Posts

KELAKAR OF THE DAY.. CARA CIKGU SHIDA NAK DAPATKAN TIKET FREE MAHER ZAIN

Image
Bukan la nak mengutuk cuma nak share cerita kelakar dengan korang. Memang Lekit terkekek kekek ketawa bila tengok cikgu sorang ni. Aduhai.. terserlah kekanakkan sikap cikgu yang dah nak masuk usia 40an. Ni kes nak dapat tiket free untuk konsert maher zain Di sebabkan konsert ni maka cikgu shida ni pun join la contest untuk merebut  hadiah berupa tiket free dengan menghantar slogan ni Maybe undian tak memcukupi untuk meragut hadiah tu maka Cikgu shida dengan rasa bijaknya (maybe dia rasa bijak kot dengan tindakkan macam tu..) pun buat keputusan dengan mengungut para FANS sendiri dengan status yang bertulis demikian rupa Ini bukan gurauan dari cikgu miming yang rasa lawak dengan video miming dia tu sebab dia sendiri sahkan bukan GURAUAN tapi BETUL PUNYA SERIUS.. Sampai macam tu sekali kan?? Hello makcik Shida kalau kome tu popular rasanya tak perlu la guna taktik hancing camni nak menang tiket maher zain pun. Aduhai.. bertanding la cara sihat. Main ugut2 fan lak.. Ada ya...

NAK SAMBUT VALENTINE.. TAPI TAKUT KENA KUTUK

Image
Jenjalan kat FB hari ni alhamdulillah nampaknya ramai umat Islam yang menyokong tidak meraikan Valentine sehingga susah nak jumpa status yang wish Valentine tapi tetap ada juga satu yang sangkut.. Tak tau la dia ni sebenarnya sokong pengharamkan Valentine kepada Umat Islam atau sebenarnya dia nak sambut tapi takut di kecam pula.. Cuba baca yang higlight merah tu untuk kita sama - sama fikir. Mula - mula dia wish Valentine kat couple.. Lepas tu dia sendiri buat statement konon macam bersetuju Umat Islam tak boleh sambut Valentine tapi dia kata nak wish untuk suka - suka jer... Better la tak payah wish bagai kalau kau menyokong tidak meraikan Valentine, kan?? Then datang pula satu comment yang mempertikaikan pengharaman Valentine kepada Umat Islam.. Katanya kalau nak buat maksiat tak payah tunggu Valentine.. Semuanya bergantung pada niat. Lupa kot dia nak fikir balik sebelum ajak orang lain berfikir.. Kenapa orang menegah?? Sebabnya bukan pasal maksiat berlaku pada hari Valentine jer ...

DI SEBALIK SEBUAH LAGU...

Image
Dalam kehidupan kita seharian tak kira dalam episod yang lepas ataupun yang sedang di lalui.. Kadang - kadang tanpa kita sedar atau mungkin kita sedar cuma terleka di buat nikmat kebebasan & keseronokkan buat kita terlupa akan KARMA. Pernah tak korang tiba - tiba tersedar dari satu kesilapan yang korang lakukan hanya kerana sebuah lagu yang pada mulanya melodinya yang berjaya memikat hati korang. Seterusnya korang cuba pula memahami lirik lagu dan bagai penampar melekat kat muka ketika sedang nyenyak tido.. Korang tersedar & berkata.. APA YANG AKU SEDANG BUAT NI?? Taknak share kisah di sebalik lagu tapi just nak share lagu tu jer... Korang selami & fahamilah sendiri yer... Lagu ni benar - benar umpama penampar gergasi yang pernah melekat kat muka Sang Lekit dulu. Tapi tu kisah yang dah lama berarkib. Takyah nak kupas kupis lagi. Bila bagai kena penampar dengan lagu ni.. Maka muncul pula lagu ni buat Sang Lekit sampai hari ni still touching kalau dengar.. Lirik dia ...

