Posts

MAJLIS KAHWIN DI MC DONALD

Image
Selalunya.. kita dengar orang celebrate birthday jer kat restoran2 makanan segera ni kan???.. Tapi korang tak ada manusia yang fanatik dengan makanan segera sanggup mengadakan majlis kawen nya kat Mc Donald dan menjamu tetamu dengan Big Mac, nuget ayam dan kentang goreng. Agak - agaknya berapa orang tetamu dorang tu ekk?? Muat ke restoran Mc Donald tu?? Kat mana?? Yang pasti bukan kat Malaysia...nun jauh di , USA. Tak tau kot - kot lepas ni ada rakyat Malaysia pun nak tiru camtu, Kan?? Kalau korang nak baca  artikel ni sila clik : Nuget ayam jamuan majlis perkahwinan

TINGGAL DI RUMAH PPR, TAPI BARANG KEMAS MENCECAH RM85K

Image
Macam tak caya kan?? Seorang warga emas yang tinggal kat rumah PPR menyimpan barang kemas yang berjumlah RM85,000.00. Sejak bila dia kumpul barang - barang kemas tu agaknya?? Ada bayar zakat tak makcik?? Tapi Malangnya, kesemuanya di curi apabila rumahnya di pecah masuk. Barang kemas sejumlah lebih dari RM85,000.00 simpan dalam bilik tido?? Kalau dia ada kat umah time tu sanggup berbunuh penyamun tu.. Penjenayah sekarang, kan?? Paham - paham jer la. Nasib baik dia takde time tu. Menakutkan betul.. So, sekiranya korang ada barang - barang yang berharga yang mencecah Puluhan ribu ringgit camtu.. simpan la di tempat yang selamat & tidak berisiko. Kalau jadi macam makcik tu kan Putih mata. Pada korang yang nak baca artikel ni boleh clik : Warga emas putih mata barang kemas RM85,000 dikebas P/s : Agaknya kalau makcik tu gantung semua barang2 kemas dia bleh mengalahkan mami jarum tak??? 

CIKGU SHIDA BERKELAKUAN PELIK SEBAB PUTUS TUNANG??

Image
Seperti korang sedia maklum hobi aku adalah blogwalking.. Tidak semata mata kena kejar traffic tapi lebih kepada suka membaca & amik tahu tentang isu - isu semasa.. (yang aku suka la..) jenjalan di pagi buta ni.. Link ke link aku clik.. tak kira yang aku add follower or tak.. Mana aku jumpa topik best aku clik jer... Wah hasil clik mengelik ni.. Memang tak sia - sia kan?? Isu cikgu shida memang masih tak kering - kering di perkatakan.. Nak - nak lagi sempena cuti sekolah ni cikgu shida semakin aktif berkarya dalam video miming dia tu. Paling terbaru yang aku rasa jelik & pelik video miming berpacaran ke hapa tajuknya. So, di kesimpatan yang kesempitan ini aku share dengan korang apa yang aku temui dalam acara jejak blog aku kali ni... Berpandukan kenyataan dari blog someone ni.. Katanya cikgu shida yang dulunya (menurut cerita mak dia)... " Mak aku cerita, dia mengajar very well, dan seorang yang pendiam dan menyendiri tapi mak aku pelik kenapa dia jadi camni. Pastu m...

DI CELAH - CELAH KEBAHAGIAN YANG KITA NAMPAK.. kadang - kadang ada kisah airmata

Image
Kembali bercengkerama di tengah pagi yang tak celik - celik.. Tadi dah tertido awal.. Sebelum pukul 10 lagi.. Pastu lebih kurang pukul satu bangun pulak... Den mimpi arwah ayah lagi dapat 2 tiket percutian ntah kemana dengan mak.. Bangun terus di selebungi sayu. Entah kenapa mimpi AYAH selalu datang.. Mungkin sebab terlalu rindu kot... Di celah - celah kebahagian yang orang nampak.. tak siapa menyangka akan di susuli kisah airmata. Seperti.. Kisah aku nak kawen dulu. Girang bukan kepalang Mak & arwah Ayah.. dorang lebih banyak perancangan dari yang nak jadi pengantin. Tapi kuasa Allah.. Belum sempat aku berwalikan Ayah, dia pergi dulu di celah - celah kebahagian yang kami kecapi.. Macam kes Raja Azura.. Kita melihat kebahagian mereka.. Tanpa sebarang kontroversi atau gosip keretakkan rumah tangga mereka.. Tiba - tiba timbul Isu mereka merujuk masalah ke Jabatan Agama Islam seterusnya berakhir dengan penceraian. Di celah - celah kebahagian mereka.. Tak siapa tahu ada kisah airma...

