Posts

HANTU MAKIN BANYAK ATAU MAKIN BANYAK CERITA HANTU?

Lambakkan filem, drama, telemovie berkisahkan tentang hantu, misteri, mistik, pontianak, polong & bagai ni membuat banyak pula berita berkenaan histeria, gangguan misteri & mistik, pontianak, polong & bagai ni di akhbar2 sekarang ni. Apa yang menjadi persoalannya.. Apakah dulu kurang hantu & sekarang hantu makin banyak?? Semua orang nak highlight kisah2 yang bertemakan sedemikian rupa tak kira la filem/drama ataupun akhbar sebabnya macam jadi satu trend sekarang cerita or berita macam tu mendapat sambutan. Banyak pula kes - kes histeria di laporkan berlaku di sekolah2 sehingga terpaksa di tutup kerana kejadian serangan histeria tu menganggu proses pembelajaran. Kalau dulu cerita hantu kurang di tayang di pawagam atau tv maka kes - kes gangguan makhluk ghaib ni pun kurang di tulis dalam akhbar. Bila semakin banyak cerita2 bertemakan macam ni di pawagam & tv.. banyak pula kes - kes gangguan makhluk ghaib ni di tulis dalam akhbar. Apakah ini kesempatan yang di ambi...

TAK PAHAM TOPIK ATAU MEMANG SUKA KOMEN YANG TAKDE KENA MENGENA DENGAN ISU?

Ni lagi satu isu yang terjadi dalam dunia blog. Memang jumlah komen yang macam ni semakin banyak.. Tapi ada segelintir lagi masih faham konsep nak berkomen. So, kali ni sang lekit nak kopek isu ni jugak sebab kadang - kadang banyak juga dapat komen yang takde kena mengena dengan isu yang di bangkitkan dalam entri. Bukan la nak mengutuk atau mengherdik para pengomen yang suka sangat berkomen dengan komen yang takde kena mengena dengan isu tapi niat di sebalik komen yang tersasar dari topik sebenar tu amat la jelas. Contoh Sang Lekit share entri berkenaan hukum haramnya menghiasi kubur tiba2 datang satu komen yang bercakap soal aurat. Faham apa dia nak sampaikan. Dia nak sindir dalam komen sebab tuan empunya blog ni belum menutup aurat dengan sempurna. Tapi biarlah kena pada topik yang di bincangkan. Itu cuma contoh.. Bukan la nak menolak teguran yang berbentuk sindiran tu tapi cari la isu yang ada kena mengena dengan soal tu. Takde la nampak terbabas sangat komen tu. Bukan la niat s...

HANTU MONA GANGGU MURID SEKOLAH

Lagi kejadian histeria yang berlaku di sekolah. Kali ni sebuah sekolah rendah di kuching pula menjadi mangsa hantu yang bernama Mona. Dalam kejadian histeria tersebut 10 murid serta seorang guru wanita dan ibu hamil diserang histeria, menyebabkan sekolah itu ditutup dua hari bermula semalam. Wanita tidak diketahui identiti itu dikatakan makhluk jelmaan yang tinggal berdekatan tandas perempuan sekolah itu yang terletak di Blok D dan mula mengganggu murid sekolah berkenaan sejak Khamis lalu. Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar. Seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan.  Hantu pun pandai jawab kertas soalan yer.. Wartawan lupa tanya agaknya jawapan yang ha...

HARTA KARUN JUTAAN DOLAR DI TEMUI DALAM BANGKAI KAPAL DI DASAR LAUT

Image
Harta itu bukan kau yang punya.. Ahmad albab yang punya! Tudia mukadimah keluar dialog filem P.Ramlee, Ahmad albab. Tak lama lagi nak keluar pula filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. Maybe harta tu bukan Ahmad albab yang punya tapi lanun yang punya. Merepek pula Sang Lekit.. Berbalik pada tajuk entri Di Kosmo ruangan dunia tertarik sang lekit dengan berita  berkenaan  kumpulan penyelam yang menemui harta karun berharga jutaan dolar selepas seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam..700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dala...

CIKGU SHIDA SUDAH BERUBAH..

Image
Dulu... Kini Beliau bangga jadi cikgu tapi tak suka di panggil cikgu kecuali di sekolah jer. Semoga peminat cikgu shida maklum akan perkara ni yer.. Sekian terima kasih! P/s : Apa yang Sang Lekit faham kalau kita bangga dengan kerjaya kita, mestilah kita rasa bangga juga dengan gelaran yang di beri walau di mana juga kita berada. Di Berita harian online seseorang telah menulis di ruangan surat tentang cikgu shida.  Sepatutnya Cikgu Shida memikirkan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak muridnya, atau mencungkil bakat anak muridnya melalui penganjuran program kesenian. Bukan tujuan saya menidakkan bakat kreatif Cikgu Shida, tetapi di mana integriti anda sebagai seorang penjawat awam yang bergelar pendidik, yang kita tahu satu tugas yang amat mulia, mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang manusia berguna pada masa hadapan? Melihat aksi beliau dalam videonya pada laman web Youtube, saya begitu jelak dan hairan melihat seorang guru wanita, berpakaian seperti ...

SETAHUN SUDAH

Image
Diam tak diam.. pejam celik.. duduk, bangun, baring dah setahun rupanya. Setahun apa tu?? Setahun jagung ker?? Oh.. bukan.. Hari ni 28 April 2011 genap setahun Sang Lekit bergelar isteri kepada en hubby. Hari ni merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan kami. Rasa sekejab jer.. zaman bujang, zaman gadis, zaman anak dara, zaman gedik - gedik tu berlalu. Alhamdulillah jodoh kami masih di panjangkan sehingga hari ni & moga ia berkekalan hingga ke akhir hayat. Setahun lalu... Dalam melayari alam rumahtangga selama setahun ni.. di akui tidak hanya yang manis - manis jer datang menyenguk. Seperti suami isteri yang lain, dugaan & ujian dalam rumahtangga tu tetap ada. Berkat sabar & cuba memperbaiki kelemahan masing - masing alhamdulillah ia masih mampu bertahan sehingga hari ni. Setahun kemudian..   Genap setahun usia perkahwinan kami, maka genap jugak la setahun pemergian arwah ayah pada 24 april 2011 yang lalu. Kehilangan Ayah masih Sang Lekit rasai sampai hari ni...

PENGANTIN SARUNG CINCIN GUNA KAKI

Image
Kompang berbunyi, bau nasik minyak.. Tanda apa Uolls. Bukan majlis berkhatan yer.. Ni majlis nikah salah seorang abang yang sang Lekit kenali masa zaman aktif call radio dulu. Tu zaman belasan tahun. Masih kat sekolah menengah lagi. Sabtu lepas abang rahmat telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan si dara manis dari perak. Tahniah buat abang rahmat & isteri. Lepas ni dah bertambah tanggungjawab abang. Moga gembira melewati alam rumahtangga. Jangan delay2.. Tahun depan pastikan ada orang baru dah, ok. Apa kena mengena dengan tajuk entri dengan kisah orang kawen ni?? Kejab lagi Sang Lekit tunjukkan aksi istimewa yang orang lain takkan boleh buat melainkan abang rahmat jer. Tanpa berlengah lagi jom kita tengok gambar - gambar pernikahan abang rahmat yang Sang Lekit culik di FB beliau. Moga abang rahmat tak marah yer... Debaran di teruna. Hanya sekali lafaz jer.. Cayalah bang!  Acara wajib setelah sah sebagai suami isteri. Abang Rahmat special case so dia boleh buat macam...