Posts

KENAPA AKU TAK NAK JADI TERKENAL

Image
KENAPA AKU TAK NAK JADI TERKENAL . Masa kecil dulu cita cita aku nak jadi penyanyi tau. Sebab aku minat sangat Raja ema. Sekitar 90an tu aku dah pandai tengok tv. Zaman tu Raja ema masih lagi trending bak kata orang sekarang. Ingat lagi.. Darjah 2 kena buat karangan tentang cita cita. Budak budak lain biasa la pilih kerjaya sebagai cikgu, polis, doktor,askar macam tu je. Cita cita yang tipikal budak budak masa tu akan pilih. Aku sorang je pilih jadi penyanyi. Confident kau!  Sampai seorang cikgu ni panggil aku & slow talk. Dia cakap besar nanti jangan jadi penyanyi. Tak baik. Lebih kurang macam tu la cikgu mashitah cakap. Masa tu aku tak fikir sangat aku masih teruja nak jadi penyanyi & terkenal. Tapi kan ada seorang cikgu mata pelajaran muzik. Ingat lagi nama dia cikgu sofian. Orangnya tak tinggi sangat. Kurus & putih melepak. Dia ni cikgu yang garang tapi kelakar. Aku tak ingat darjah berapa dia ajar kelas aku tapi dia selalu warning mana mana anak murid dia bila besa...

MASAK GUNA KUALI & PERIUK STAINLESS STEEL

Image
MASAK GUNA KUALI & PERIUK STAINLESS STEEL . Zaman 90an kebawah peralatan memasak material stainless steel ni memang perkara biasa. Semua orang guna tak kira masak dapur gas atau dapur kayu. Dah masuk era 2000an perlahan lahan trend bertukar ramai memilih non stick & ceramic material sebab cantik & tidak melekat. Cuma bila guna non stick atau ceramic ni penjagaan dia pun rumit. Sudip atau senduk tak boleh guna yang besi. Kena guna kayu atau plastic.  Dulu mungkin periuk atau kuali non stick ni mahal tapi bila dah banyak di pasaran banyak pilihan harga yang murah boleh dapat jadi trend penggunaan peralatan memasak jenis non stick coating ni pun berleluasa. Hampir setiap rumah sekarang guna peralatan memasak jenis non stick termasuk la aku.  Tapi aku masih ada & guna juga periuk atau kuali stainless steel. Tak buang la semua. Yang rosak je buang. Sebab ada beza tau rasa masakan guna stainless steel dengan non stick ni. Guna stainless steel dia ada rasa authentic ...

BERKAHWIN DENGAN IBLIS UNTUK SEMBUHKAN ANAK

Image
BERKAHWIN DENGAN IBLIS UNTUK SEMBUHKAN ANAK . Ada masa aku memang suka layan filem filem seram di neflix. Nak follow drama drama berespisod sekarang ni macam tak ada masa sangat. Drama wok kat unifi tv tu pun masih tak habis lagi aku tengok. Mujur la siaran tv berbayar ni kita boleh tengok drama berepisod ni ikut hati kita je. Tak payah nak follow timetable station tv tu. Tu pun susah juga nak follow apa apa drama berepisod sekarang ni. Tak menyabar nak tahu ending. Hahahaha Jadi aku lebih suka layan movie je la. Of course la aku lebih tertarik pada genre seram. Aku memang kipas susah mati filem seram kan? Jadi semalam aku sempat habiskan sesi menonton filem seram Pengantin Iblis. Dua tiga hari lepas sempat tengok separuh jadi semalam sambung balik tengok sampai habis. Kalau starting tu menarik bagi aku untuk di tonton biasa aku akan tonton sampai habis. Kalau starting pun boring.. Biasanya aku skip cari cerita lain je. Kalau dah tonton sampai habis tu baru aku review la.  Filem ni...

RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI

Image
RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI . Masih tak terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang masih setia membaca blog lekatlekit. Raya korban tahun ni tak balik kampung memandangkan cuti sekolah dah hujung hujung sangat. Kalau dekat boleh la balik sebab jauh, jarak & masa tu kena ambil kira. Perjalanan jauh lepas tu nak kena hadap jam dan raya & tarikh sekolah di buka semula tu terlalu singkat takut anak anak penat dengan perjalanan jauh tak sempat rehat nak kena pergi sekolah jadi buat keputusan raya sendiri je la kat sini. Lagipun sambutan aidiladha kat kedah biasa tak meriah sangat pun.  Bila dah tak balik kampung tu bermakna raya kami adalah pergi berjalan jalan. Sebab cuaca malaysia haritu panas kami pilih tempat sejuk. Jalan jalan la kat bukit tinggi. Jalan jalan je bukan bermalam pun. Pergi balik hari raya. Lagipun tak la jauh sangat bagi aku. Setakat bukit tinggi, fraser hill atau genting highland tempat tempat yang bagi kami setakat nak ambil a...

GELOMBANG HABA, PANAS DI KEDAH DAH TAHAP BERJAGA JAGA

Image
GELOMBANG HABA, PANAS DI KEDAH DAH TAHAP BERJAGA JAGA . Gelombang haba datang lagi. Menurut Jabatan meteorologi Malaysia akan berlarutan hingga september. Berkipas la memasing sekarang ni. Bersedialah menghadapi kenaikan bil elektrik terutama yang guna aircon di rumah. Bagi yang tak ada aircon pun confirm kipas tak tutup 24jam sehari.  Kedah antara negeri yang sekarang panas berada di tahap 1 iatu tahap berjaga jaga bila suhu melebihi 37°c. Selain kedah Perak & kelantan juga mengalami suhu panas di tahap berjaga jaga juga.  Kipas tangan ni ada offer kat shopee sekarang kalau berminat boleh dapatkan di 👉 Shopee Lagi berapa hari nak sambut raya aidiladha dengan cuaca panas. Kampung pula di kedah.. Bertabahlah. Aku mungkin tak balik kot raya haji memandangkan cuti pendek di tambah cuaca kedah sekarang terlalu panas. Anak anak mungkin akan demam. Lepas tu nak buka sekolah. Tak buat keputusan lagi macam mana. Rasa balik bulan september je la untuk majlis nikah adik aku nanti. ...

LAPTOP OH LAPTOP

Image
LAPTOP OH LAPTOP . Bila semangat kembali nak aktif menulis di blog time tu juga la laptop nak sakit bagai. Puas dah godek.. Install, uninstall, format, reset, semua bagai tetap juga tak dapat nak fix maka kenalah membawa dia berjumpa dengan pakarnya. Kena check apa masalah. Rasa bukan masalah setting atau software mungkin ada part yang rosak. Di syaki ssd la. Tapi untuk lebih kepastian kena juga hantar ke specialist laptop ni. Kita tak ada peralatan atau pengetahuan untuk membedah laptop jangan di cuba cuba la sangat buat.  Dah survey tempat nak hantar. Bekas client blog lekatlekit ni juga. Dulu dia banyak ambil slot review di blog lekatlekit. Lagipun kat google review pun memang kedai dia dapat positive feedback dari pelanggan. Pemiliknya juga bumiputera. Tak salah la kita support orang kita kan. Tapi itulah tak tau lagi bila si suami free nak kesana.  Sebelum ni kita review sebagai blogger je kalau ada rezeki berurusan dengan mereka nanti aku review balik sebagai pelanggan....

PUCUK PAKU 3 IKAT RM5

Image
PUCUK PAKU 3 IKAT RM5 . Kalau dulu kita kat kampung ni zaman budak budak dulu jumpa pokok paku ni kadang kutip buat main. Daun kaduk & banyak daun daun yang di buat sayur atau ulaman yang tumbuh meliar kita buat main masak masak je kan? Sebab banyak. Dulu nak buat nasi ulam pergi jer kutip daun ulam ulaman. Tak susah pun semua ada di sekeliling. Sekarang ni jangankan nak kutip.. Nak beli pun susah kadang kadang nak dapat daun sayuran atau ulaman yang dulu tumbuh meliar jer. Zaman dah berubah itulah harga yang perlu di bayar untuk sebuah pembangunan. Hutan hutan di tarah, bukit bukau di gondol jadi tumbuhan macam tu semakin hari semakin kurang populasinya.  Bila jumpa orang jual daun atau sayuran yang dah kategori kayangan nak makan sekarang ni dengan harga murah, kondisi yang segar & baik rasa macam tak percaya pulak. Lebih lebih lagi kita tinggal di tengah hutan konkrit ni.  Ceritanya semalam suami aku balik bawa pucuk paku 3 ikat. Cantik cantik daun dia. Hijau segar ...