Posts

GADIS 12 TAHUN BERTUNANG DENGAN TERUNA 14 TAHUN

Image
Pejadah malam baru nak selak2 akhbar online. Siang2 tak ingat lak nak belek2 cerita ceriti dalam akhbar tu, kan?? mukadimah dengan bebel ni pehal lak kan?? Bukan apa Uolls dulu aku rajin sangat la selak2 metro online. So, update la skit pengetahuan aku tentang apa yang berlaku dari masa ke semasa dalam negara kita ni. Tapi sejak jadi suri rumahtangga ni aku cuma baca dari blog jer, jarang2 lak nak buka harian mentro online. Ni la dinamakan perubahan suasana, kan?? Pilihan ku Selak punya selak H.M online, terselak satu kisah ni.. dengan tajuknya TUNANG GADIS SUNTI (clik je kat situ kalau Uolls yang belom baca). Si Gadis baru berusia 12 tahun & si teruna lak baru melepasi akil baligh (ye ker??) 14 tahun. Keluarga dorang menunangkan adik - adik ni atas amanat datuk nenek dorang dulu yang nak merapatkan silaturrahim dengan jiran. Maka si mak bapak adik - adik ni demi nak menunaikan amanat orang tua, di tunang kan meraka dalam usia yang mentah lagi tapi perjanjian mereka cuma akan di...

ADA APA DENGAN ENTRY 'dia kembali sihat'

Image
Mata tak ngantuk.. Tapi dah takde aktiviti time2 camni maka benda yang tak pernah den godek.. den godek2 malam ni. Tetiba jer rasa nak buka stats blog den ni. Dalam banyak - banyak isu (tahun 2010) yang aku dok tulis, copy tampal & sebagainya aku pelik kena entry yang bertajuk Dia Kembali Sihat paling banyak view sampai sekarang?? Padahal entry tu cuma aku update nak bagitau virus - virus kat pc aku di opis lama dulu dah pun di nyahkan selepas di hantar format & install balik. Hari tu memang blur & takde pun cerita ceriti, umpat umpit atau segmen kupas kupis yang menarik tapi sehingga sekarang masih mengungguli carta stats aku.hurmm agak pelik??? Agak - agaknya kenapa yer?? entah la.. aku pun tak pasti. Untuk membuktikan kesahihan cerita aku ni jom aku kongsi stats blog aku. Agaknya kenapa entry tu banyak view sedang entry tu bagi aku takde apa2 yang menarik pun. Adakah kerana GIMIK dari tajuk entry? Atau senang di search? Arghhh.. aku sendiri tak paham kenapa tapi semua...

BIARPUN HAMPIR TERSUNGKUR NAMUN KESOMBONGAN CIKGU SHIDA MASIH BELUM TERHAKIS

Image
Itu lah bait - bait kata - kata terakhir dari seorang looser yang tidak mahu mengaku akan kekalahan & kesalahannya. Sesungguhnya jika anda berada di pihak yang benar & betul.. Dan jika anda seorang yang bijak & berjiwa pendidik yang di asuh untuk mengajar, membimbing sekaligus menjadi contoh pada anak muridnya, takkan terjadinya perkara sedemikian. Sekiranya dia menerima segala teguran & mengakui ada kesilapannya disitu mungkin ia takkan di hasut oleh tindakkan bodohnya sendiri sehingga terjerumus dalam mengeluarkan kenyataan - kenyataan jahil sebelum ini. Orang yang hilang arah, otaknya sukar lagi berfikir dengan waras seperti cikgu shida ni. Pada kaum keluarga, rakan - rakan & penyokong cikgu shida ni... sentiasa la amik berat pasal dia yer. Bukan apa.. biarpun dia mengaku tidak sukakan perhatian tapi sebenarnya dia inginkan perhatian semua cuma cara yang dia buat tu bukan salah tapi tidak kena pada tempatnya. Di sebabkan kontroversi ini, dia juga menjadi cetek a...

CIKGU SHIDA OH TEACHER SHIDA

Image
Rupanya bukan aku sorang jer rasa pelik & menyampah dengan perangai cikgu shida yang tergedik gedik.. terkinja kinja depan camera miming lagu artis2 lepas record edit & seterusnya upload kat youtube untuk tontonan ramai. (dalam entry lepas aku ada mengutuk pasal sepohon cikgu ni. clik Apa Punya Cikgu La Ni ) Baru aku tahu beliau benar2 seorang cikgu yang bernama Roshida Binti Abdul Aziz, Dilahirkan pada 21 April 1972, mengajar di salah sebuah sekolah di Bota, perak sebagai guru English & Muzik. Telah pun menubuhkan Fanpage (http://www.facebook.com/pages/CikShida-Original/107343609329183) untuk menangkis serangan berbaur teguran, nasihat, pendapat tentang perangainya yang pelik & tidak senonoh itu (ni Fanpage yang di kategorikan cikgu shida sebagai haters nya http://www.facebook.com/profile.php?id=100000119157216&v=app_9953271133#!/pages/Wajarkah-Cikgu-Shida-Sebarkan-Videonya-Untuk-Tontonan-Umum/154472377918594 ). Cikgu Roshida Binti Abd Aziz, Berusia 38 tahun se...

NOMBOR YANG MENARIK

Image
Yeahoooooooooooo... kembali bermain denga nombor.. Op's bukan 4D, sport toto, magnum or sebagainya. Itu haram yer Uolls.. Bukan ini yang di maksudkan yer.. Ini haram bagi umat Islam Kat counter blog visitor tU sempat den printscreen angka yang cantik untuk share kat blog den ni. Kebetulan jer.. Takde pun aku dok melagut kat blog sendiri dok refresh tiap satu minit semata2 nak printscreen nombor2 cantik ni. Takde kojo den nak buek sume tu jang Ooi! Jom kita belajar mengenal nombor yer adik2.. Takde la gah sangat visitor kat blog den ni. Lebih kurang usia blog ni 1 tahun 6 bulan cuma ini jer yang ada.. Alhamdulillah. Ntah betul counter ni ke idak tak tahu la beb. Apapun Jom aku share ngan Uolls angka yang cantik tu...   08910 = 8,9,10

TEATER BANGSAWAN BUNGA SAKTI CINTA MALAM

Image
Dah lama aktiviti teater ni terhenti.. Yelah bulan posa mana ada teater nak tengok teater mendanya. Cam biasa teater tiket yang berharga RM 5 bertempat di panggung Bandaraya DBKL, kuala lumpur.. sejak 8hb sehingga 10hb mempersembahkan teater bangsawan bunga sakti cinta malam. Hasil tulisan akak yang aku gemari ni.. Lenny Erwan. Ni la rupa Akak Lenny Erwan seorang tenaga pengajar kat Aswara kalau tak silap Cerita ni bertemakan cinta 100%.. 100% ker.. maybe 99% yer. Sebab dari awal sampai la babak last semuanya berkisarkan tentang cinta jer. Cinta2 ni memang la aku kurang minat skit dalam slot2 & pentas yang cantik buat aku suka la jugak tengok. Aku tak berapa ingat nama2 watak dalam cerita ni tapi watak2 utama seperti Aura, Lisa, BooBa, Laksamana DaDiDang aku bleh la ingat. Uolls semua gadis2 dalam watak penting cerita ni totally comel2 & sihat2 belaka. Tak tau la napa.. Maybe nak menciptakan kelucuan dalam cerita ni kot. Tapi hero2 lak alahai.. kecik molek semuanya. Kisah ...