Posts

CIKGU SHIDA SEMUA ADA, KAU APA ADA?

Image
Bukan la nak mengutuk mengumpat atau mengeji tapi sekadar menegur. Kalau menegur orang terkenal ni boleh ke kita dedahkan identitinya? Sedang apa yang di tulis pun sedia maklum terdedah pada umum & semua orang pun boleh membaca & lihat. Masih lagi kisah tentang seorang cikgu popular dengan video miming nya. Terkebil - kebil biji mata sang lekit baca kenyataan terbaru di laman blog beliau. Ini antara kenyataan - kenyataan si cikgu itu yang buat sang lekit rasa.. "Dato siti yang berjaya dalam kerjaya seni dia pun tak pernah keluarkan statement macam ni.." Yelah.. cikgu shida ada semua, sang lekit cuma ada blog jer. Apapun cikgu shida semua kenikmatan yang Tuhan bagi tu sekadar pinjaman untuk kita di dunia ni.  Kalau sekejab lagi Dia nak tarik semua tu pun takde kuasa yang boleh menghalang. Jadi, jangan la terlalu riak & bongkak. Bersyukur la dengan apa yang ada & merendah diri itu lebih baik dari mengeluarkan kenyataan macam ni. Cikgu kan dah terkenal, elok...

LAWATAN BERHANTU

Image
Belek - belek harian metro online ni tertarik dengan satu artikel bertajuk Rintihan, hembusan dari lokap Mona . Ceritanya berkenaan lokap yang pernah di huni pasangan bomoh Mona Fandey, suami serta pembantu peribadi mereka yang di katakan berhantu. Sekarang ni lokap itu di jadikan pakej pelancongan sebagai destinasi seram untuk lawatan berhantu bagi mereka yang berminat nak merasai keseraman itu sendiri. Kalau dulunya hanya popular di luar negara kini dah menular ke Malaysia selepas banyak sangat aktiviti paranormal yang memperkenalkan aktiviti tersebut kepada umum. Pada pendapat melekit macam tak sesuai je aktiviti ni di jadikan pakej pelancongan. Salah satu yang kesannya adalah mengaitkan orang yang dah mati sekaligus mengaibkan mereka. Bila orang datang tentu sekali sejarah hidupnya di ceritakan. Bagi mereka yang melalui sendiri pengalaman ngeri di lokap tu akan membuat kesimpulan bahawa wujudnya hantu2 simati walhal manusia yang dah mati takkan menjelma lagi sebagai apapun di ...

CERITA ATAS KATIL DI MALAM HARI

Image
Tajuk entri jer dah seram. Jangan ada yang cuma baca tajuk kemudian komen tak berani baca entri takut di selubungi misteri keseraman pada cerita yang bakal di baca ni. Atau jangan ada yang terlalu teruja dengan cerita atas katil lalu membayangkan ada adengan panas. Moralnya jangan menilai sesebuah cerita dari tajuk je. Harus baca dulu yer.. kekekekeke Kes ni berlaku pada sang lekit sendiri. Ini sesi mengimbau kenangan semusim lalu juga. Zaman bujangan dulu. Sang Lekit punyai tabiat yang menurut makcik sang lekit warisan keturunan kot sebab arwah  Tok (nenek la tu orang kedah selalunya panggil Tok) sebelah ayah memang mengalami tabiat tersebut. Tabiat apa?? Jom kita kembali ke zaman nostalgia dalam mood spehia tone. Hasil carian google. sekadar hiasan Tabiat Sang Lekit suka terbangun tengah malam & makan. Tengah malam jer kalau terbangun wajib lapar walau mengantuk sangat pun. Tengah2 malam takkan la nak jadi chef kot. Walaupun kadang - kadang ada baki makanan siang tu maca...