HARI YANG LEMAU..

Image
Orang hari minggu bersuka ria.. aku berduka cerita lak kan?? Bagi yang bekerja.. Hari ni memang la hari pesta raya, pesta tido, pesta tengok tv, tengok wayang, lepak & bagai lagi la.. Tapi bagi yang memang hari2 dok umah jer hari ni la hari yang paling lemau... Hari bosan.. Nak rehat, nak tido.. hari - hari pun bleh. Tapi hari ni.. sob.. sob.. sob..  (bunyi nangis Uolls) Bosan tahap cipan kena kurung dalam sangkar kucing.. Nak manjat tak bleh.. nak buat aksi akrobatik tak bleh..Nak lompat - lompat tak bleh.. Begitulah yang dapat aku gambarkan dari perumpamaan melekit aku ni. Ntah napa bosan sangat dok umah.. En Hubby bz ngan keja dia kot. So, tinggal la sorang - sorang kat umah.. Skodeng2 blog orang pun tak banyak yang berhapdet hari ni.. Almaklum la hari Ahad kan?? Nak - nak lagi hari ni jadi kontang idea nak kupas kupis.. Baca paper pun semua cerita yang tak menerujakan minda aku untuk kopek isu tu. Mata kuyu - kuyu tapi tak mau la lena.. aku jarang tido siang. Pun camtu ...

KONSEP KAWEN YANG UNIK & KOS RENDAH

Image
Pada korang yang nak kawen tu.. tapi bajet ciput. Korang tau tak korang mampu cipta keunikkan untuk hari bahagia korang. Buat apa la berhabis berpuluh2 ribu.. Nak ikut konsep barat bagai. Konon sekali seumur hidup.. Nak lain dari yang lain. Budget skit pun bleh cipta kelainan apa.. Jarang - jarang orang nak buat konsep camni.. Jangan terkejut kalau harian metro, utusan, berita harian, kosmo, Nona, melodi datang buat liputan kat majlis kawen korang nanti.. Bukan bersanding atas jentolak.. Tak juga di arak atas lori pasir.. Oh.. bukan bersanding di atas pelamin bak kayangan.. Semua itu bukan! Bukan! Dan bukan...!! Nak tau konsep perkahwinan camna yang unik tapi save budget. Meh sini nak tunjuk.. Maybe korang tak terfikir sebelum ni.. Tapi lepas ni mana lah tau korang jadi excited nak ikut konsep ni lak.. Memang menjanjikan kelainan.. ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ Taraaaaaaaaaaaaaaaaa Ini konsep perkahwinan suku kaum Mahmeri (guna bantal tido jer buat lapik tangan.. tak ke jimat)   Ini pula untuk ...

BAHASA GANTI DIRI

Image
Gua cakap lu la beb.. Gua ni tak suka la orang bz body pasal gua.. Pehal lak lu nak kecoh. Gua bukan pinjam duit mak bapak lu bayar bill internet gua nak update blog. Suka hati Gua la la nak cakap camna pun!! << Sekadar lakonan yer Uolls Gua?? Gua apa?? Gua Musang?? Gua Kelam?? .... Rasa korang enjoy tak baca taipan seorang gadis melayu camtu?? Rasa stylo ke guna bahasa ganti diri Gua & Lu?? Nampak macam tak beradap jer kan?? Bila baca jer.. Mula otak pikir.. Ni gadis melayu ke Amoi.. Even Amoi pun sekarang tak cakap Gua & Lu.. Banyak yang guna perkataan I & you... Kenapa Aku & Kau kita tak rasa kasar & biadap sangat?? Sebabnya kita guna perkataan ganti diri tu bila berbicara dengan Tuhan.. Bagi aku lebih manis Aku, Kau dari Gua & Lu. Jangan terkejut kenapa isu ini timbul sebab aku memang suka blogwalking. Blogwalking sentiasa bagi aku inspirasi untuk menghapdet blog. Aku rasa cukup - cukup janggal membaca taipan camtu. Kadang - kadang ayatnya agak lan...