Posts

TELUR AYAM PUN DAH DI KLON (TIRUAN). HATI2 YER PENGGUNA

Image
Hasil carian Google Biarpun rupanya takde beza dengan telur ayam yang original tapi ia di perbuat dari bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Telur Ayam palsu itu di katakan mempunyai saiz yang lebih besar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati Dan kini ia di dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. So, pada pengguna sekalian lepas ni kalau nak beli telur ayam kena belek - belek juga kulit & saiznya risau kalau - kalau terbeli pula telur ayam klon yang boleh memudaratkan kesihatan apabila kita mem...

DALAM PERUT DAH TUNJUK MINAT BER ONLINE

Image
Pengalaman pertama memang macam - macam benda baru di lalui. Nak - nak lagi 1st time jadi bakal mummy ni... Semenjak scan & di sahkan sudah empat bulan usia kandungan.. Baby nampaknya aktif sangat berpusing - pusing dalam perut mummy nya. Suka sangat dia lepak bawah perut buat sang mummy sentiasa rasa keras jer bawah perut. Tak kira siang malam dia asyik pusing - pusing. Kejab bawah.. kejab atas.. kejab tepi.. kejab tengah. Buat Sang Mummy ni jadi risau pula. Tak selesa ke baby ku dalam perut? Kenapa dia asyik pusing? Yang best tu kan.. Hari streamyx down tak boleh nak online.. baby diam jer. Takde gerak. Hati Sang Mummy mula risau. Selalu hari - hari dia kacau mummy dalam perut, tapi hari tu kenapa dia diam. Usap - usap juga perut nak kasi dia gerak - gerak. Still takde tindakbalas. Malam bila streamyx dah ok sang mummy pun beronline. Dia pun mula gerak - gerak balik. Rupanya baby mummy suka online yer... Lucu pula bila fikir. Sememangnya baby sangat aktif time mummy online. T...

DAN BILA MANUSIA HILANG KAWALAN

Image
Bila ustaz hilang kawalan.. pukul murid sampai mati. Bila pemandu hilang kawalan.. maka berlaku la kemalangan. Bila mak bapak hilang kawalan.. pukul anak sampai mendatangkan kecederaan. Bila politik hilang kawalan.. Timbul macam - macam isu yang memalukan. Bila manusia hilang kawalan maka itulah terjadi. Bila hilang kawalan & jadi sesuatu yang buruk.. kesal & maaf adakala tidak dapat mengubah apa - apa lagi. Setiap hari kita membaca dalam akhbar atau menonton berita di TV tentang kejadian yang berpunca dari manusia yang hilang kawalan ni. Semakin hari semakin tak terkawal kes - kes yang berkaitan dengan hilang kawalan. Bila hilang kawalan dunia semakin tidak aman. Dalam rumah sendiri rasa tidak selamat lagi. Jadi kat mana kita harus pergi? Bila terlalu banyak membaca atau melihat kes - kes yang berpunca dari hilang kawalan buat Sang lekit semakin takut pula. Terasa fobia jer berada kat mana - mana sebab kita tahu dunia ni bukan tempat yang selamat lagi. Tapi kalau tak tingg...

TERINGAT KENANGAN SEWAKTU AKTIF BER DJ DULU

Image
Di sebabkan hari ni streamyx server down tak boleh online siang tadi sempat la Sang Lekit kemaskini data - data dalam h.disk ni. Scan virus bagai.. Masa dok skodeng - skodeng file dalam partition D tetiba jer teringin nak dengar mp3 yang dah lama berarkib. Jarang dah nak dengar or upload mp3 baru. Tak macam dulu... Pastu ada something yang buat Sang Lekit tetiba jer teringat kenangan semusim lalu. Masa aktif ber Dj kat online radio. Sebenarnya kenangan ni 2 3 menjak di bangkitkan kembali oleh Nyah Zulfikar. Entah mana minah/mat yang bagitau dia Sang Lekit ni dulu seorang DJ online radio. Online Radio jer bukan dj kat era, hotfm, suriafm bagai. Radio Internet jer.. Takde la gempak mana. Yang buat Sang Lekit betul - betul rindu sangat kegemilangan tu bila terjumpa satu mp3 iklan promo menggunakan suara Sang Lekit sendiri tapi editing bukan sang Lekit yang buat la. Sebenarnya banyak iklan promo online radio yang guna suara Dj Lekat Lekit ni tapi semuanya dah di kurung dalam CD malas nak...

BILA SERVER STREAMYX DOWN.. KESANNYA PADA BLOGGER

Image
Satu hari sepi tanpa entri. Bukan merajuk.. Tak juga ada masalah kesihatan tapi streamyx down macam mana nak update. Sekarang ni Sang Lekit tidak lagi menggunakan berukban. Yelah.. Berukban asyik abis limit jer. Lagipun Sang Lekit hanya online kat rumah. Tapi ni bukan idea Sang Lekit tapi en hubby.. Katanya dari dok bayar 2 bil berukban tiap - tiap bulan adalah lebih jimat bertukar pada streamyx. Dari siang tadi server streamyx di kawasan Sang Lekit down. Puas juga la dok call TM. Last call lebih kurang 9.30pm tadi. Dekat pukul 11 baru nampak lampu internet kat modem tu kelip - kelip. Tu tandanya dah boleh online. Nak buat macam mana.. dah server nak down kan?? Kita manusia pun ada hari sakit. Kan?? Kan?? kan?? Apapun Thanks yer streamyx tak down sampai lebih dari satu hari. Kalau tak meroyan juga la sang lekit tak tau nak buat apa kat rumah sorang - sorang. kekekekekeke Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

APRIL.. HATI KU MULA TERSENTUH

Image
April.. semalam kita semua di kejutkan dengan pemergian seorang penulis Lirik yang menggunakan nama Seri Bayu. Apa yang Sang Lekit pernah terbaca & lihat kat tv dah lama Arwah Seri Bayu ni sakit. Paling menyedihkan bila terbaca di blog mak dara urusan pengebumian Arwah di lakukan oleh keluarga angkat. Sang Lekit tak berapa ikuti sangat kisah Seri bayu sejak awal.. namun hati tertanya - tanya dimana keluarga kandung arwah? Sungguh tersentuh hati ni bila mengenangkan nasib Seri bayu. Moga Arwah Seri bayu di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Hati semakin tersentuh lagi bila terkenang dalam bulan April juga la Arwah Ayah Sang Lekit pergi menyahut panggilan ilahi. 24 April 2011 maka genaplah setahun pemergian Ayah. Dan April juga antara tawa & tangisan kerana 28 April 2011 juga genaplah usia perkahwinan Nursuria Binti Azizan & Shahrul Abdul Karim (Saya & hubby) setahun. 4 Hari selepas Arwah Ayah pergi Sang Lekit di ijabkabul. (Boleh rujuk entri kisah di seb...

KULIM HI TECH DI SELEBUNGI MISTERI.. PONTIANAK!

Image
Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Sekali lagi kulim di gemparkan dengan penemuan makhluk seram. Kalau sebelum ni sinar harian pernah membuat liputan di kawasan itu dan menemui pocong kali ni lagi seram penemuannya. Jom ikuti kisah hasil cedukkan dari akhbar sinar harian ni. lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu. Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional. Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan. Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia me...