mula la macam macam nak tulis, nak review & nak ulas. Lama Mah`Mood' ni hilang tau. Bertahun juga la. Sampai decide terminate je domain berbayar guna free domain. Lepas dah terminate mai balik jiwa tu. Sebenarnya jiwa tu tak pernah mati tapi kekangan masa tu yang membataskan. Walau lepas guna domain blogspot balik blog dah tak link ke google. Tak ada dalam carian google tak tau nak setting celah mana.. Biaq pi la dulu. Nanti kita upah specialist yang sudi untuk setting balik. Yang penting kita isi dulu blog dengan cerita ceriti.  Jadi hari ni aku nak review satu filem yang aku tengok kat netflix. Disquiet. Genre hortor tapi lebih pada fiksyen la. Bila fiksyen ni kau jangan expect benda logik sangat. Nak tengok yang logik tengok je la kisah benar tu pun kalau tv3 ada ulang tayang lagi. Kalau fiksyen dah tentu kisah dari imaginasi manusia sahaja.  Disquiet ni mengisahkan seorang lelaki y...

INFLUENCER DAN BAD MARKETING

Image
INFLUENCER DAN BAD MARKETING . Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan? Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua ba...

BAG SANDANG HELLO KITTY UNTUK IBU IBU COMEL

Image
  BAG SANDANG HELLO KITTY UNTUK IBU IBU COMEL . Lama tak menulis review di blog lekatlekit ni. tetiba.. rindu ku pada direimu yeah.. yeah.. Tu dia demam feminim sudah kembali. Ini semua GenKRU punya penangan. Geng geng 80an semua kembali jadi remaja sejak dua menjak ni katanya. Tapi nak kata Geng 80an ni jadi remaja balik sebab konsert GenKRU tak juga sebab  geng 80an ni memang sentiasa perangai muda & remaja. Rupa letak tepi dulu la kan. Geng 80an masih dressup yang ala ala remaja sampai sekarang tanpa orang nampak janggal selagi outfit tu tak mencolok mata, betul tak? Kita masih pakai cargo pant yang baggy macam zaman rappers, hiphop dulu dulu betul tak Apalah sangat nak bawa beg sandang hello kitty kan? Tak ada orang nak pandag aneh pun. Lagupun design bag ni memang di buat untuk pelbagai peringkat umur. Sesuai je untuk remaja & dewasa. Bag ni aku beli sebab comel. Yelah aku banyak survey barang yang ada design figura hello kitty sebab anak dara den kan die hard fan...