Posts

VIRUS VS DUGONG BETINA

Image
Benci! Meluat! Menyampah! Menyakitkan hati!!! PC aku kena virus.. dari semalam lagi aku perasan. Dah la banyak data2 ofis tu dalam pc aku. Abis la kalau di makan dek virus durjana itiew. Paling durjana manusia yang menjemput virus bertandang dalam pc aku kat opis. Dengarnya masa aku cuti, semangkuk mak dugong sampai melekat bontot kat meja aku punya online guna pc aku. Seminggu aku off day seminggu la dia meleka lekit kat tempat aku. Kata informer tak bergaji aku lagi, tiap2 hari pun dia suka guna pc aku. Dia tengok je aku pegi kuar makan or balik terus la terkedek2 datang ke meja aku. Pelik.. Company dah sediakan pc untuk sales advisor guna, pc aku jugak dia nak guna. Dah tu kalau pandai jaga takpe. Sampai kena virus memang hangin jugak. Punya la sedap dok online kat pc orang sampai berasap pun tak sedar Spesis bengong camtu orang tegur pandai lak menjawab. Tapi sesama sales advisor je dia berani menjawab dengan admin tak berani lak. Perangai dah la buruk.. Bukan aku je menyampah...

DUHAI MAJIKAN.. ANDA KAYA KAMI KAYAP

Image
Sabtu yang paling den tak suka adalah sabtu yang mencuri waktu tido den.. Minggu ni sabtu den kono kojo. Maleh sungguh nak bangun. Tapi takpe sebab takde keja pun nak buat kat opis ni..So bleh la menganga sampai pukul 1 pastu membawa diri pulang. Udah abis kerja harus pulang yer..   Melepak kat opis sorang di hari sabtu memang membosankan.. Bos aku pun dari aku datang tadi dok nganga depan tv jer. Apalah management ni suruh keja hari sabtu. Dulu elok je cuti. Keja pun bukan ada keja nak buat. Just menambahkan kos bill. Tak ke kurang cerdik namanya??? Bosan pun kena gak tunggu sampai pukul 1.. nak wat camna, kuli jer   Tu la lumrah.. Biarpun owner company ni ngaku dia bermula dari bawah & lahir dalam family yang susah tapi bila dah di atas, kaya raya dia lupa orang di bawah dimana level yang pernah dia duduk dulu. Kebajikan pekerja tak di jaga, yang dia fikir adalah macam mana nak mengkayakan diri dia jer. Manusia memang mudah lupa walau dia pernah rasa kesusahan yang p...

MASAKAN AYAH

Image
Wah.. Jarang2 sekali waktu pagi ku diisi setiap saat dengan kerja. Skali2 kena cover opis sorang2, mau terkangkang kangkung aku buat buat keja. Namun... Tetap ada masa mengular bila kerja dah aku settlekan. Sementara menanti semua application tu approve maka bleh la aku melenggang perut kat opis ni. Op's tak bermakna takde keja yang akan menyusur lagi selepas ni. Ha kau!! Cara2 memanafaat bawah meja kat opis   Hari ni tak dapat la aku meramaikan majlis kat restoran nasi campur Anjung tu. Mana bleh kuar takde orang cover opis. Bos aku dah berdesup pegi meeting katanya. So, berpuasa la kejab di tengahari bulan Jun ni kan?? Takpe tiap2 pagi aku breakfast so, perut takde la di serang angin tsunami. Bagus amik sarapan pagi sebab boleh mencerdaskan otak berbanding orang yang tak amik breakfast ni. So, amalkan sarapan pagi. Tak perlu makanan berat, minum je pun dah cukup, kan?? Tapi aku kalau breakfast sekarang takde nak ringan2 sangat. Al-maklum la tengah ada selera makan ni maka belas...

