Posts

PEMBUBARAN KUMPULAN PALING BAHAYA KAT OFIS

Image
Terasa bagai musim sonata jer kan bila gi opis sekarang. Bukannya apa Uolls rasa tenang jer bila takde lagi mulut2 ganas berkumpulan... Nak tau apa ceritanya. Jom kita ke segmen yang cerita ceriti dengan episod mengumpat sambil belajar. Terus posse ala2 heroin winter sonata gitiew.. Adakah I secomel dia Uolls?? Kalau Uolls ada baca entry lepas - lepas Uolls akan paham cerita ceriti untuk kali ni adalah keseninambungan dari cerita ceriti yang lepas. Kisahnya setelah perang muncung itu, maka group bermulut longkang itu nampak makin bercerai berai. Tiada la longgokkan mak2 dara kat meja admin untuk sesi bergosip tahap mulut puaka. Ha.. Kau!! Bergosip tak ingat.. sampai menganga kau Yang paling best.. dengar2nya group itu semakin hilang & akan di buburkan terus sebab dorang2 semua dah tak bersatu padu lagi. Yang si mat patah tu dah resign, si mak buyung macam di boikot dalam senyum.. Si Mak2 dara yang lain nampaknya mula menampakkan kesedaran diri betapa pentingnya duit dari dok ...

PILIHAN YANG TIADA PILIHAN

Image
Napa lak tu?? Apa kes lak Pilihan yang Tiada Pilihan ni?? Jangan panik.. itu adalah tema teater yang aku tengok malam semalam.. GELOJAK. apa menda gelojak tu aku tak paham tapi aku faham apa yang nak di sampaikan dalam teater tu. Ni la stage untuk GELOJAK Tu dia mukadimah cerita ceriti kita hari ni. Malam semalam aku & my hubby gi tengok teater Gelojak kat Taman Budaya. Alah.. tempat yang banyak nyamuk tu. Well.. still banyak nyamuk lagi. Takde apa yang berubah walau silih berganti teater yang di tayangkan kat situ Taman Budaya.. Tolong Kurangkan drakula ni yer.. abis darah den di sedut Okies jom kita kupas kupis skit tentang teater yang aku tengok. Bukan kopek kelapa la tambi.. Den nak kupas kupis story den jer Ceritanya berkisar tentang banduan yang bakal di jatuhkan hukuman mati. Mereka di beri pilihan untuk memilih cara bagaimana untuk mati. Ada 4 orang banduan dalam cerita tu. 2 orang perempuan & 2 orang lelaki. Yang sorang minah tu di hukum atas kesalahan membun...

BILA SI MULUT LONGKANG MELONGKANGKAN RAKAN SEPELONGKANGAN

Image
Amik kau tajuk entry kali ni.. Dah terang2 kita skang ke segmen mari mengumpat sambil belajar.. alkisahnya.. (lokasi masih lagi di ofis) Ok Uolls.. kita mulakan segmen sekarang Di ofis aku tu memang dah sinonim group mulut longkang bertalam 2 muka.. Dorang ni aku pun pelik. sesama sendiri pun mengumpat. Tapi bila bersatu.. orang lain pula dia umpat & bila berpecah sesama sendiri pula di umpat. Tak tau nak kategorikan makhluk2 ni spesis apa & dari planet mana.. Malam skit makcik.. makhluk bumi je kuat ngumpat. Kat planet lain xde tau.. x kuasa nyah!! Bila dorang bercerita sesama sendiri, masing2 kuarkan berita2 sensasi yang sudah semestinya bertemakan gosip. Orang kata pengumpat2 handalan selalunya jatuh kepada kaum hawa tapi kat ofis aku ni ada sorang mat patah (nak kata pondan bermisai janggut bagai tapi perangai alahai nyah..). Dia ni boleh tahan dalam juga tahap kelongkangan nya. Bila bergosip mengalahkan makcik2 kat kampung. ko pk orang kampung takde keja lain ka as...

