Posts

SABAR SEORANG ISTERI.. mampukah suami sesabar ini???

Image
ISTERI... bukan hakmilik tapi satu anugerah. Sematkan di hati duhai suami - suami.. Anugerah yang di beri haruslah di hargai, di sayangi & di cintai... Kalau korang anggap isteri adalah hakmilik.. memang korang akan buat isteri korang sesuka hati. Yelah.. hakmilik.. sapa boleh pertikaiankan?? Op's No.. No.. No..!! Tidak ada benda dalam dunia ni hakmilik sesapa okey! Semuanya hakmilik yang Maha Esa. Menyeling kejab ke HM online hari ni... Di paparan muka depan sekali.. tak payah clik dalam - dalam. Kisah seorang isteri yang masih DARA setelah enam tahun berumahtangga kerana suaminya bernafsu songsang. Taknak kupas kupis pergolakkan rumahtangga dorang just nak kopek sikit keistimewaan wanita ini mengikut pandangan melekit ku. Dari Malam pertama bergelar isteri sehingga usia perkahwinan mencecah enam tahun.. Mari kita bayangkan wahai makhluk Tuhan yang di kurniakan akal. Betapa sabarnya wanita ini.. Sehingga dia menemui bukti si suami sebenarnya hanya bernafsu pada kaum sejeni...

WIDGET KAT BLOG KAMU COMEL TAPI....

Image
Meriah karipap pusing bila clik blog gadis  - gadis comel.. widget2 yang berterbangan.. sungguh indah.. bagaikan salji berbentuk macam - macam turun dalam blog mereka... Kecomelan itu sudah pasti lebih menandingi blog aku yang comot & berbackground hitam legam & sidebar yang kuning pekat... Dah banyak blog yang penuh widget berterbangan aku masuk & cuba comment or say hi kat shoutbox malang sekali.. bukan takat 2 bukan 3 malah berkali clik button comment or shout mesti kuar page widget index. Aduhai.. widget2 itu dah menghalang aktiviti berkomen aku di blog korang. Maybe aku ni budus skit.. tapi rasanya widget2 yang melampau sehingga mengganggu proses berkomen di blog korang mesti sedikit merugikan, kan?? Cantik memang cantik.. menarik dah tentu.. comel tak dapat di nafikan cuma itu je masalahnya. Aku ni kan ada je nak kondem orang, kan?? Ooo.. itu bukan maksud aku. Just aku cuma nak bagitau.. sebab aku memang suka blogwalking bagai ni.. Aku memang suka berkomen seb...

PERISTIWA DI TANGGA

Image
Nak serkap pastikan jaring halus mulus & telus yer..  Jangan suka2 nak serkap jarang tanpa usul periksa. Alkisahnya.. Sedang aku menapak satu persatu anak tangga nak turun dari tingkat 9 ke bawah dengan menjinjing satu plastic bag berisi sampah sarap untuk di humban dengan mulia kedalam tong sampah untuk di pungut oleh petugas - petugas yang berwajid keesokkan harinya.. aku di sapa seorang abang.. yang aku tak pernah tanya namanya.. atau umah dia tingkat bapa or no apa. Just aku kenal & tau dia dah lama tinggal satu blok dengan aku. Dia ni jenis peramah.. dari aku sebelum kawen dia rajin menyapa aku bila terserempak. Orang berbudi kita berbahasa la kan.. Dia menegur dengan baik, aku membalas pun dengan baik Tapi tak pernah la terjadinya adengan pemborakkan yang lama.. Selalunya dia akan tegur time aku balik keja.. baru balik?? Camtu la kiranya ayat dia.. Dia seorang lelaki yang dah ada bini & anak.. Dan teguran dia tak berbaur pengoratan just say hi je la.. Alkisahn...

GA viWy gurlis

Image
Saya follower yang 104 dengan ini bersedia menjahut cabaran GA viWy gurlis .. Wah gitu macam kadet remaja skolah lak kan nak join contest. Jenjalan, blogwalking, blogjogging,blogswimming, blogmeniarap.blog tertetonggeng bagai sampai tak sedar laksa ku rebus dah kontang dalam kuali nasib baik tak hangus. Betapa taksubnya terhadap blog.. lepas isya terus jer online buka blog ni. Jumpa satu contest ni tak tau blog sapa dah lupa.. aisyei.. baru je buka blog tu dah lupa. Terus klik link yang dia bagi.. Maka dengan penuh rasa minat & keterujaan yang melampaui batasan berblogging.. Dengan rasminya aku join. keterujaan ini lebih kepada hadiahnya iatu berupa handbag.. Sejak bila aku mula fanatik dengan handbag ni walhal sebelum ni aku jarang sangat nak tukar handbag.. Lebih selesa guna yang satu sampai barai sebab kalau bertukar handbag ada je barang aku mesti lupa. So, bila tak bertukar handbag.. Barang2 penting sentiasa ada dalam handbag tu tak berubah paksinya. Tapi kedewasaan dah men...

