Posts

GAMBAR NIKAH SALIH YAAKOB DENGAN ISTERI KE EMPAT

Image
Hari ni kita rilex2 dengan entri santai je di blog melekit. Santai2 yang hot. Yelah asyik dok kopek isu - isu hangat, hangit & hangus jer boleh terbakar juga blog ni. So, bagi membuat senaman merenggangkan otot2 blog yang sentiasa tegang jom kita layan cerita sensasi ni. Siapa tak kenal dengan pelakon, penyanyi, pelawak & penyampai radio sinar ni. Yang baru - baru mengemparkan kita dengan khabar bakal bernikah dengan gadis muda untuk kali ke 4. Sekarang ni bukan lagi angan2 atau perancangan tapi sudah jadi kenyataan. Apapun selamat pengantin baru pada salih yaaakob & emy. Moga bertambah meriah la dengan kehadiran isteri ke 4 sebagai acara penutup kuota salih yaakob. Gambar di culik dari : Media Malaya P/s : Lepas ni abang salih dah tak boleh nak jeling2 untuk cawangan baru dah. Mesti lega kan si Emi. Alang kepalang nak bermadu biar jadi yang terakhir.. kekekekeke. Just Joke!

AGNES MONICA MENINGGAL DUNIA?

Image
Sebuah laman blog,mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor. Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.   Agnes Monica. Hasil carian google Jangan panik wahai peminat Agnes Monica kerana beliau masih bernyawa cuma meninggalkan hospital selepas menjalani rawatan kecederaan pada punggungnya. Semua tu cuma gosip semata - mata. Mungkin laman blog tersebut sekadar bergurau atau dia gila traffic kot sampai sanggup menyebarkan gosip kematian pelakon & penyanyi comel lagi lincah dari seberang ni. Berpada - pada la dalam menyebarkan khabar angin wahai blogger. Orang yang hidup di katakan mati agak melampau jugak la. Kita doakan semoga Agnes baik - baik aja yer... Rujukan : Harian Metro                  Kosmo  

TABIK SEJUTA IMPIAN

Image
Sempat layan tv tadi walau sang lekit bukan la jenis yang minat sangat menonton TV.. Jarang sangat la sang lekit nak tumpu satu2 cerita tanpa berkedip mata apatah lagi tercongok berjam - jam lamanya depan tv tu. Tadi tadi sempat la layan rancangan Sejuta impian di tv3 yang berkonsepkan memberi Dana untuk tujuan kebajikan. Hasil carian google Ada empat orang peserta.. 3 daripadanya berjaya memperolehi dana yang di perlukan seorang gagal kerana tidak menyakinkan juri dana tersebut untuk tujuan kebajikan. Kita cerita yang gagal dulu.. Beliau ni seorang pengusaha pusat latihan penguasaan bahasa Inggeris. Dana yang di minta paling tinggi antara semua peserta iatu RM100K bagi tujuan mempromosikan kursus yang di anjurkan seperti iklan, kos untuk mengadakan kursus di dua negeri iatu KL & melaka, kos penginapan beliau & pembantu beliau tapi kursus yang di anjurkan tetap di kenakan yuran yang agak tinggi kepada peserta iatu RM1k++. Memang tak nampak sangat dana yang di pohon bukan unt...

MENJELMA SEBAGAI ANJING BILA SUKA MAKI, CARUT & CAKAP KEJI

Image
Sekarang kita tahu macam jadi satu bahasa rasmi di Malaysia tak kira la sesetengah ahli politik, Orang tua, orang muda, kanak - kanak sekalipun suka sangat menuturkan kata - kata kesat yang berunsurkan caci maki, mencarut & kejian. Nak - nak lagi kalau dekat - dekat pilihanraya semasa ceramah kempen di jalankan. Rasa macam dialog biasa maki hamun tu dalam sesetengah ceramah kempen pilihanraya. Sehingga mereka terlupa seorang pemimpin itu menjadi contoh pada anak buahnya, kan?? Petang - petang hari macam terjumpa pula satu artikel yang berkenaan perkara tersebut rasa ada manafaatnya di kongsikan disini walau pada mula rasa cuak takut hati2 tisu yang terasa Sang Lekit sedang mengumpat perangai dorang tapi bila fikir balik apa nak di takutkan kalau kita menyebarkan sesuatu yang baik & tidak mengaibkan sesiapa, kan??  Hasil carian google. Sekadar hiasan Antara dosa lidah ialah,Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (ba...

