Posts

37 MINGGU 10 KG BERJAYA DI KUMPUL

Diam tak diam dah 37 minggu bermakna lagi 21 hari (3 minggu) untuk di hitung sebelum menempuhi saat2 getir yang penuh suspen juga seram - seram sejuk untuk menyambut sesuatu yang mengembirakan. Semua pun tahu kan.. Si boyot/Mak buyung/Si gemuk/Penguin ni bakal jadi ibu tak lama lagi. Dalam menghitung hari, sempat juga sang lekit dok buat matematik. Dah masuk minggu ke 37 usia kandungan sang lekit, sedar tak sedar dah genap 10 kg berat badan sang lekit bertambah sejak di sahkan hamil sehingga sekarang. 10 kg dalam masa 37 minggu bagi seorang ibu hamil tu biasa kot... kan?? So, tak payah risau sangat perkembangan yang mekar ni. Cuma tertanya - tanya lepas bersalin apakah sudut2 yang kembang & mekar ini akan menguncup & mengembalikan saat - saat indah bentuk badan ku yang dulu?? Nampaknya.. Kalau tak boleh turun dengan sendiri maka kena la usaha sikit. Dengan itu, maka pecahlah tradisi buat pertama kali dalam hidup sang lekit merasai saat2 berdiet. Sebabnya sepanjang hidup san...

MAK BUYUNG, BOYOT, PENGUIN, GEMUK.. TAK SENTAP PUN!

Image
Rata - rata sang lekit baca mengatakan wanita hamil ni sangat sensitif. Mudah tersentuh walau perkara tu kecil sangat. Itu tak di nafikan sebab dari hasil pembacaan sang lekit sejak mengandung ni memang ada artikel/info yang mengatakan wanita hamil memang akan jadi cepat tersentuh. Macam mana pula dengan Si boyot yang bernama sang lekit ni? Diri ku biasa saja.. Sensitif tu ada tapi rasanya takde la serius sangat. Sensitif yang sang lekit rasa bukan sebab perubahan hormon ketika mengandung kot. Sang lekit memang sensitif & akan rasa sentap kalau orang cakap benda buruk tentang anak dalam kandungan sang lekit. Kalaupun sang lekit yang salah tapi takde kena mengena dengan baby dalam perut, jadi sang lekit tak suka dia di kaitkan. Sensitif bila ia berkaitan dengan keluarga. Tu sensitif yang biasa & harus sensitif bagi sang lekit. Tapi ada wanita hamil ni kalau sebelum hamil perangai dia lain tapi selepas hamil dia jadi lain. Salah cakap, salah gurau, salah tanya pun dia akan ja...

PADERI GAY MALAYSIA BAKAL BERKAHWIN

Image
Kali pertama sang lekit tahu rupanya paderi pun ada yang gay yer.. Mungkin jugak sang lekit yang terlepas flight pasal paderi gay ni. Bila belek2 Kosmo online tadi.. tertarik dengan artikel seorang Paderi Gay Pertama di Malaysia yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam usia 41 tahun dengan pasangannya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu. Dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dia mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif. Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat. Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkah...

BILA ORANG LAIN TAHU SESUATU YANG KITA TAK TAHU TENTANG PASANGAN KITA..

Sejauh mana kejujuran seseorang tu kadang - kadang mata kasar tak dapat mentafsir. Manusia adalah pelakon yang di lahirkan dengan bakat yang semulajadi walau tak beraksi depan kamera atau atas pentas namun bakat lakonan tu memang wujud dalam diri setiap manusia tak kira la banyak atau sikit bakat lakonan yang dorang ada. Sang lekit suka memerhati.. Pun macam tu bukan bermakna sang lekit suka tenung, usya atau tengok orang lain sampai tak kelip mata & mengundang rasa tak selesa tapi memerhati gelagat manusia tak kira dari perbuatan, penulisan atau pergerakkan. Fenomena FB (Facebook) memang tak asing lagi dalam dunia kita hari ni. Budaya menulis apa saja tak kira la berbentuk santai, lawak, peribadi, marah atau luahan perasaan kat dinding facebook pun bukan la benda yang pelik lagi. Di Facebook kita akan berkait - kait dengan antara satu sama lain. Contoh kita add sorang kawan.. kemudian tengok dalam friendlist dia ada makwe, bini, tunang or skandal dia pun terpacak kat situ, sebag...