LUNCH TIME

Image
Dah kenyang semua?? Mesti melantak tak ingat kan?? Lunch time ni restoran2 or kedai2 nasi campur memang jadi perhatian pelahap2 sekalian seperti aku juga. Kadang2 sedap di mata, tidak di tekak. Kadang sakit dimata, sakit juga tekak nak menelan. Dan ada juga sedap dimata, sakit di tekak tercekit di kocek, Kan??? Bukan la aku nak cerita pasal sedap or tak atau mahal or tak harga makanan ni yang aku nak cerita sal nasik. Pehal lak ngan nasik ni?? Jom kita kupas kupis...   Ni kaedah rawatan tercekik di tekak bukan di kocek yer Ni berkenaan jumlah nasik yang di senduk oleh pembantu restoran atau kedai2 nasik campur. Bukan mengikut kiraan butir nasik tu yer.. Kalau nak kira sebijik2 sampai kiamat pun tak makan la pelanggan kat situ. Alkisahnya pelanggan ni pelbagai kan?? ada yang nak separuh nasik, ada yang nak biasa jer & ada yang nak extra. Kadang2 tak mengikut size badan pun jumlah nasik yang di minta. Kita tengok besar tapi minta nasik separuh.. maybe dia tengah berdiet. Ada y...

MEJA

Image
Pepagi lagi semak tengok meja aku kat opis ni.. Dah la meja kecik, macam2 benda & orang dok kat meja aku. Makin semak otak aku. Kalau dulu opis lama,space dia besar skit so aku ada 2 meja. Satu meja aku buat keja & satu meja pc aku. Sekarang meja yang letak pc tu je jadi meja aku mana tak sesak. Sales advisor lak suka sangat datang kat meja aku bila nak guna tel. Makin menyemak jadinya. Dulu cenggini mejo den.. | |  skang cumo gini jo.. mano tak sompinyo jang Ooi   Yang paling menyampah tu.. kalau aku takde, ada je orang nak guna meja & pc aku. Dah guna tu ok la.. abis barang2 aku hilang terutama alat tulis. Paling aku benci suka save file dorang dalam pc aku pastu bila aku tengah buat keja, dorang nak guna file tu edit something nak guna pc aku padahal dah sedia pc untuk sales advisor. Nak juga guna pc aku. Ntah apa yang best tak tau.. Kadang2 hangin jugak tengah banyak2 kerja orang datang nak guna pc. Walau aku bagi pun tapi dalam hati dah boleh panggang ayam.....

Wanita 66 tahun lahir anak kembar 3

Image
INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin. BHATERI dan tiga anak kembarnya.  Suaminya, Deva Singh, 64, gembira kerana Bhateri sudah menunaikan impiannya untuk mendapat anak. “Bhateri isteri pertama saya dan selepas gagal memberikan zuriat, saya berkahwin lagi tetapi isteri baru saya juga tidak dapat melahirkan anak,” katanya. Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. “Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga,” kata Dr Anurag Bishnoi. - Agensi

NILAI SEORANG KAWAN BAPA RINGGIT EKK??

Image
Petang yang akan damai & mengantuk kat opis.. Dah takde manusia kat opis bleh la mengUpdate blog aku ni. Lengang.. Bleh melenggang perut tanpa was - was Hari ni cerita ceriti aku berkisahkan seorang kawan. Kawan yang masa susah, kejab2 call. Minta tolong.. Tak aku cakap semua permintaan dia aku dapat tolong tapi setakat mana aku bleh tolong aku akan tolong. Kira ada juga la budi aku yang aku harap dapat mengekakalkan hubungan per"kawan"an antara aku dengan dia ni. Ayo..yo.. Tanggecik! tolong la saya ada manyak masalah ni..   Nak di jadikan story.. Ada satu ketika dimana aku terpaksa mendiamkan diri seketika dari semua orang. Tak lama sekejab jer.. Tapi bermula dari episod tu nampaknya dia seolah2 blame aku dalam kebisuan. Aku tegur pun dah tak layan kan?? Aku ingat dia merajuk giler dengan aku sebab ada sebelum ni dia ajak aku kuar tapi aku tak boleh. Waktu tu macam2 masalah datang dalam hidup aku. Aku rasa dia paham... Bila aku amati betul - betul kesombongan sebata...