BANGGA JADI BUDAK JAHAT

Image
Dulu masa zaman sekolah kalau ada kawan - kawan yang berjaya masuk club, disko, pub, ada love bite kat leher atau tempat2 yang lain yang tersembunyi terutama bawah sikit pada paras leher tu (faham - faham je la yer) dengan bangganya dioarang akan bercerita pada kawan - kawan lain. Kisah yang pertama bila diorang berjaya meloloskan diri berhibur dalam club, disko atau pub ni. Sang Lekit ingat lagi kalau di kalangan kawan - kawan sekolah sang lekit dulu zaman tu yang selalu meniti kat bibir diorang yang berjaya merendah club yang bernama SOUL ni riuh la bercerita pasal soul. Kononnya diorang ada abang la.. akak la.. yang boleh cover dorang kat situ. Lepas tu mula la mengayakan aksi tarian yang kononnya popular kat club tu. Orang - orang lain yang dengar rasa.."wah hebat dia boleh masuk club walau umur baru 15 tahun, termasuk la sang lekit walau seumur hidup sang lekit tak pernah jejak kaki mana2 club atau disko apalagi pub. Kisah yang kedua paling popular di kalangan budak - bud...

LAHIR BAYI DI PUSAT LATIHAN PLKN & HAMPIR TERMAKAN PIZA SKRU

Image
Biasa la pagi - pagi kalau ada masa baca akhbar online dulu. Bukan tujuan nak kupas kupis dalam blog jer, lagipun bukan hari - hari sang lekit buat kupasan pasal artikel akhbar sekarang ni tapi sekadar mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara, luar negara & isu - isu semasa. Dua artikel dalam kosmo online hari ni menarik minat sang lekit nak kongsi dengan semua. Satu kes di Pasir Mas, dimana seorang pelatih PLKN melahirkan & menyembunyikan kelahiran seorang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut. Aduhai.. Lepas ni PLKN kena lebih peka semasa pengambilan pelatih baru. Bukan setakat ujian kesihatan, Ujian kehamilan pun kena di buat juga supaya tak berlaku benda - benda macam ni. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya DISINI )  Hasil carian google. Sekadar hiasan Lagi satu kes.. skru dalam piza. Menu terbaru piza ker?? kekekekeke. Macam mana la skru boleh ada dalam piza yang di pesan pelanggan. Ke masa dorang masak piza ada skru kat mana2 alat memasak tertan...

HAIWAN VS MANUSIA (SIAPA LEBIH KEJAM?)

Image
Bila manusia bunuh haiwan, dera haiwan, aniaya haiwan tanpa sebab.. Tiada sebarang tindakkan tegas di ambil. Kalau masyarakat dengan majoriti yang ramai bersuara baru la pihak berkuasa mula bekerja tapi kes selesai dengan hanya permintaan maaf secara terbuka, mengakui kesilapan kononnya & menyesal katanya. Bila haiwan serang manusia, cederakan manusia, bunuh manusia mungkin sebab dia rasa terancam.. Haiwan itu akan di tangkap, di kenakan hukuman samada di kurung atau di bunuh dengan alasan ia merbahaya kepada manusia. Haiwan tidak berakal walau berotak.. Manusia punya kedua - duanya.. akal & otak. Haiwan bertindak untuk melindungi diri, manusia kadang - kadang bertindak sekadar suka hati macam hobi. Dunia umpama milik manusia.. kerana di kuasi manusia. Hidupan lain umpama menumpang harta manusia sedangkan dunia bukan milik sesiapa, Milik yang Maha Esa untuk semua makhluk & ciptaaNya. Hasil carian google. sekadar hiasan Kisah pengkid siksa & bunuh seekor anak kuci...