Posts

MASIH TERSADAI DISINI

Maaf la kalau blog ni ada sikit habuk2 & sawang. Sang Lekit masih lagi tersadai di kampung halaman. Ada yang tanya kat mana?? Kat Kulim, kedah. Kat sini berukban agak siput sedut so tak dapat nak balas kunjungan. Sempena ada kat kampung nak so Lekit memang jarang online. Yelah skali skala dapat balik kampung so nak penuhi masa tu dengan family Insyaallah kalau takde aral melintang pukang.. Esok Sang Lekit akan kembali ke lubuk. Lubuk mana?? Bukan Lubuk puaka yer.. Kerumah kedua.. erkk.. kedua ker?? Kira rumah Lekit juga la di Sg Buloh sana. Sesampainya kat sana nanti akan di update aktiviti ku kat sini even takde sangat pun aktiviti. kekekekekeke Pada semua kengkawan yang setia menyinggah tu.. kunjungan akan berbalas setibanya di sana yer.. Pada Geng2 baru yang follow blog melekit ni nanti sang Lekit akan melekat kat blog korang yer.

BERSIARAN TERUS DARI DESA

Image
Wah dah dekat midnite baru berkesempatan nak update. Siang tadi ada urusan yang harus di selesaikan. Balik Petang, membongkang kejab. malam layan TV, kucing & borak2 dengan ahli jemaah rumah ni.. Tengah malam baru teringat belum jenguk blog ni. actually takde benda nak share sangat.. Alhamdulillah dekat senja semalam sempat sampai dengan selamat. Maybe ahad ni bertolak balik ke KL. Bila kat kampung ni aktiviti online kurang sikit sebab ada ramai. Kalau kat Kl sana.. Siang hari sorang2 jer so banyak la masa ber online bila dah takde aktiviti lain. kat kampung rakyat bulu makin bertambah. Kanak - kanak riang kat rumah ni memang banyak yang aktif, bapak2 kanak2 pun aktif juga berbomba. So, kena alert selalu la. Kang abis satu rumah bau perfume. Pada mereka yang jenguk, singgah & follow minta maaf la kalau sepanjang 4-5 hari ni kalau takde kunjungan balas. Pepaham la banyak urusan nak settlekan kat kampung ni. Sekembalinya ke KL nanti insyaallah sang Lekit akan membuat lawatan ...

BAWA HERO BALIK KAMPUNG

Image
Sekejab lagi aku akan berlepas. Dah macam naik flight jer kan walhal naik bas jer. Yelah balik secara solo.. So naik bas je la. Untuk settlekan hal family sikit. Takde apa masalah.. Tapi tak perlu la nak cerita. Nama pun hal Family. Even bukan benda mengaib atau memalukan pun tak gemar sangat la Sang Lekit nak cerita. Dah prepare semua semalam. Selain baju bajan bagai.. Sempat menculik beberapa keping gambar hero kemudian di print out menggunakan glossy paper sebagai cenderahati buat makcik kesayangan yang request gambar tu masa aku balik kampung awal januari hari tu. Hero mana pulak ni... Alahai bukan hero bollywood or hollywood tapi hero ni jer.. Hero Malaya Biasa la kalau dah keturunan cats lover ni.. Makcik sangat touching bila aku tunjuk gambar & video sambil bercerita ringkas kisah hidup hero ni sampai tak lena la tidur orang tua tu mengenangkan nasib hero. So, sebagai permintaan kecil makcik kesayangan den ni maka den jadikan ia sebagai cenderahati untuk kepulangan kali...

AHLI BINA BADAN KINI MAK NYAH

Image
Siapa sangka dari badan sasa, berotot ketak - ketak kini Mak Nyah yang lemah gemalai.. berambut panjang, bersolek bagai. Pelik tapi benar. Alkisahnya seorang bekas mekanik & juruelektrik kini bergelar model glamour selepas menukar identiti kepada seorang wanita. Dia yang memilih kerjaya lasak itu dulu sebagai membuktikan dia lelaki sejati tapi memutuskan untuk menukar kepada seorang wanita selepas menyedari naluri kewanitaan dalam dirinya sangat kuat. Beliau memiliki seorang anak perempuan telah menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik. Aduhai dunia.. dari lelaki sasa jadi Nyah yang lemah gemalai patah segala sendi. Dari angkat berat kini gemar bersolek. Rujukan (kosmo) : Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor   Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

BOMOH MAK NYAH TIPU MAKCIK

Image
Tak dinafikan ada penyakit yang tidak boleh di ubati dengan kaedah moden yang merujuk kepada hospital dan doktor. Penyakit - penyakit misteri yang berkaitan dengan gangguan jin atau syaitan, penyakit ini selalunya berkaitan khianat dari seseorang yang berdendam atau dengki. Bila penyakit sedemikian rupa tidak dapat di ubati oleh para doktor maka memang perlu kita mengubati cara rawatan altenatif tapi tidak semua pengamal perubatan secara tradisional & altenatif ni boleh di rujuk. Ada di antara mereka mengamalkan ilmu yang bertentangan dengan agama & tak kurang juga yang mengambil kesempatan jer atau lebih mudah di sebut sebagai bomoh penipu. Alkisahnya.. S eorang makcik ni di katakan terkena penyakit misteri dimana doktor sendiri tidak dapat mengenalpasti penyakitnya pergi menemui bomoh mak nyah berkenaan selepas dicadangkan sepupunya.selepas bertemu suspek, bomoh berkenaan memaklumkan bahawa makcik tu terkena buatan orang yang mahu melihatnya lumpuh, sekali gus merampas kese...

JUAL TELUR YANG DI REBUS DALAM AIR KENCING

Image
BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun. telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. Persoalannya.. Kalau anda tahu ia telur yang di rebus dengan air kencing, sanggupkah anda makan biarpun ada kebaikkan dari segi perubatan?? Rasanya kalau setakat demam, takpe la Sang Lekit sanggup telan panadol jer.. Or kalau mengantuk kunyah jer gula - gula dari makan telur yang di rebus dalam air kencing. So, kalau korang pergi Beijing hati - hati yer nak makan telur rebus, manalah tau kot - kot telur tu. Muntah hijau seminggu. Rujukan (kosmo) : Telur direbus guna air kencing   Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

SEBAB TAK BERTUDUNG MAKA TAK LAYAK MENYAMPAIKAN BENDA BAIK

Image
Ya.. Betul Lekit memang tak bertudung, tidak menutup aurat dengan sempurna lagi. Diakui kekurangan dari sudut tu tapi dalam diri yang masih cuba mendalami ilmu agama apakah salah jika saya cuba berkongsi apa yang saya baca bersama biarpun diri di pandang tidak layak menegur. Apakah yang bertudung itu sudah sempurna? Kes ni berlaku di FB ok.. Dimana sekarang ni ramai yang suka tag ramalan tarikh lahir.. Yang bercerita tentang perwatakkan diri berdasarkan bulan kelahiran tak kira dari sudut peribadi, percintaan & pelbagai la. Dulu Sang Lekit juga jahil dalam soal ni. Pernah juga seronok membaca walaupun tak mengambil 100% apa yang di tulis itu benar. Tapi hasil pembacaan Sang Lekit ia haram di percayai & berdosa jika membaca walau sekadar suka - suka. Jadi Sang Lekit berkongsi la ilmu yang seciput ni dengan yang lain malangnya.. Terasa diri umpama tidak layak pula bercakap benda baik sebab tidak cukup sempurna sebagai muslimah untuk memperbetulkan kesilapan orang lain. Dari k...