Posts

BILA SERVER STREAMYX DOWN.. KESANNYA PADA BLOGGER

Image
Satu hari sepi tanpa entri. Bukan merajuk.. Tak juga ada masalah kesihatan tapi streamyx down macam mana nak update. Sekarang ni Sang Lekit tidak lagi menggunakan berukban. Yelah.. Berukban asyik abis limit jer. Lagipun Sang Lekit hanya online kat rumah. Tapi ni bukan idea Sang Lekit tapi en hubby.. Katanya dari dok bayar 2 bil berukban tiap - tiap bulan adalah lebih jimat bertukar pada streamyx. Dari siang tadi server streamyx di kawasan Sang Lekit down. Puas juga la dok call TM. Last call lebih kurang 9.30pm tadi. Dekat pukul 11 baru nampak lampu internet kat modem tu kelip - kelip. Tu tandanya dah boleh online. Nak buat macam mana.. dah server nak down kan?? Kita manusia pun ada hari sakit. Kan?? Kan?? kan?? Apapun Thanks yer streamyx tak down sampai lebih dari satu hari. Kalau tak meroyan juga la sang lekit tak tau nak buat apa kat rumah sorang - sorang. kekekekekeke Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

APRIL.. HATI KU MULA TERSENTUH

Image
April.. semalam kita semua di kejutkan dengan pemergian seorang penulis Lirik yang menggunakan nama Seri Bayu. Apa yang Sang Lekit pernah terbaca & lihat kat tv dah lama Arwah Seri Bayu ni sakit. Paling menyedihkan bila terbaca di blog mak dara urusan pengebumian Arwah di lakukan oleh keluarga angkat. Sang Lekit tak berapa ikuti sangat kisah Seri bayu sejak awal.. namun hati tertanya - tanya dimana keluarga kandung arwah? Sungguh tersentuh hati ni bila mengenangkan nasib Seri bayu. Moga Arwah Seri bayu di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Hati semakin tersentuh lagi bila terkenang dalam bulan April juga la Arwah Ayah Sang Lekit pergi menyahut panggilan ilahi. 24 April 2011 maka genaplah setahun pemergian Ayah. Dan April juga antara tawa & tangisan kerana 28 April 2011 juga genaplah usia perkahwinan Nursuria Binti Azizan & Shahrul Abdul Karim (Saya & hubby) setahun. 4 Hari selepas Arwah Ayah pergi Sang Lekit di ijabkabul. (Boleh rujuk entri kisah di seb...

KULIM HI TECH DI SELEBUNGI MISTERI.. PONTIANAK!

Image
Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Sekali lagi kulim di gemparkan dengan penemuan makhluk seram. Kalau sebelum ni sinar harian pernah membuat liputan di kawasan itu dan menemui pocong kali ni lagi seram penemuannya. Jom ikuti kisah hasil cedukkan dari akhbar sinar harian ni. lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu. Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional. Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan. Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia me...

BLOG NI AKU RASA PATUT POPULAR LAA ..

Image
 Pepagi lagi Ben Ashaari buat segmen. So, pagi ni ada masa terluang harus join. http://www.benashaari.com/2011/04/segmen-hujung-minggu-blog-ni-aku-rasa.html 5 blog yang korang rasa patut popular dan kenapa blog tu patut popular? 1. Rasa Hati - Penulisan yang mantap & cerita dalam entri yang menarik selain memounyai pendapat/pandangan/teguran yang berguna. 2. Kucing terbiar dot com - Blog ni blog insan yang sangat mulia dimana penulisnya blog ni adalah pencinta haiwan & memperjuangkan nasib - nasib kucing terbiar, kucing kurap & kucing jalanan. Ia harus jadi blog yang paling popular kerana mampu menerapkan kasih sayang sesama makhluk. 3. Kakimotongdot com - Blog ini juga blog cats lover tapi memperjuangkan nasib kucing jalanan yang di kejami oleh manusia juga kucing - kucing jalanan yang memerlukan perhatian & kasih sayang. Ia harus popular kerana memberi pengajaran kepada kita semua bahawa jangan menganiaya sesama makhluk. 4. Hakeemkira - Suka dengan pen...

PELAKON/PELAWAK A.R BADUL NAFI CABUL REMAJA

Image
Harian metro semalam.. kecoh pasal pelawak vateran di buru polis bila seorang remaja membuat laporan polis di cabul olehnya. Hari ni di harian metro lagi pelakon/pelawak A.R Badul menafikan dakwaan beliau mencabul remaja tersebut. Carian google Katanya dia tidak tahu tentang laporan yang di buat remaja tersebut dan ianya tidak berasas sama sekali. Belaiu juga menafikan bahawa beliau di buru polis. Pihak polis juga sedang menyiasat kesahihan dakwaan remaja tersebut. So perkara ni masih dalam siasatan. Apapun kita tunggu jer yer.. Jangan membuat sebarang spekulasi untuk memburukkan mana - mana pihak takut yang tak bersalah jadi fitnah pula. Kita tak tahu siapa benar siapa salah. Dunia seni sekarang dah macam dunia politik. Masing - masing cari strategi nak menjatuhkan pihak lain kalau tak puas hati. Rujukan : Harian Metro Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

ALFATIHAH BUAT KOMPOSER SERI BAYU YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH

Tadi blogwalking singgah ke blog Mak Dara. Terkejut Sang Lekit bila dalam entri Mak Dara ada bagitau Komposer Malaysia yang menggunakan nama Seri Bayu telah pulang ke Rahmatullah. Kita kehilangan seorang lagi penggiat seni tempatan. Moga Rohnya di cucuri Rahmat & di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al- Fatihah. Untuk cerita lebih jelas sila clik blog Mak Dara.

MANJA PERGI BUAT SELAMANYA

Image
Manja budak baik. Dipegang tak menggigit. Tak nakal.. Sangat sopan. Suka berkurung dalam rumah keluar hanya untuk makan. Sudah sampai Janji dia & Tuhan.. Sedih pula bila tengok manja dah takde. Hubby sedar lepas dinner tadi. Panggil dia keluar dari rumah nak bagi makan buah tapi takde respond. Rupanya manja dah takde. Manja dah pergi selamanya. Mungkin sebab faktor usia sebab manja takde sakit apa - apa. Umur manja mungkin dah 2 tahun. 2 tahun bagi seekor hamster dah cukup tua. Biarpun banyak lagi anak - anak bulu kecil.. Tapi manja tetap antara yang istimewa. Hilangnya tetap terasa. Moga manja tenang di sana. Moga manja tahu kami sangat sayang manja. Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas