Posts

KALA DULU MULA BERBLOG.. KRITIKAN LA MENJADI GURU

Masa mula - mula nak aktif berblog ni.. Macam - macam kekurangan yang ada di blog Melekit ni. Asal singgah blog orang jer.. Mesti cerita something yang dorang tak suka pada sesatu blog.. Belek - belek blog melekit. Memang ada ciri - ciri yang orang tak suka tu. Bukan takat widget, gadget yang meraban tak tentu hala.. player radio online.. Tu semua ciri - ciri yang blogger lain kebanyakkan tak suka. Takde lak lekit buat entri menghentam pandangan blogger - blogger tu. Ambil dari sudut positif perbaiki kelemahan yang ada. Biarpun dorang tak point mana - mana blog tapi sendiri mau ingat la, kan?? Takde lak lekit nak menyindir orang yang bagi pandangan dalam unsur kritikan tu sebab bagi aku, Yup! Aku perlukan semua tu untuk buat blog aku juga di terima oleh ramai orang. Tapi kan sekarang bila kita cuba bagi pandangan & nak share something untuk sama - sama maju dalam arena blog ni ada yang tak puas hati.. Walau tak buat entri khas pun, selit jugak la dalam entri2 dorang kata2 sindi...

DELETE BLOGLIST SEBAB MALWARE

Dah beberapa hari aku buang bloglist aku.. Tinggal 1 jer bloglist. Just untuk rujukan. Bloglist tu tak banyak blog aku add... Bloglist kedua yang aku add semua blog yang aku follow tu terpaksa aku buang sebab Malware. Rasa macam tak best lak.. Takde top 5 member2 blogger yang rajin update. Agaknya bila bleh masukkan semula bloglist tu ekk.. Tadi nak masukkan balik tapi takut kena malware lagi walau aku dah install Anti-Malware. Takpe la bagi 2 3 hari lagi bloglist tu nyuruk kejab. Kalau takde aral melintang pukang nanti aku masukkan balik la yer.. Takat ni ada tak sapa - sapa detect malware dari blog melekit ni?? Hope sapa - sapa yang dapat kesan malware kat blog ni tolong la inform yer. Bantuan & kerjasama korang amat la di perlukan.

LAGI ARTIS KENA RAGUT

Image
Kalau 2 3 hari lepas Nasha aziz jadi mangsa ragut, kali ni Norlia Ghani pula jadi mangsa ragut selepas mengeluarkan RM8000 dari bank. Kejadian tu berlaku semasa beliau dalam perjalanan ke perhentian teksi untuk pulang kerumah. Wang pendahuluan yang di terima dari drama bersiri lakonannya tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia. Rezeki haram peragut. Aduhai peragut.. Korang ni lahir tahun kambing/kerbau/lembu ker?? Tak kira la sapapun mangsanya tapi peragut ni tak kenal mangsa. Sasaran golongan wanita. Nak - nak lagi warga emas. So makcik - makcik kalau nak keluarkan duit dalam jumlah yang banyak elok la di bawa sorang hero sebagai peneman. Malang tak berbau.. So, elok la ambil langkah keselamatan. Rujukan (harian metro) : Norlia mangsa dua peragut

BUAT LAPORAN PALSU JUMPA BAYI UNTUK TUTUP AIB

Image
Ni kes lawak yang harus di lempang secara berganti - ganti, ok! Taoi harus juga di puji sebab dorang takde la kejam sampai nak buang merata - rata bayi hasil hubungan luar nikah dorang, kan just cara dorang tu ada sedikit lawak edisi baru. Alkisahnya.. Seorang jejaka 23tahun ni bawak sorang baby kebalai polis buat laporan kononnya dia jumpa bayi tu tepi jalan dalam bakul masa balik kerja. Sebab kesian dia amik la bayi tu bawak balik rumah then bawak pergi balai untuk buat laporan namun selepas hasil siasatan rupanya bayi tu  dilahirkan oleh tunang beliau sendiri dia salah sebuah hospital swasta sehari selepas laporan di buat. Pasangan tu bakal melangsugkan perkahwinan tak lama lagi bertindak demikian sebab nak tutup perbuatan sumbang masing - masing dari ketahui keluarga tapi malangnya dorang rasa dorang dah cukup bijak tapi sebenarnya ada yang lebih bijak. Takkan polis tak siasat dulu, kan?? Kalau dah ada rekod kelahirran kat mana - mana hospital, pastu di kesan melalui DNA la...

