Posts

HASIL PEMERIKSAAN HARI NI

Tak jadi ke Yu Nam Hair Care. Tetiba berubah fikiran & tak minat lak. Mungkin sebab terlampau lama kat klinik, mata pun ala - ala manja je nak buka walau sampai rumah dia kembali segar bugar. Seperti yang sang lekit cakap entri semalam.. Dah hadap 2 ekor drakula (jarum suntikan) jadi untuk 2 minggu akan datang tak perlu lagi drakula itu. Dalam masa 2 minggu berat dah naik sebanyak 2 kilo. Takde lagi pen merah tercatat dalam buku rawatan tu sebabnya masalah kurang darah dah berjaya di atasi setelah 2 bulan lepas asyik kurang darah jer cuma cik misi cakap darah masih cair & harus terus ambil iron tablet tu. Tapi tekanan darah pula naik. Baby sihat jer.. Cuma kena bebel sikit la sebab catatan pergerakkan bayi tu kadang - kadang sampai malam baru cukup 10 gerakkan. Sepatutnya kata cik misi kalau pergerakkan baby kurang dari 10 gerakkan selepas pukul 9.00 pm kena pergi hospital. Bukan taknak baby banyak gerak waktu malam & kadang - kadang sang lekit yang lupa nak tanda lepas t...

AKAN BERTEMU 2 EKOR DRAKULA.SUSPEN!

Esok ada pregnancy check up. Dan menurut check up 2 minggu lepas nurse ada bagitau esok (pagi nanti) sang lekit akan hadap 2 batang drakula.. 1 drakula penyedut darah & 1 lagi drakula yang memasukkan ubat. tak paham ker? Kena suntikan la.. Yang 1 jarum untuk ambil darah & satu jarum lagi suntikkan terakhir. Tak tau pulak suntikan kedua ni suntikan untuk apa. Makin dekat dengan due date makin berdebar pula sang lekit. Makin terbayang banyak lagi drakula (jarum suntikan) yang perlu sang lekit berdepan. Membayangkan macam - macam kesakitan yang perlu di tempuhi. Aduhai.. Semuanya demi anak akan ku kumpul berapa banyak kekuatan yang mampu untuk harungi semua tu nanti. Kalau betul seperti ramalan doktor yang cakap kemungkinan sang lekit akan bersalin secara operation.. Terpaksa juga tempuh detik - detik itu. Kalau mak sang lekit senang je dia cakap.. Tak payah nak takut sangat, operate ke normal ke dua2 pun sama jer sakit. Mana ada orang beranak sambil gelak2 & makan kuaci, ka...

NAK DAPAT DUIT DARI EXABYTES SILA BACA

Image
Di sebabkan sang lekit pernah sertai program Exabytes untuk menambah pendapatan sampingan & telah pun menerima bayaran dari pihak Exabytes untuk program Exabytes 100 Blogger Ads Program yang lepas jadi sang lekit nak berkongsi la dengan korang yang berminat. Exabytes menganjurkan lagi program ni & mencari 100 blog untuk menyewa tapak iklan dorang. Syaratnya sangat mudah.. Blog korang mestilah ada Unique Visitor sekurang kurangnya 200 UV setiap hari & harus maintain setiap bulan. lain - lain syarat korang boleh rujuk DISINI. Sambil dok membebel kat blog kalau ada peluang menjana pendapatan sampingan apa salahnya kita cuba. Bukan kena buat kerja sangat pun cuma pacak je iklan kat blog kemudian biar la dia menari2 dengan riang. Ada rezeki dapat la duit. Yang lepas sang lekit join Selama 3 bulan kontrak dengan Exabytes. Tak buat apa - apa pacak iklan cukup masa Exabytes hantar cek seperti yang di janjikan. Pada korang yang berminat clik jer Exabytes 100 Blogger Ads Progr...