DAH SCAN JANTINA BABY

Hari ni sang lekit membawa diri lagi ke klinik untuk check up buat sekian kalinya. Hari ni sesi bertemu doktor.. Yelah, kandungan pun dah cecah 8 bulan. Tinggal kurang dari sebulan jer lagi dah nak bersalin kan. Hari ni Doktor scan baby. Tanpa di tanya dia dah bagitau jantina baby secara rasminya. Alahai.. dah tak surprise lagi. Pun macam tu sang lekit nak buat surprise dengan korang semua. Apakah tekaan kawan2 alam maya sang lekit betul atau sebaliknya. Kita tunggu jer sampai baby ni keluar yer. Tekanan darah minggu ni agak tinggi tapi kandungan darah minggu dah ada peningkatan & tak kurang lagi. Macam biasa berat tetap naik dengan jayanya. Tetap maintain seminggu 1 kg.. 2 minggu 2 kg sampai cik misi pun tanya kenapa berat naik banyak. Mungkin sebab selera makan sang lekit yang semakin bertambah kot sekarang berbanding dulu. Baby pun turut membesar. Kata Doktor berat dia 2.5kg sekarang & mungkin akan makin besar bila nak bersalin nanti. Risiko bersalin secara operation pun...

TEKA TARIKH RAYA. JUDI TAK DI SENGAJAKAN

Genap 15 hari puasa & Insyaallah lagi 2 minggu kita akan meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi dugaan berpuasa.. teringat pula sang lekit nostalgia zaman kanak - kanak. Puasa & raya memang zaman kanak - kanak la paling meriah. Sebab budak2 la paling happy time tu.. kan?? Kisah ni memang kisah berkaitan pertaruhan kecil antara kanak - kanak yang teruja nak sambut raya. Sehari sebelum pengumuman raya.. sang lekit & teh gang seperti biasa la akan berbual & membincangkan aktiviti raya. acara wajib adalah.. teka bila tarikh raya. Bila ada dua tarikh yang menjadi jangkaan.. mula la nak bertaruh. Selalunya 20sen akan jadi angka pertaruhan. Kalau dalam pertaruhan ada 10 penyertaaan bermakna jadi RM2.. kalau dalam 10.. 6 yang meneka tarikh yang sama & 4 lagi meneka tarikh yang berlainan kalau kemenangan berpihak pada 6 orang peneka tu duit RM2 tu akan di bahagikan sama rata la. Time tu mana tahu pertaruhan duit ni di kira sebagai Judi walau dalam jumlah yang keci...

BAGI BE PUN MACAM TAK IKHLAS JER

Amboi entri merungut ala - ala tak bersyukur je kan?? Bukan la tak syukur dengan rezeki yang seciput nuffnang bagi tu tapi.. Macam tajuk entri tu la.. Baru ni Blog melekit dapat 1 BE untuk kempen Maxis Blackberry Playbook Launch (Grapevine) tapi hanya 3 hari je iklan tu keluar di blog melekit.. lepas tu langsung takde di paparkan dah. Kalau iklan kempen tu tak terpapar kat blog melekit ni bermakna takde la bertambah tabungan dia. Dulu kalau dapat BE, iklan tu walau ada yang tak aktif sangat menari2 di blog, at least dalam 1 hari tu ada juga dia muncul walau 2 @ 3 kali ni tak.. dah 2 hari bayang pun tak nampak walau dia masih dalam BE & belum jadi ME. Itu je la BE yang blog melekit ada setakat ni tapi nampaknya BE tu pun turut berpuasa. Kenapa sekarang nuffnang macam pelik sikit. Sudah la susah nak dapat BE, dapat BE pun susah iklan tu nak muncul kat blog. Agaknya apa tujuan BE tu dia bagi kemudian sorokkan iklan? Apakah BE nan satu tu di bagi sekadar menghiasi kotak kempen ik...