BEZA DULU DAN SEKARANG

Image
Bersempena kejayaan meraih followe ribu riban (macam banyak sangat 1k tu kan??) sang lekit nak buat review sikit terhadap blog sendiri. Boleh gitu?? Tu dia bagi publisiti kat blog sendiri. Apa salahnya.. Hasil carian google Kalau dulu blog ni memang agak merapu merapan. Takde la isu2 penting sangat di tulis. Pembukaan blog ni banyak tulis kisah2 sang lekit ber dj kat online radio. Kisah - kisah peribadi yang tak berapa peribadi, kisah - kisah kat tempat kerja, kisah - kisah luahan hati yang tak puas hati. Kiranya time tu apa yang di tulis agak kebudak budakkan. Waktu tu juga sang lekit masih banyak tak faham tentang blog, etika berblog tapi sang lekit memang rajin baca blog yang panas2 penulisannya. Yang Outspoken katanya.. Memang sang lekit minat penulisan macam tu tapi waktu tu ilmu belum cukup untuk menulis dengan penulisan macam tu. Berkenaan templates, widget, gadget kat blog ni juga agak semak. Memang takde sebarang iklan yang sang lekit pacak dulu sebab sang lekit tak ...

AKHIRNYA CECAH JUGA 1000

Image
Setelah bertahun, setelah macam - macam cerita, isu & kontroversi.. Akhirnya Blog melekit ni merasa juga cecah 1000++ follower. Memang agak lambat berbanding blog lain yang ada baru 3++ bulan berjaya meraih follower ribu - ribu. Blog ini hanya mempertaruhkan entri dengan kisah2 sendiri, isu - isu semasa yang di kupas kupis & isu2 yang di kopek dari sudut pandangan peribadi jadi tak pelik sangat follower lambat nak beranak pinak berbanding blog yang mempertaruhkan contest & GA. Sebagai menghargai mereka2 yang sudi klik butang follow tu penghargaan ni di berikan kepada mereka yang berjaya menempatkan diri di follower yang ke 1000. Tak bermakna yang lain - lain tu tak di hargai. Tapi dah jadi satu budaya kat blog yang genap2 di war war kan. Apapun terima kasih pada semua yang menyokong blog melekit ni.. Semua komen, pandangan, teguran & nasihat selama Sang Lekit berblog amat sang lekit hargai termasuk la dengan kehadiran Anonymous. Mereka juga patut di hargai kerana keha...

JANGAN TANAM KUCING MATI NANTI KENA PANAH PETIR

Image
Terkejut kan baca tajuk entri ni?? Sang Lekit mula - mula terkejut juga bila ada seorang pengomen yang komen di entri sang lekit yang bertajuk GAMBAR KUCING DI KAFANKAN SEBELUM DI TANAM yang kata ada orang cakap kalau kucing mati tak elok di tanam nanti kena panah petir. Sebaiknya di hanyutkan saja ke sungai. Lepas tu Di Fb pun bila sang lekit upload gambar kucing di kafankan tu bagi komen yang sama. Masalahnya betul ker?? Inilah gambar yang di maksudkan Kenyataan itu sama sekali tidak berasas apatah lagi sang lekit nak anggap ia relevan di guna pakai tak kira zaman dulu atau zaman sekarang. Buktinya cukup kukuh bahawa kepercayaan itu karut semata mata sebab sang lekit kat kampung memang banyak kucing dari kecil sampai la sekarang. Dah tak terkira banyak yang mati & di tanam kat kawasan rumah. Sekali pun rumah sang lekit tak pernah kena petir. Tapi kenapa timbul kepercayaan mengarut ni?? Jom kita kupas kupis isu ni. Kepercayaan ni asalnya di reka oleh orang dulu - dulu sebab ...

PLAGIAT! HAK CIPLAK TERPELIHARA

Image
Dulu pernah kecoh pasal isu plagiat. Copy paste artikel akhbar la.. copy paste entri orang.. curi artwork orang la... Tapi langsung tak bagi kredit pada sumber asal. Menimbulkan kemarahan pemiliknya.Dan kes macam ni masih wujud di arena blog. Kenapa jadi macam tu. Jom sang lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit. Okies bagi pendapat sang lekit la.. Kenapa?? Kita sedia maklum dorang ni jenis orang berblog dorang pun nak berblog, orang dapat income dari blog dorang pun nak, orang dapat traffic blog yang banyak dorang pun teringin nak dapat macam tu tapi sebenarnya dorang ni takde bakat, takde indentiti & jenis memang tak di anugerahkan bakat mengarang tapi di sebabkan kelebihan yang dapat dari blog buat biji mata hitam dorang bertukar menjadi tanda RM atau $ maka terhasilah isu plagiat. Kalaupun takde idea.. Nak cedok idea orang lain kenapa tak bagi kredit pasa sumber asal? Sebabnya dorang ni ada satu perasaan tamak haloba walaupun dorang dalam spesis penc...