Posts

SEKADAR UPDATE

Image
Wah.. agak berhabuk blog aku. Rasa lama sangat tinggalkan dia kesepian. Sekarang tiba masanya untuk aktifkan jari semula. Majlis semua dah selesai.. Umah semua pun dah kemas. No more raja sehari.. Time memulakan rutin harian sebagai bini orang. Pun begitu aku masih lagi menikmati sisa2 cuti sebelum balik melihat meja aku yang confirm berselerak dengan file2. File2 yang bersepah kat meja aku tu bukanlah kiasan kepada betapa banyaknya keja menanti kepulangan aku kat opis tapi.. Manusia itu yang kalau guna or cari apa2 kat meja aku memang akan sepah. Kalau takde respek harta benda orang memang camtu. Tapi meja dia pun dah macam sarang tikus.. maybe dia jenis selesa bekerja dalam keadaan bersepah kot. Bila bercuti panjang camni.. mula la virus2 malas nak masuk keja menguasi tubuh. Rasa tenang je kat kampung walau semua adik beradik aku dah balik & start keja. Macam kata pepatah.. "hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri." Maca...

Budak dua tahun merokok dipujuk ibu

Image
PALEMBANG - Seorang ibu di Indonesia yang cuma mahu dikenali sebagai Diana mengakui dia sudah berputus asa bagi memaksa anaknya berusia dua tahun berhenti merokok 40 batang sehari, lapor sebuah akhbar semalam. Anak wanita itu, Ardi mendapat perhatian penduduk dunia pada minggu lalu selepas imejnya menghisap rokok disiarkan di beberapa laman web. Bapa budak itu dilaporkan memberikan anaknya itu sebatang rokok untuk dihisap semasa dia berumur 18 bulan. "Saya merokok semasa hamil tetapi selepas saya melahirkan anak, saya berhenti merokok," kata ibu Ardi itu kepada stesen televisyen CNN . "Saya tidak mengingati bila (anaknya mula menghisap rokok) tetapi kami pergi ke pasar dan tiba-tiba sebatang rokok berada dalam genggaman tangannya. "Malah, semasa dia masih bayi, apabila menghidu bau rokok, dia akan berasa gembira," tambahnya. Menurutnya, Ardi kerap muntah dan menghentak kepalanya ke dinding semasa marah kerana tidak diberikan rokok. Ardi kini me...

MENGULAR KAT OFIS

Image
Sengalnya badan... Rasa tak selesa badan hari ni. Untuk kelegaan selamanya.. meh massage guna jentolak Semalam off day.. Off record sebab2 off day. huhuhu.. Harini datang ofis ada insan yang buat muka taik.. Biasa la aku cuti semalam tak inform apa2. Ahh.. lantak la. Gaji bln Mei pun banyak yang kena potong. Aku pun tak ingat bapa hari aku cuti. payslip pun 6 bulan skali baru nak bagi. Ntah apa di peram payslip tu pun tak tau la. Lebih comel makhluk ini berbanding rupa insan itiew Tu la management kat sini. Baik la aku keja kat ofis lama. Teratur jer.. dapat gaji dapat payslip. Ni company bleh tahan. Branch banyak tapi.. Yang dorang tau kerah orang keja. Memang la gaji di bayar sebab untuk orang yang keja tapi kebajikan pekerja kena la jaga gak kan?? kan Malaysia ada undang -undang. Korang tak pelik ke kerja setahun belum confirm. Kalau tak layak kerja.. bagitau jer. Ni sampai setahun tak confirm. Selagi tak confirm kwsp tak di bayar. Wah.. sangat unik prosuder company ni kan! ...

SERABUT

Image
Tahap pening mula melampaui batas... sakit kepala den. Terasa macam nak nyanyi lagu anak itik tokwi untuk lupakan seketika kepeningan ni. Doc.. please help me... fening la beb Minggu ni office hours 9 -6.30 pm, sebab minggu sabtu off day. Lagipun aku last keja hari khamis lepas tu cuti panjang jab untuk majlis kawin aku 6.6.10. Majlis yang buat kepala aku kembali berputar putar macam roda impian. Kalaulah aku boleh skip.. hurmm.. skip tak boleh la lak. Okies.. okies.. kalau aku boleh postpone.. Wang besar.. Wang Besar.. Uwarghhhhhhhhh Wang! Wang! Wang! Apapun, yang akan berlaku Insyaallah akan berlaku. Hurmm... Go with the flow. huh.. what to do.. Kat ofis tenang jer kan skang. Tadi ada si akak **tettttttttt** datang ofis siapkan keja dia. Dia nak buka story kat aku sapa yang slama ni menjadi talam 2 muka kat ofis & suka laga2 kan orang. Padahal aku dah tahu sebelum kewujudan dorang lagi kat sini. Dah basi... takde suprisenya pun. Cuma aku diam & malas nak campur. Bagu...

STATEMENT NOH HUJAN ISU 'Noh Hujan Kata Awek Unisel Tak Cun & Busuk'

Image
Bila baca statement2 Noh hujan terhadap isu "Noh Hujan Kata Awek Unisel Tak Cun & Busuk" Memang agak kerek la.. Katanya bergurau.. Hello bang!! Ko tu artis bergurau pun tengok la kiri kanan dulu.. Di akui muka beliau memang cute Ni antara statement2 yang aku rasa tak bleh blah dari Noh.. ( Di cedok dari http://www.izyan.com/2010/05/noh-hujan-kata-awek-unisel-tak-cun-dan.html ) “Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain. Saya bergurau je. Kelab peminat Hujan sendiri, Raingers pun gelak bila dengar isu ini. Orang dah tahu Noh macam mana. Noh nak buat peminat serapat yang boleh dengan Noh. Saya nak orang selesa dengan saya. Itu cara saya. Silap saya buat macam itu dekat orang yang salah.” ** Komen aku pada statement ni senang jer.. Tak semua orang tau awak tu jenis bergurau camtu. Awak tu artis & ramai peminat. Tak semua orang boleh bergurau ca...

SATURDAY..

Image
Mencik!! Mencik!!! Mencik!!! Berasap je bila kena keja hari minggu.. Awas ko yer! Tak suka la kena keja hari sabtu. Sepatutnya today I tido tau.. Kena jugak bangun gi keja.. Uwaaaaaaaaaaaa.. Kejamnya mencuri masa tido saya. Rindunya saat bleh membongkang sedemikian rupa pada pagi sabtu yang indah Ni minggu ketiga saya bekerja hari sabtu. Lepas ni katanya selang seminggu keja hari sabtu.. tapi office hours bertukar jugak. Kalau minggu ni bekerja hari sabtu office hours 9 - 5 pm la.. kalau next week tu cuti sabtu bermakna 9 - 6.30 pm la. Aku lebih suka keja macam dulu sebab sabtu tak keja. Baik la office hours 9 - 6.30 sebab kadang2 ada keja balik lewat gak. Lagipun overtime mana ada bleh claim. Kira buat keja sukarela la kalau lebih masa ni. Sungguh hampeh kan?? Ni la nasib kuli macam I ni.. Terpaksa keja kuat walau gaji ciput Nak buat camna nak cari rezeki halal untuk bersuap nasik katanya kan.. Walau setahun kerja tak confirm2 lagi, Tak pernah naik gaji.. Tapi sabar je la kan...

PEMBUBARAN KUMPULAN PALING BAHAYA KAT OFIS

Image
Terasa bagai musim sonata jer kan bila gi opis sekarang. Bukannya apa Uolls rasa tenang jer bila takde lagi mulut2 ganas berkumpulan... Nak tau apa ceritanya. Jom kita ke segmen yang cerita ceriti dengan episod mengumpat sambil belajar. Terus posse ala2 heroin winter sonata gitiew.. Adakah I secomel dia Uolls?? Kalau Uolls ada baca entry lepas - lepas Uolls akan paham cerita ceriti untuk kali ni adalah keseninambungan dari cerita ceriti yang lepas. Kisahnya setelah perang muncung itu, maka group bermulut longkang itu nampak makin bercerai berai. Tiada la longgokkan mak2 dara kat meja admin untuk sesi bergosip tahap mulut puaka. Ha.. Kau!! Bergosip tak ingat.. sampai menganga kau Yang paling best.. dengar2nya group itu semakin hilang & akan di buburkan terus sebab dorang2 semua dah tak bersatu padu lagi. Yang si mat patah tu dah resign, si mak buyung macam di boikot dalam senyum.. Si Mak2 dara yang lain nampaknya mula menampakkan kesedaran diri betapa pentingnya duit dari dok ...