LIRIK PILIHAN

Separuh Jiwaku Pergi Memang indah semua Tapi berakhir luka Benar ku mencintaimu Tapi tak begini Kau khianati hati ini Kau curangi aku Kau bilang tak pernah bahagia Selama dengan aku Itu ucap bibirmu Kau dustakan semua Yang kita bina Kau hancurkan semua Lirik pilihan.. Mungkin kita menganggap ini adalah luahan hati Anang bila di tinggalkan kris dayanti.. Betul! Lagu ini terilham dari rasa kecewa Anang. Namun aku percaya masih ramai di luar sana yang juga menumpang lagu ini untuk meluahkan rasa yang sama bila terasa diri di khianati orang yang tersayang. Kita melalui perkara yang sama sebenarnya.. Cuma berbeza situasi, masa & tempatnya. Benar sekali hidup ini umpama putaran roda. Mungkin kita pernah mengecewakan dan satu hari pasti kita akan melalui juga saat di kecewakan. Itulah lumrah kehidupan.

LIRIK PILIHAN

Terlanjur Sayang Segala cintaku yang kau jala Membawa diriku pun percaya Memberikan hatiku Hanya kepada dirimu... selamanya Sampai kapan jua Menjaga segala rasamu Agar dirimu selalu merasa Akan cinta kita Apakah diriku yang bersalah Hingga pisah di depan mata Tetapi diriku masih Tetap cinta kamu kasih... selamanya Sampai kapan jua Menjaga cinta kita Agar tetap di tempatnya Sehingga takkan sampai punah Seribu ragu yang kian menyerang Tapi diriku terlanjur sayang Walau arah mata angin melawan Tapi diriku bertahan dan ku berjalan Santun berkata kau pun menanyakan Mengapa cinta dipertahankan Tetapi haruskah dipertanyakan Bila ku terlanjur, ku terlanjur sayang * Kadang - kadang kita tahu akan situasi namun berharap ia akan berubah di masa depan namun bila harapan cuma harapan yang entah bila kan jadi kenyataan, terpaksa akur & redha. Jika perpisahan itu yang terbaik maka... itulah yang seharusnya di pilih biarpun dalam hati masih ada   "CINT...

Saya Sangat Rindukan Ayah..

Rindu yang tiada penghujung... Dah Genap 24 hari pemergian Arwah Ayah... Sejak 2 menjak ni aku kerap mimpikan Ayah. Mungkin aku terlalu rindukan Ayah. Lebih2 lagi hari meraikan majlis perkahwinan aku semakin dekat. Betapa pilu hati setiap terkenang Ayah yang tak sempat merasa untuk menerima menantu sekaligus inilah majlis perkahwinan pertama yang di adakan dalam family aku. Sebelum dia meninggal.. Aku dapat lihat betapa Ayah teruja untuk adakan majlis perkahwinan aku. Mengenang semua tu, bertambah sayu hati aku. Setiap saat, wajah,suara.. Ayah bagai bermain di dalam bayangan ku. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia ku terasa bagai hari yang buat aku semakin pilu kenangkan Ayah yang takde bersama sama meraikannya. Hanya Tuhan saja yang tahu.. Aku terlalu lalu rindukan Ayah. Sampai pernah aku bagitau mak supaya membatalkan saja majlis sebab hati aku semakin tersiksa untuk meraikan tanpa Ayah. Semoga Tuhan beri aku kekuatan. Ayah.. really2 miss U so much. Al Fatihah

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...

Image
Tu dia.. Tajuk entry kali ni. Kau ada brani??? Apa kes lak ni kan... Macam la aku ni penulis tersohor nak buat statement camtu. Kau ada kena abbyfunny the lekat lekit gurl?? Takde kan??? Well.. U know me Bukan apa terjumpa satu blog ni kira2 2 3 bulan yang lepas. Tak sempat la aku nak siasat latar belakang, tepi, tengah, atas bawah dia tapi dari pengamatan yang kabur2 ni maybe dia seorang blogger yang di kenali ramai & banyak follower termasuklah den kan. Den ni memang gomar add sebagai follower tanpa segan silu tak kira la sapapun dia. Apapun yang add den... i dedicate this song 4 Uolls.. Berbalik pada cerita seorang blogger yang mahu di kenali sebagai Ben Ashaari. "Jangan Bagi aku membebel" katanya. Siap ada aktiviti menjelajah blog tapi dengan sapa2 yang mahu di jelajahi oleh En Ben Kita ni haruslah membuat satu entry khas yang bertajuk " Saya mahu blog di jelajah oleh Ben Ashaari.." lebih kurang camtu la bunyi nya kot. Ramai juga yang gila nak di terja...