BADI

12/09/2010 10:24:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Apa tu Badi?? Badiman ker?? Badigol?? Bukan.. Bukan.. Dan Bukan..!! Heboh di perkatakan pasangan artis yang pernah sertai rancangan Sehati Berdansa merupakan pasangan ke tujuh rancangan itu yang terkena Badi pada rancangan itu. BADI?? Apa tu BADI?? Haruskah kita mempercayai BADI ni?? Adakah sebab dorang menyertai Rancangan itu.. Maka akan terkena BADI bercerai macam pasangan - pasangan yang lain??
Badi apa yang aku faham adalah terkena sesuatu atau semangat negatif dari sesuatu perkara/benda yang negatif. erkk! korang paham ker?? Itu apa yang aku tahu la kan pasal BADI ni.. So aku search la kat google tentang badi & terjumpa something yang bagus juga untuk share dengan korang.. Hukum mempercayai BADI..

apabila seseorang terlalu mempercayai pantang larang dan badi, ia boleh merosakkan aqidah dan tauhidnya kepada Allah. Hukumnya adalah HARAM. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu khususnya perkara negatif, dia lebih mempercayai kepada kesan melanggar perbuatan tersebut berbanding ketentuan daripada Allah.

 Sebenarnya BADI ni tak wujud.. Kalau dah nak cerai.. Ramai lagi artis yang tak masuk rancangan tu pun bersepah bercerai, kan?? Untuk apa kaitan rancangan tu sebagai BADI penceraian walau sudah tujuh kes pasangan artis yang pernah sertai rancangan tu bercerai berai. Kita ambik pandangan dari sudut lain.. Jangan melihat dari sudut mistik & tahyul.. Elok ke rancangan tu?? Suami Isteri terkinja - kinja, terkangkang2 atas pentas untuk tontonan & nilaian orang?? Walaupun laki bini.. Tapi bukan tu punca cerai.. Kenapa artis mudah kawen & cerai?? Senang jer.. Bila menjadi publick figure.. Ia sentiasa di dedah pada umum.. Sentiasa di perhatikan & di beri perhatian.. Menjadi terlalu istimewa di mata masyarat.. Punca kenapa berlakunya penceraian.. Sebab tenggelam dalam dunia glamour.. Rambang mata.. Terlalu banyak pilihan.. Mudah tergoda.. Terlalu banyak gosip & fitnah then semua tu menjadi punca. Bukan sebab BADI, ok!

BADI cuma satu kepercayaan kuno masyarakat melayu zaman purbakala.. Kita ni di zaman kuno lagi ke nak percaya BADI bagai ni?? Tapi nampaknya kita kini semakin kuno.. Terbukti dengan banyak kepercayaan mistik & tahyul berlaku di kalangan masyarakat kita sekarang. Kalau zaman dulu.. orang sakit jumpa bomoh sebab susah nak cari doktor tapi zaman maju yang dah bersepah doktor pun still cari bomoh. Pastu keluar paper muka depan kena cabul.. kena rogol.. kena tipu dengan bomoh. Betul ada sakit yang doktor tak boleh trace terpaksa menggunakan khidmat pengamal perubatan Alternatif..Tapi pergi la pada saluran yang betul. Kalau betul terkena sihir atau gangguan makhluk halus.. Darulsyifa punya popular dok ada. Guna konsep sedekah jer kalau yang berkemampuan. Then napa nak pegi bomoh labur duit bagai.. yang kita sendiri tak sure dia berubat secara Islam atau baca mantera siam. Erkk.. dah terlari tajuk lak!

Masing - masing ada AKAI.. so PAKAI bukan GADAI.. ok!

8 comments:

  1. salam...

    jodoh pertemuan di tangan Allah..swt..

    sama ada badi atau tak..tak timbul.mungkin secara kebetulan saja..

    ReplyDelete
  2. Pergh... SEMArt "BADI" NI

    ReplyDelete
  3. badi ? wesh ! mmg betol pon. xleyh caye bende-2 nie sume. huhu..

    ReplyDelete
  4. na'udzubillah...

    sandarkan segalanya pada Allah.. :)

    ReplyDelete
  5. betul tu.. jodoh pertemuan di tangan tuhan. Badi tu.. hurmm... takkira la pasangan ke tujuh ker.. lapan ke.. tiga ke.... kalau dah takde jodoh. semua tu tak kira pun.. kan ? hehe

    ReplyDelete
  6. Betul tu Dik..Org kite ni ada yang senang sgt percaya menda2 cmni...

    Kalo katakan ada sorang dukun yg kata 'Esok ko akan dpt keta baru', tup2, dgn izin Allah dpt la keta baru...Dia mesti ckp timekasih kat dukun tu dulu bukan ngan Allah...Betul tak? Hehehe

    ReplyDelete
  7. Takde la Badi2 bagai ni.. Semua tu kebetulan yg menjadi kepercayaan. Apa yg berlaku dah Ketentuan Allah dgn alasan yg sahih..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com