Posts

BACA AL-FATIHAH SETELAH KANTOI KHALWAT

Image
Nak gelak ke..nak senyum ke.. nak marah ke.. or nak tahan semua tu?? Apapun memang kelakar kisah ni. Di sebabkan kelakar & ada moralnya yang boleh di jadikan teladan supaya di jadikan sempadan maka sang lekit nak kongsi dengan semua kat blog ni. Alkisahnya seorang gadis ni kantoi khalwat dengan seorang kekasih dia kat sebuah rumah flat. Setelah di cekup si gadis ni terus membaca surah Al - Fatihah sebaik pintu bilik dia di buka. Mungkin gadis ni terlampau panik kot, maka terjadilah peristiwa lucu macam ni. Kalau di ikutkan apa kena mengena surah Al - Fatihah dengan situasi yang di hadapi waktu tu kan?? Pasangan kantoi yang di soal siasat Walaupun agak kelakar tapi elok la di jadikan sempadan dari melakukan perkara tersebut. Rujukan : Sinar Harian

SPAM DALAM PETI SURAT TAPI BUKAN EMAIL TAU!

Image
Kebiasaannya kita dengar perkataan spam ni selalu kat email inbox,FB atau apa2 yang berkaitan la jarang nak dengar spam peti surat kan?? Bukan peti surat dalam email tapi peti surat rumah. Apa yang sang lekit maksudkan dengan spam dalam peti surat ni jom kita kupas, kupis & kopek isu ni. Hasil carian google Bagi mereka yang tinggal di kampung memang jarang menerima spam2 di dalam peti surat tapi bagi mereka2 yang tinggal di kawasan bandar, pekan.. lebih2 lagi rumah flat, apartment & bagai ni memang akan banyak menerima spam dalam peti surat. Spam yang sang lekit maksudkan adalah catalog2, name card2, Flyers, iklan2 produk yang kadang - kadang menyemakkan peti surat nak - nak lagi orang yang jenis macam sang lekit ni.. seminggu sekali pun  kadang2 ter miss check peti surat. Bila check jer.. aduhai.. pinjaman along la,flyers kereta la, name card2 untuk pinjaman peribadi (sama la pinjaman along tu) macam sarang tikus. Kadang - kadang bengang jugak sebab kita nak cari sura...

BILA LELAKI BERBEDAK

Image
Ni bukan cerita lelaki lembut, lelaki patah atau lebih di kenali dengan pondan or makNyah ok. Ni al kisah lelaki yang memang lelaki.. Yang bernaluri lelaki, ber imej lelaki & bernafsu normal seperti lelaki. Hasil carian google. Sekadar Hiasan Selalunya lelaki yang straight ni jarang la kita nak tengok dia berbedak bagai pergi kerja atau keluar rumah kan?? Biasanya dorang lepas mandi jer.. pakai baju.. sikat rambut.. & siap. Takde pula nak tempek2 apa2 kat muka tu tapi masih ada segelintir lelaki yang suka berbedak (kecuali yang nak jadi raja sehari tu, biasa la kan??). Pelik ke?? Tak lah.. Dulu kat ofis Sang Lekit pun ada sorang mamat ni, teruna lagi (mengikut status la.. lain2 tak dapat nak pastikan. kekekeke) kalau datang ofis tu siap berbedak. Kadang - kadang berlip gloss lagi tau. Bedak tu bukan bedak tepung tapi compact powder lagi. Bila di soal siasat dia pakai jenama miyami (produk cosway). Bagi yang tak tau bedak miyami ni 2 way (Foundation+powder). Korang bayangka...

CIKGU SHIDA SEMUA ADA, KAU APA ADA?

Image
Bukan la nak mengutuk mengumpat atau mengeji tapi sekadar menegur. Kalau menegur orang terkenal ni boleh ke kita dedahkan identitinya? Sedang apa yang di tulis pun sedia maklum terdedah pada umum & semua orang pun boleh membaca & lihat. Masih lagi kisah tentang seorang cikgu popular dengan video miming nya. Terkebil - kebil biji mata sang lekit baca kenyataan terbaru di laman blog beliau. Ini antara kenyataan - kenyataan si cikgu itu yang buat sang lekit rasa.. "Dato siti yang berjaya dalam kerjaya seni dia pun tak pernah keluarkan statement macam ni.." Yelah.. cikgu shida ada semua, sang lekit cuma ada blog jer. Apapun cikgu shida semua kenikmatan yang Tuhan bagi tu sekadar pinjaman untuk kita di dunia ni.  Kalau sekejab lagi Dia nak tarik semua tu pun takde kuasa yang boleh menghalang. Jadi, jangan la terlalu riak & bongkak. Bersyukur la dengan apa yang ada & merendah diri itu lebih baik dari mengeluarkan kenyataan macam ni. Cikgu kan dah terkenal, elok...