KANAK - KANAK AIDS MENGAKU ANAK GITARIS MAY (YUS)

Image
Bila dah jadi artis ni.. musuh pun mengaku sahabat apatah lagi bekas gepren.. Ini bukan kisah musuh atau bekas gepren artis.. Ni kisah seorang anak yang mengidapi AIDS. Dia mendakwa bapaknya gitaris kumpulan May yang di panggil Yus. Jom kita kupas kupis isu HM online hari ni.. Yang menjadi kontroversi bila di tanya sapa bapaknya budak berusia 9 tahun yang mengidap AIDS ni mengeluarkan poster kumpulan May dan di tunjukkan gambar Yus sebagai bapaknya. Tapi semua ni cuma salah paham.. sebabnya budak ni kata mak bapak & adik dia dah pun meninggal dunia akibat AIDS sedangkan si Yus, May masih sihat walafiat & segar bugar lagi. Yang best lagi tanpa usul periksa si ibu saudara pun mengesahkan dakwaan anak buah dia tu. Kalau budak - budak maybe la kita boleh accept dia belum cukup matang & apa yang di ceritakan pada dia itu la dia percaya. Yang si makcik.. takkan tak kenal bekas adik ipar yang di dakwa gitaris May tu?? Tu la sebelum keluarkan statement siasat dulu kesahihannya....

MARI MENJAWAB TAG SEMPENA CUTI SEKOLAH

Idea!! Ting!! (mentol menyala atas kepala). Nak try buat soalan tag sendiri bleh?? So korang bleh ler jawab & tag kawan - kawan masing- masing yer... Okey sempena cuti skolah ni.. Meh kita jawab soklan tentang DIRI SAYA SEMASA DI SEKOLAH . Jawab ikut soklan yang di beri k?? Penganjur kena jawab dulu sebelum peserta.. Let's Uolls check it Out! Nama kamu kat name tag : SURIA (even nama penuh Nursuria tapi memang suka guna nama ringkas) Berapa tag kamu gantung kat baju or tudung masa skolah : Dua (Satu nametag sekolah, satu lagi nametag pustakawan) Apa warna uniform sekolah kamu : Masa tingkatan 1 biru putih, tingkatan 2 & 3 baju kuning kain coklat (Sebab pustakawan), Tingkatan 4 & 5 kembali berbaju putih & kain biru sebab tarik diri dari jadi pustakawan. Selain buku skolah dalam beg kamu ada apa lagi : Wakakakaka.. jangan marah. Ada pewarna kuku, cermin mata warna kuning, Komik, majalah, Kadang - kadang bawak T-shirt & jeans juga. Gelaran pada cikg...

KENA CERAI SEBAB DAH TAK CANTIK

Image
Apa?? Berani kau buat alasan camtu nak ceraikan aku?? Ko pikir ko ensem sangat ker?? Ko pikir skandal baru ko tu sampai kerepot akan cantik ker?? Yang tak cantik ni la dok masak, cuci & jaga kau selama ni sampai tak sempat aku nak picit jerawat kat muka?? Bela, asuh & didik anak - anak ko sampai tak sembat nak calit kaler kat bibir apatah lagi mata. Sampai tak sempat nak sental daki kat badan.. baru berkemban anak dah meraung dalam buaian. Ko apa tau?? Balik umah nak semua siap.. semua kemas.. semua cantik!! Habuk celah frame skit pun ko dah mengamuk. Sekarang ko cakap aku dah tak cantik.. then senang - senang nak ceraikan aku yer.. Ok! Fine.. Pasni aku cantik balik ko jangan nak gila talak!! Ko Maki sapa tu Puan Lekit?? Ko dah nak kena cerai ke sebab selalu comot kat umah?? Bila masa lak ko ada anak?? Dont panik.. nehi.. nehi... Not Me, ok! Itu sekadar sketsa nak nak intro untuk isu kupas kupis kita hari ni. Tertarik dengan artikel HM online hari ni.. Cerai isteri tidak cant...