MISTERI SEBUAH BATUK

12/09/2010 12:51:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Erkk.. boleh ke guna sebuah batuk?? Agak - agak cikgu bahasa melayu rotan tak ni?? Kekekekeke... Bahasa blog bukan untuk di jadikan bahan rujukan untuk mana2 adik - adik yang masih belajar yer!! Amaran keras.. Bukan Amalan Keras yer.. Jangan tiru sebarang perkataan yang di tulis dalam blog yang tidak mengikut tatabahasa yang betul untuk menjadi karangan semasa membuat latihan atau Exam, Ok!


Okey.. Berbalik pada cerita ceriti misteri sebuah batuk ni.. Apa yang misteri sangat Cik Lekit?? Agak - agak misteri tu macam rancangan Misteri Nusantara tak?? Tak pun ala - ala Misteri Siti Balqis di larikan Jin Naik bas Express yang tak bapa lama dulu tu?? Misteri kategori mana ni Duhai Permaisuri Lekit. (wah Naik takhta Permaisuri dah!!)

Okies.. Misteri sebuah batuk ni tak tau la korang penah hadapi or tak. Tapi bagi aku Misteri la.. Sebab apa tau?? Sebabnya siang hari tak batuk.. Tapi bila menjelmanya saat tengah malam.. Kira - kira pukul 12 keatas.. Batuk akan semakin menjadi - jadi. Iramanya kian rancak pulak. Tekak pula perit. Siang ok jer.. Boleh abiskan lagu Madah berhelah dengan high pitch lagi. Apsal bila tengah malam je batuk ni?? Konpius den!! Aduhai.. Tiap - tiap malam nak kena telan ubat batuk.. Lama - lama bengong aku. Yelah.. Lepas minum ubat batuk mula la lalok.. Pening - pening lalat pastu pengsan (tido le tu!) Maybe batuk ni saja kot jeles.. Sebab dia tau aku akan aktif sampai tengah malam. So dia nak mengurangkan Isomia.. Then dia serang time - time camni pastu sure aku minum ubat batuk.. Bila dah minum ubat batuk confirm ngantuk. Batuk.. Batuk.. Prihatin je ko dengan waktu tido aku.

Korang penah terjadi Misteri batuk camni?? Kalau orang lain pun biasa kena.. Maka ia memang tak misteri cuma aku je ala2 jakun gitu.

Jom aku share skit info melekit pasal batuk yang sempat aku search tadi.

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Sikit jer.. nak banyak search la sendiri.. banyak info pasal batuk kat google

3 comments:

  1. dulu Ex-gf saya doktor... dia ckp, batuk ngan selsema tu baik tuk manusia... jgn cepat sangat nak hilangkan batuk.. mungkin batuk nak kuarkan alien dlm sistem badan kita...

    ReplyDelete
  2. Nyah.. kawan i pun bekas doktor kena terminate sbb salah suntik bontot pesakit.. Dia ckp kan nyah.. alien tu cuma satu je & cuma sorang je akan di jangkiti alien tu kt dunia ni.. maybe u la kot nyah org tu.. so, U je di suggestkn supaya x membenteras batuk utk mengeluarkan alien tu dr badan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com