KALA DULU MULA BERBLOG.. KRITIKAN LA MENJADI GURU

Masa mula - mula nak aktif berblog ni.. Macam - macam kekurangan yang ada di blog Melekit ni. Asal singgah blog orang jer.. Mesti cerita something yang dorang tak suka pada sesatu blog.. Belek - belek blog melekit. Memang ada ciri - ciri yang orang tak suka tu. Bukan takat widget, gadget yang meraban tak tentu hala.. player radio online.. Tu semua ciri - ciri yang blogger lain kebanyakkan tak suka. Takde lak lekit buat entri menghentam pandangan blogger - blogger tu. Ambil dari sudut positif perbaiki kelemahan yang ada. Biarpun dorang tak point mana - mana blog tapi sendiri mau ingat la, kan?? Takde lak lekit nak menyindir orang yang bagi pandangan dalam unsur kritikan tu sebab bagi aku, Yup! Aku perlukan semua tu untuk buat blog aku juga di terima oleh ramai orang. Tapi kan sekarang bila kita cuba bagi pandangan & nak share something untuk sama - sama maju dalam arena blog ni ada yang tak puas hati.. Walau tak buat entri khas pun, selit jugak la dalam entri2 dorang kata2 sindi...

DELETE BLOGLIST SEBAB MALWARE

Dah beberapa hari aku buang bloglist aku.. Tinggal 1 jer bloglist. Just untuk rujukan. Bloglist tu tak banyak blog aku add... Bloglist kedua yang aku add semua blog yang aku follow tu terpaksa aku buang sebab Malware. Rasa macam tak best lak.. Takde top 5 member2 blogger yang rajin update. Agaknya bila bleh masukkan semula bloglist tu ekk.. Tadi nak masukkan balik tapi takut kena malware lagi walau aku dah install Anti-Malware. Takpe la bagi 2 3 hari lagi bloglist tu nyuruk kejab. Kalau takde aral melintang pukang nanti aku masukkan balik la yer.. Takat ni ada tak sapa - sapa detect malware dari blog melekit ni?? Hope sapa - sapa yang dapat kesan malware kat blog ni tolong la inform yer. Bantuan & kerjasama korang amat la di perlukan.

LAGI ARTIS KENA RAGUT

Image
Kalau 2 3 hari lepas Nasha aziz jadi mangsa ragut, kali ni Norlia Ghani pula jadi mangsa ragut selepas mengeluarkan RM8000 dari bank. Kejadian tu berlaku semasa beliau dalam perjalanan ke perhentian teksi untuk pulang kerumah. Wang pendahuluan yang di terima dari drama bersiri lakonannya tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia. Rezeki haram peragut. Aduhai peragut.. Korang ni lahir tahun kambing/kerbau/lembu ker?? Tak kira la sapapun mangsanya tapi peragut ni tak kenal mangsa. Sasaran golongan wanita. Nak - nak lagi warga emas. So makcik - makcik kalau nak keluarkan duit dalam jumlah yang banyak elok la di bawa sorang hero sebagai peneman. Malang tak berbau.. So, elok la ambil langkah keselamatan. Rujukan (harian metro) : Norlia mangsa dua peragut

BUAT LAPORAN PALSU JUMPA BAYI UNTUK TUTUP AIB

Image
Ni kes lawak yang harus di lempang secara berganti - ganti, ok! Taoi harus juga di puji sebab dorang takde la kejam sampai nak buang merata - rata bayi hasil hubungan luar nikah dorang, kan just cara dorang tu ada sedikit lawak edisi baru. Alkisahnya.. Seorang jejaka 23tahun ni bawak sorang baby kebalai polis buat laporan kononnya dia jumpa bayi tu tepi jalan dalam bakul masa balik kerja. Sebab kesian dia amik la bayi tu bawak balik rumah then bawak pergi balai untuk buat laporan namun selepas hasil siasatan rupanya bayi tu  dilahirkan oleh tunang beliau sendiri dia salah sebuah hospital swasta sehari selepas laporan di buat. Pasangan tu bakal melangsugkan perkahwinan tak lama lagi bertindak demikian sebab nak tutup perbuatan sumbang masing - masing dari ketahui keluarga tapi malangnya dorang rasa dorang dah cukup bijak tapi sebenarnya ada yang lebih bijak. Takkan polis tak siasat dulu, kan?? Kalau dah ada rekod kelahirran kat mana - mana hospital, pastu di kesan melalui DNA la...