DALAM TUDUNG PUN DIA NAMPAK

Apa yang nampak tu?? Dalam tudung tu ada apa?? ni bukan kes dalam tudung saji or tudung botol bagai.. Ni tudung kepala. Nak cerita pasal sorang makcik ni kena ragut.. Menurut makcik ni kira - kira jam 9.30 pagi dia sibuk la dok bersih halaman rumah dia sambil alih2 pasu bunga then datang sorang mamat dalam lingkungan 30an.. menerpa kepada dia kemudian mengcengkam leher dia then meragut dengan ganasnya rantai leher dia yang berharga lebih kurang RM20K tu.. Bukan RM20.00 yer... RM20k tau! Bagi mempertahankan harta dia.. Makcik ni sempat gigit tangan peragut tu tapi malangnya peragut tu berjaya juga meragut rantai leher dia. Makcik ni pakai tudung ke skart jer ni. Macam mana pulak si peragut tu boleh nampak rantai leher dia tu. Maybe rantai dia panjang & besar kot melepasi tudung yang di pakai. Risau pulak.. Kejadian ni bukan jer berlaku kat bandar - bandar malah sekarang ni kat kampung pun berlaku juga kes ragut even dalam kawasan rumah sendiri. Kat kampung aku pun dah 2 3 kes....

PAKAIAN PELAJAR IPT SEMAKIN MELAMPAU

Bukan Sang lekit cakap.. dorang cakap yer.. Kita cuma nak kopek isu ni jer agar boleh share dengan korang. So,Blogger2 yang bernama student IPT tak kira sapapun jangan korang serang Lekit lak tau. kini etika berpakaian di kalangan mahasiswa mula menjadi bualan masyarakat dan sering diperkatakan pelbagai pihak kerana dikatakan sudah semakin melampau.Bukan saja tidak mengikut tertib peraturan ditetapkan institusi, malah berani pula berpakaian seksi yang ternyata melanggar batas maruah individu dan menyakitkan mata masyarakat. Tidak kurang pula berpakaian pelik atas nama fesyen.setiap institusi mempunyai peraturan etika berpakaian wajib diikuti bagi membezakan mereka sebagai warga berpendidikan tinggi, selain mencerminkan budaya ilmu.Bagi lelaki, digalakkan memakai pakaian kasual dengan seluar panjang dan baju kemeja apabila ke kuliah atau berbaju kebangsaan.Perempuan pula lebih manis berbaju kurung, berpakaian longgar dan bersesuaian untuk ke kuliah mahu pun ketika melaksanakan...

SALOMA & MELOR MEMBESAR BAGAI JUARA DAN 7 KERDIL DAPAT RUMAH BARU

Image
Diam tak diam dah genap sebulan umur Melor & Saloma.. Dari tak bernama kini dah ada nama.. Korang mesti tertanya - tanya siapakah pemilik nama ni kan?? Korang masih ingat entri SURAYA bersalin kembar 3?? kalau yang tak sempat berkenalan dengan entri tu sila clik DISINI . Nampaknya hanya tinggal berdua je kembar 3 tu sebabnya aku percaya yang satu lagi terlebih dahulu dijemput pulang. Mungkin bukan rezeki dia untuk membesar bersama - sama dua lagi pasangan kembar dia. Sesambil jenjalan kat FB singgah la FB adik bongsu aku ni.. Tujuan memang la nak cari gambar - gambar terkini tak kira la gambar family or apa jer yang ada kat umah aku kat kampung maka dengan itu terserempak la dengan gambar comel mata terbeliak dua kembar yang berusia sebulan ni.... Memang betul - betul mata macam mak dia suraya. Terbeliak gitu. Ni la bayi - bayi comel yang di lahirkan dalam selimut aku masa aku balik melawat adik bongsu aku accident hari tu. Tengok hanya gambar berdua je maka faham la aku yang ...