Posts

BARU 10 BULAN DAH 20 KG... CAMNI KALAU 10 TAHUN.. ERMM

Image
Bayi 10 bulan seberat 20kg BEIJING - Seorang bayi di China yang berusia 10 bulan memiliki berat sama seperti seorang kanak-kanak normal berusia enam tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Berat bayi yang bernama Lei Lei itu mencecah 20 kilogram (kg) dan dia turut digelar Michelin Baby yang merujuk kepada maskot pengeluar tayar terbesar dunia dari Jerman yang bertubuh besar. Menurut ibu bayi itu, Cheng Qingyu, anaknya mempunyai berat badan normal ketika dilahirkan namun disebabkan selera makan yang tinggi berat badannya bertambah sejak dilahirkan. Lei Lei ketika ini berada di sebuah hospital di wilayah Hunan selatan China, yang merupakan tempat dia menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti punca beratnya bertambah.

MASAK MASAK RAMADHAN..

Image
Hari ni tajuk entry ala2 rancangan masakan lak yer... Bulan2 puasa ni bagi para isteri mesti akan pikir.. Nak masak apa berbuka nanti, kan?? Yelah.. salah satu cara menambat hati suami adalah dari masakan juga.. (walau den bukanya pandai masak sangat pun). So, setakat 3 hari berpuasa & bersahur bersama en hubby aku dah masak apa ekk... (nak refresh otak sat noh..) Sambil2 idupkan api kat dapur kayu ni bleh pk nak masak apa   Isnin... Tak silap aku tak masak pun. Beli juadah kat bazar ramadhan jer. Selasa aku masak ketam masak cili padahal en hubby request ketam masak lemak cili api.. Aku dengar macam ketam masak cili. Apapun tetap abis semua ketam2 itu di belasah en hubby sehingga keboroian sekejab malam tu. dan malam tu juga en hubby makan lebih banyak dari biasa. Lebih kurang camni la rupanya ketam masak cili aku   Rabu.. Masak juga. Aku masak ayam masak sambal dengan sup ayam serta sayur bayam. En. Hubby makan skit jer nasik dengan sup ayam sebab dia tak sihat. Kura...

TAHUKAH KAU RINGTONE KAU SANGAT MEMEKAK

Image
Tu dia.. tajuk entry pun orang tau alkisah yang nak di kisahkan. Bukan la nak mengumpat di bulan ramadhan yang mulia ni sekadar bercerita ceriti untuk di jadikan teladan. Senang cakap kita ke segmen mengumpat sambil belajar lah! Jom Uolls kita mulakan majlis.. Amik berkat.. Doa2 kan la jari puaka aku menjadi suci yer Tahu la enpon ko mahal.. communicator katanya. Takde rm3k jangan berangan la.. tapi 2nd hand bleh la dpt 6-7 ratus skang ni. Kalau ye pun enpon ko mahal ko tak reti2 ke rendahkan volume ringtone kau tu. Dah la full song ko set kat ringtone kau tu.. lagi ko tak jawab selagi tu la memekak. Tolong la respek orang lain sama. Ni opis bukan rumah hak milik peribadi. susah kan kalau orang jenis tak reti respek orang. Kang tego orang kata jeles.. Depa enpon bleh bukak katup.. cheq nye enpon tekan2 guna ibu jari jer   Bukan la niat nak mengumpat bagai tapi kalau dah hari2 camtu, nak2 pulak kadang enpon tu di biarkan jer bernyanyi kat situ lama - lama. Uolls sendiri pk la k...

SELAMAT BERPUASA

Image
agak lama jugak aku tak menghapdetkan blog ni.. Bukan apa Uolls.. minggu lepas seminggu aku bercuti kat kampung atas sebab2 yang korang tak yah la tau yer.. Puas den bercuti ni kat kampung. Ending story nye malam sebelum balik K.L si kasim gigit tangan aku masa aku cuba nak selamatkan dia dari kena belasah dengan dik cik. Bengkak juga 2 hari tapi arini dah kurang sebab dah pegi suntik kat klinik semalam. cuma skit2 je sakit dekat bekas gigitan dia tu. Ni la wajah2 penjenanyah itiew... Takde apa nak aku ceritakan kat blog ni.. kalau ada pun kisah2 yang dah basi.. Arghh.. Malas la nak ungkit bangkit lagi. Suasan keja makin membosankan membuatkan aura malas semakin menjadi jadi. Nak2 masuk la seko yenna (CRE baru tu). Tak abis - abis cari pasal dengan orang. Ada je orang dia nak sound. Memang dah spesis yenna camtu kot.. Dah malas nak cakap sal anak kelly Eng seko tu. Dia dapat sokongan padu dari bos so makin kurang ajar la jadinya. Nak cakap pasal En Bos pun malas sebab aku dah hila...

USIK USIK ADIK PENGKID

Image
Nak gelak ke nak nangis or nak gelak guling2 sambil nangis??? Takpe la senyum je la ekk... Jenjalan kat FB memang best lagi2 FB aku yang accept segala jenis spesis manusia & jantina. Ada perempuan ada lelaki & ada juga 'JANTINA'. Paham ke Uolls apa itu JANTINA yang aku maksudkan??? Yer betul adik - adik.. tapi takut nak cakap. JANTINA adalah insan yang dilahirkan sebagai lelaki/perempuan yang bernaluri atau cuba menjadi seorang lekaki/perempuan. Eh.. eh.. bila masa lak I anti dorang?? nehi.. nehi... k! Contoh akak senduk.. I suka dia tau! Very da Puaka ninyang rapik dia punya coretan kat blog. I loikeeeeeeeeeeeeeeee.......... her/his name Kak senduk. Tengkiu! Nak dijadikan cerita Uolls.. Jenjalan punya jenjalan terbaca la satu status adik peng tentang dia punya imaginasi ni.. (Uolls bacalah kat bawah yer..). Yang 1st comment i dia delete i tak sempat nak printscreen Uolls.. Tapi lebih kurang camni la comment i.. "U'r taste like a gurl.. Walau U try 2 be a bo...

HULURKAN TANGAN RINGAN KAN BEBAN

Image
** Yani saya cuba membantu apa yang saya mampu.. Moga ia dapat meringankan beban yani. Pada anda di luar sana, sumbangan anda amat bermakna. Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi yani di blog beliau http://aliaharyanie.blogspot.com/ .

KANAK KANAK 11 TAHUN YANG DI CULIK DITEMUI SEMULA

Image
myMetro | Kakak ditarik masuk kereta IPOH: “Sebuah kereta Perodua MyVi hijau menghampiri kami sebelum seorang lelaki keluar dan meminta kami menunjuk arah kedai terdekat yang menjual kad tambah nilai prabayar. “Dia tawarkan RM1 kepada sesiapa yang menunjukkan arah kepadanya. Tiba-tiba, dia menarik kakak yang berdiri berhampiran kereta dan menolaknya ke kerusi penumpang hadapan sebelum memecut kenderaannya,” kata adik kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi mangsa culik, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Taman Meru, mangsa bermain dengan adik lelakinya berusia sembilan tahun apabila tiba-tiba diculik sebelum ditemui semula oleh orang awam di taman permainan kawasan perumahan di Gopeng, kira-kira 45 kilometer dari sini, hampir tiga jam kemudian. Sebelum kejadian, mangsa dan adiknya bermain berhampiran rumah guru al-Quran yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka. “Selepas selesai mengaji, saya dan kak...