LAWATAN BERHANTU

Image
Belek - belek harian metro online ni tertarik dengan satu artikel bertajuk Rintihan, hembusan dari lokap Mona . Ceritanya berkenaan lokap yang pernah di huni pasangan bomoh Mona Fandey, suami serta pembantu peribadi mereka yang di katakan berhantu. Sekarang ni lokap itu di jadikan pakej pelancongan sebagai destinasi seram untuk lawatan berhantu bagi mereka yang berminat nak merasai keseraman itu sendiri. Kalau dulunya hanya popular di luar negara kini dah menular ke Malaysia selepas banyak sangat aktiviti paranormal yang memperkenalkan aktiviti tersebut kepada umum. Pada pendapat melekit macam tak sesuai je aktiviti ni di jadikan pakej pelancongan. Salah satu yang kesannya adalah mengaitkan orang yang dah mati sekaligus mengaibkan mereka. Bila orang datang tentu sekali sejarah hidupnya di ceritakan. Bagi mereka yang melalui sendiri pengalaman ngeri di lokap tu akan membuat kesimpulan bahawa wujudnya hantu2 simati walhal manusia yang dah mati takkan menjelma lagi sebagai apapun di ...

CERITA ATAS KATIL DI MALAM HARI

Image
Tajuk entri jer dah seram. Jangan ada yang cuma baca tajuk kemudian komen tak berani baca entri takut di selubungi misteri keseraman pada cerita yang bakal di baca ni. Atau jangan ada yang terlalu teruja dengan cerita atas katil lalu membayangkan ada adengan panas. Moralnya jangan menilai sesebuah cerita dari tajuk je. Harus baca dulu yer.. kekekekeke Kes ni berlaku pada sang lekit sendiri. Ini sesi mengimbau kenangan semusim lalu juga. Zaman bujangan dulu. Sang Lekit punyai tabiat yang menurut makcik sang lekit warisan keturunan kot sebab arwah  Tok (nenek la tu orang kedah selalunya panggil Tok) sebelah ayah memang mengalami tabiat tersebut. Tabiat apa?? Jom kita kembali ke zaman nostalgia dalam mood spehia tone. Hasil carian google. sekadar hiasan Tabiat Sang Lekit suka terbangun tengah malam & makan. Tengah malam jer kalau terbangun wajib lapar walau mengantuk sangat pun. Tengah2 malam takkan la nak jadi chef kot. Walaupun kadang - kadang ada baki makanan siang tu maca...

BEZA DULU DAN SEKARANG

Image
Bersempena kejayaan meraih followe ribu riban (macam banyak sangat 1k tu kan??) sang lekit nak buat review sikit terhadap blog sendiri. Boleh gitu?? Tu dia bagi publisiti kat blog sendiri. Apa salahnya.. Hasil carian google Kalau dulu blog ni memang agak merapu merapan. Takde la isu2 penting sangat di tulis. Pembukaan blog ni banyak tulis kisah2 sang lekit ber dj kat online radio. Kisah - kisah peribadi yang tak berapa peribadi, kisah - kisah kat tempat kerja, kisah - kisah luahan hati yang tak puas hati. Kiranya time tu apa yang di tulis agak kebudak budakkan. Waktu tu juga sang lekit masih banyak tak faham tentang blog, etika berblog tapi sang lekit memang rajin baca blog yang panas2 penulisannya. Yang Outspoken katanya.. Memang sang lekit minat penulisan macam tu tapi waktu tu ilmu belum cukup untuk menulis dengan penulisan macam tu. Berkenaan templates, widget, gadget kat blog ni juga agak semak. Memang takde sebarang iklan yang sang lekit pacak dulu sebab sang lekit tak ...