SENTAP DENGAN BLOG SAFURA.ONLINE.DIARY

Image
rara.. akak terasa hati tau bila baca entri kamu. Sungguh akak sentap gila. Sampai hati rara, kan?? Ni la muka orang yang bertanggungjawab dalam hal ni Mesti rara pelik kenapa tiba - tiba akak lekit ni sentap dengan entri - entri yang di tulis dalam blog rara, kan?? Tu la lain kali hati - hati... Jangan sampai ada yang terasa hati. Rara jangan la panik sangat ok... Sebenarnya rara tak salah apa - apa pun. Tu semua gimik jer.. Lagipun sejak dua menjak ni Rara cuma banyak tulis pasal persiapan rara nak jadi raja sehari je. Tapi sebab tu la akak touching tau tak?? Sang lekit touching bukan apa.. Bila teringat kahwin, secara automatik akan ingat arwah Ayah. Ayah pergi di saat - saat sang lekit nak kawen. Tak sempat pun dia tengok anak dara dia buat kali pertama dalam wajah seorang pengantin. Tak sempat pun dia menjadi wali buat pertama kali untuk anak perempuannya. Dan sekarang apa yang paling buat hati sang lekit tersentuh adalah anak dalam kandungan ni. Tak sempat pun arwah ayah nak...

SAYA MENANG RM668 CONTEST YU NAM HAIR CARE

Image
Terkejut sang lekit dapat panggilan dari Yu Nam Hair Care yang bagitau sang lekit terpilih memenangi pakej RM668 kategori Entry prize Yu Nam Hair. Rasanya baru dua hari lepas sang lekit suka - suka jer masuk contest ni setelah tengok iklan dia menari nari (nuffnang) kat blog sang lekit. Contest ni sangat - sangat mudah cuma perlu padankan gambar jer.. Ada 3 penaja untuk contest Match & Win ni. Yu Nam Hair Care, New York Skin Solution & London Weight Management. Ketiga - tiga contest ni sama jer.. Kena Match gambar - gambar yang di beri. Ketiga - tiga ni sang lekit join tapi Yu Nam Hair Care pula yang dapat. Ni dia antara penaja contest Match & Win Ni yang sang lekit menang. Entry Prize RM668 ( Click and you are guaranteed an Entry Prize worth RM668 ) Ni la gambar - gambar yang perlu di padankan. Gambar selepas & sebelum rawatan Sebenarnya Sang Lekit takde sangat masalah dengan rambut. Tapi dah orang bagi free takkan nak tolak kot. Kena tebus hadiah sebe...

BUAYA FACEBOOK DI BOGELKAN & HAMPIR DI POTONG KEMALUAN

Image
Ramai dah buat entri pasal kes lelaki buaya darat yang hampir - hampir di potong kemaluannya kerana memperdayakan ramai gadis untuk menjadi mangsa pemuas nafsu selain wang ringgit & barangan berharga dorang di kebas. Kebanyakkan mangsa buaya facebook ni adalah pelajar2 IPT. Beliau seorang suami & bapa kepada dua orang anak. Ni la buaya facebook sepatutnya muka tak payah blur. Senang nak kenalpasti kalau dia cuba buat lagi. Golongan sasaran buaya facebook ni sudah tentu yang cantik & berada. Dia merujuk dari profil facebook gadis - gadis ni sebelum memulakan langkah memasang jerat berbekalkan ilmu batin yang di pelajari. Gadis - gadis yang pernah menjadi mangsa ni menjerat buaya facebook, 6 daripada waris mangsa berjaya tangkap buaya facebook ni membogelkan beliau & hampir - hampir nak potong kemaluannya tapi nasib baik pakcik2 ni masih waras & tahu batas undang - undang. Antara mereka2 yang pernah jadi mangsa Kalau sebelum ni gadis - gadis yang menjadi mangsa ...

ASTRO BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

Image
Kecoh sekarang harga Astro naik. Macam la aku ni pelanggan Astro kan?? Tapi family sang lekit kat kampung juga antara yang melanggani Astro. Ni kes gangguan siaran Astro ketika hujan. Bukan masih baru tapi sejak dulu lagi. Carian google Sekarang ni Astro di beri kata dua setelah banyak rungutan & komplen yang di buat pelanggan. Atasi masalah gangguan siaran semasa hujan atau di kenakan tindakkan undang - undang. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.  Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadila...